Pages

Monday, June 27, 2016

Cik Wawa Kembali!!

Assalammualaikum...


Dah Lama cikwa tak berblog! Ya Allah! pemalas ke atau buat-buat lupa? haha! kisah pulak kan. >.<

Sibuk nauzubillah, banyak pic yang cikwa nak kongsi tapi tak berkesempatan nak tulis entry baru.  InsyaAllah satu persatu yang cikwa akan kongsi.

Umur dah 23, makin bertambah usia, makin banyak yang kita nak kena lakukan.  Macam-macam yang terjadi kat cikwa sepanjang 2015-2016 suka duka semua ada! Sedu sorang sorang. eh pinjam bahu korang.

Firstly, suka tangok akak akak bolgger masing-masing dah ada bisness sendiri. Alahai kerdilnya cikwa ni.  Masih tak maju. masih di kepompong! sedih lagi sorang sorang.

Perkembangan cikwa? hm...menganggur lagi tapi pada masa yang sama, cikwa buat PJJ.  Bukan perkahwinan jaraj jauh! tapi pembelajaran jarak jauh. Eh! betul ke pembelajaran? hentam sahajala! >.<

Cikwa ambil kos Bachelor Office System.  Kira sambungan course diploma dedulu.  Eleh perangai nak transfer credit! nak cepat habis! konon-konon nak setia dengan bidang office. phuihh! haha dusta semua itu!

Banyak sangat cikwa belajar erti kehidupan. haha!  Sepanjang 2014-2016 dah 2 pekerjaan cikwa ceburi.  kalau nak cerita pasal pekerjaan, panjang laaa..tunggu la entry seterusnya.  Nak kena fikir panjang dulu sebelum berbicara mengenai pekerjaan, karang tersalah cakap, kena dakwa satgi tak pasal pasal hakak! eh hakak ke? -_-" tuaaa sudah.

Cikwa sekarang nak ubah penampilan cikwa. dah tak boleh selekeh sangat dah! dah lama dah tak ikut perkembangan fesyen. Cikwa jadi tak reti nak memilih baju, makeup semua semua tu la...tak reti!! sedihnye diri ini..sobb..sobbb..

Tak nak cakap banyak! tengok sendiri picture bawah ini.  Misi cikwawa ingin berubah! kah!


Baru nak belajar pakai shawl! tu pun basic je..huu...


ada apa dengan atas?


Cover malu sebab acah acah sangat nak jadi model tadi.


stop snap picture cikmyn! >.<


Cikwa ada lagi satu paper untuk abiskan semester 2.  Selamber badak je kan tak baca buku lepas tu update blog? >.<



Love,
cwy


Sunday, January 31, 2016

Review Ola Bola 2016!



Assalammualaikum

Salam satu Malaysia. Salam hormat! Kali ni Cik Wawa berasa semangat nak taip entry ni gara-gara selepas tengok cerita Ola Bola di pawagam berhampiran dengan office. kah! Balik kerja terus kejar mall.  Balik awal pun jalan jem kan, ok layan jela satu movie.

"Kenapa gelap wak??"

"Tak ada tempat lain nak lalu ke?"


"Line clear..okk...aaa..nape katik pula?"
hmm...pasrah dengan pic sendiri.


Filem Ola Bola ni menceritakan bagaimana satu pasukan gigih burusaha untuk menempatkan pasukan mereka layak ke pertandingan Sukan Olimpik Moscow 1980. fuh! ingat senang ke.  Tak silap Cik Wawa, filem Ola Bola ni berdasarkan kisah benar, cuma mungkin ada tokok tambah untuk penyedap cerita.


Crew-crew Filem ni pun gigih nak mewujudkan suasana 1970an. Baik dari segi pakaian, kenderaan, bangunan semua 'oldschool'.  Terasa kau orang hidup dalam suasana mak ayah kau masa muda muda dedulu. cewah.


Jujur best cerita ni sebab, tiada 'racist'. Baik cina, india, melayu semua baik-baik belaka.  Kenapa zaman sekarang tak macam dulu?  mungkin ada tapi tak semua macam ni.  Best kan kalau hidup tanpa 'racist'. Cik Wawa pernah sekolah cina dulu, Bila tenguk cerita ni, rindu pula zaman sekolah cina.  Hidup indah berbagai bangsa.



Mari Cik Wawa ceritakan serba sedikit. ... spoil tak Cik Wawa cerita dulu sebelum kau orang tengok sendiri? muhahahaha!


Kapten a.k.a Tauke/Chow Keok Keong , Ali, Muthu, Rahman. Nama-nama ni la yang cerita utama.

Tauke ni senior dalam pasukan ni sebab tu panggil tauke.  Tauke ni bersungguh dalam latihan sebab dia ni ketua keluarga. Ada awek kerja kat funfair dan awek dia ni la yang selalu bagi semangat bila Tauke ni rasa 'down'.  Tauke tak ada duit, cik awek jugalah yang akan tolong dari segi kewangan sampaikan duit kahwin diorg pun kena korek.



Tauke ni seorang yang serius tapi dia cukup kenal karakter sorang persorang pasukan dia.  Cuma dia ada ego sikit. Kejap ada, kejap tak ada dalam pasukan. Merajuk lettew.  Dia keluar pasukan kejap pun tapi dia tetap berlatih kat ladang getah.  Dalam perasaan aku, tak takut kena terkam harimau ke? tak takut ular ke? gelap tu.  Kalau pengarah letak harimau seekor karang panjang jela pula cerita Ola Bola ni kan? heee..


Tauke tengah suntik vitamin motivasi kat anak buah dia.


Ali pula sentiasa mahu jersi nombor 10.  Kalau orang lain dapat, memang dia dendamlah.  Sekali Balak Eric dapat jersi nombor 10, memang hanginlah si Ali ni.  Biasalah, kita dah berlatih bersungguh-sungguh tapi orang lain dapat. Konflik Ali dengan Balak Eric tak lama pun.  Nama pun satu pasukan, mana boleh gaduh lelamakan? tak syok laa...

Finaly jersi nombor 10 milik dia.


Muthu punya kisah ni ada lawak, ada sedih. 'Balance' la orang cakap.  Muthu ni abang sulung pada 3 orang adik-adik dia yang masih kecil.  Dalam kepala Cik Wawa direct kata 3 musketeers..  Buat kerja nakal pasti bertiga sampai pernah buat lori kelapa ayah mereka terbalik.  Mengamuklah si bapak.





Muthu balik tolong ayah dia.







3 Musketeers.

Rahman pula memang lawak dia rasa spontan je. Memang kelakar. Rahman ni dia kerja sebagai pengulas sukan tapi masih dalam latihan. Jadi, Rahman juga ada matlamat untuk menjadi pengulas sukan secara 'live' . Bersungguhlah Rahman ni berlatih dengan bantuan anak kembarnya. Akhirnya Rahman dapat 'green light' dari cikgu dia untuk mengulas sukan secara 'live', kemain suka la si Rahman ni.





Goal!!! goal goal goal goal goal goal!!!


Chai pula, aku rasa watak dia paling terkesan. Dia ni pemain simpanan, jarang turun perlawanan.  Tapi semangat dia sentiasa ada walaupun kawan-kawan pasukan dia selalu ketawakan dia sebab semangat dia seolah dia pemain utama padahal dia simpanan je.  Sampai satu tahap bila semua orang mengalah bila orang korea ni 'down' kan mereka, Chai ni luah perasaan yang selama ni dia pendam.  Diorg dapat peluang turun padang, senang-senang mengalah.  Yang Chai jarang turun, tak pernah mengalah.

Akhirnya Chai dapat turun padang atas arahan pengurus pasukan.


Mereka menang dalam menentang pasukan Korea dan melayakkan diri ke sukan olimpik.  Tapi disebabkan konflik dunia, semua orang tahukan? Sukan Olimpik Moscow 1980 telah diboikot oleh  Malaysia serta bebarapa lagi buah negara kerana membantah pencerobohan soviet union ke atas Afghanistan.

Muthu, Ali, Tauke versi 2016




Ali, Tauke, Muthu versi 1980an.

Kah! rasa nak cuci muka depa dan potong rambut sorg persorg! geram! hahhaha.

terngiang ayat keramat Ali..
"Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama"






Jangan lupa, kau orang kena tengok sampai habis..kat situ ada satu kisah lagi terbongkar...jeng jeng jeng.. clue : Pak Guard pegang kamera.