Pages

Friday, August 31, 2012

Nurella's Chocolate??

Di Jengka ini agak payah aku nak cari coklat kegemaranku..

Tambahan pula 'dark' coklat memang tak dapatlah..  Puas aku cari satu bandar.. Bila 'stress' je mkn coklat. Rasa nak balik je rumah. Drive sendiri pergi cari coklat.. huh?? semata-mata?? -__-"

Bila dapat markah test, aku rasa 'down' gila!! Memang padanlah muka aku, dah elok jawapan tu, last minit aku pergi tukar 3 jawapan.. Nak-nak lagi aku dah tanda pangkah kat hujung jawapan, boleh pula lupa nak 'circle' jawapan sebenar..AARGGHH!!~~ Siapa tak rase ralat wehh??!!

Mungkin  ini sebagai satu pengajaran.. Aku rasa dah banyak kali kena macam ini... Tak juga serik-serik..  Lepas ni aku nekad, kata hati yang pertama adalah sering benar.. yang kedua itu syaitannnn~~ tapi tak juga, test masa bulan puasa... (?????)

Demi memujuk hati yang kecewa gila!,,, aku pergi koperasi untuk membeli apa-apa sahaja yang boleh merawat hati ini.. Dan aku jumpa coklat yang tak pernah aku lihat.

JENAMA APA NI WEHH?? tak pernah ada pun kat tempat aku? -__-"




Nurella, macam nama orang.. halal..dan bila aku makannnnnnnnnnnn~~~

TERBAIK! boleh tahan juga lazatnya..hehe..  Aku nak kata coklat tu boleh tahan la rasanya.. berbaloi la rm2..

Balik je bilik, aku search pasal coklat ni..  Pengusahanya orang Pahang.. Tapi alamat untuk berhubung beralamatkan Jengka.. ehh?? dekat bandar jengka gamaknya..hahahha..

Jadi, aku sokong perniagaannya dengan ikhlas menulis pasal coklat ini di dalam blog aku.. Teruskan berusaha dalam perniagaan ni ye!! heee~~~


p/s : "kita boleh mengikuti cara orang lain jika cara tersebut mendatangkan kebaikan dan tidak melanggar dari segi agama kita."  ^_^

Monday, August 13, 2012

Pelengkap Hijabku ^_^

Sudah lama aku tidak berkata-kata di blog ni.  Sibuk dengan tugasan yang datang berganda-ganda.

Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi. -iluvislam-

Ya! kita jarang berhubung. Itulah sebaik-baiknya.

Niatku untuk berbuka puasa bersama dia tidak kesampaian. Mungkin ada hikmahnya.  Selesai sahaja terawih, aku kirimkan twister (kepsi) bersama air kotak ice lemon tea.  Dia malu untuk menerima.  Dan dia menghulurkan aku plastik yang berisi sesuatu!

Dalam plastik tu ada pelengkap hijabku... PELENGKAP HIJAB?? ya! seperti gambar di bawah ini..

#blink3!

Aku gelarkan sebagai Pelengkap hijab.  Sebab, Aku memang memerlukan kerongsang untuk 'mengikat' tudung bawalku.  Sebenarnya kerongsang tak wajib pun dalam pemakaian tudung.  Cuma orang-orang macam aku ni memerlukan, ya! memudahkan dalam pemakaian tudung yang bersegi tiga.

Katanya dia lebih suka aku memakai tudung bawal.  Ringkas dan cantik!  Tapi maaf ya awak! saya pakai bukan sebab awak.. Semuanya kerana Allah s.w.t. ^_^
Kini aku sedaya upaya memakai tudung menutupi paras dada.  Rasa selamat yang sangat!  


sebahagian 'hadiah' daripada dia.

Hari-hari ke kelas seperti ini, kemas pada waktu pagi, selekeh pada waktu petang! hahahah!

Terima kasih di atas pemberian ini.  Wa hargai.. ^_^


p / s : "jangan resah, ini takdir.  Percayalah pada jodoh, jangan menyalahkan takdir! jangan!"