Pages

Wednesday, March 21, 2012

Laksam Pahang

Setiap hari rabu, akan adanya pasar malam di dalam kampus jengka! Akhirnya!! yess!! bukan main gembira dapat tahu aku berada di kampus mana..stalker! >.<

Selalunya selepas kelas typing, aku akan ke pasar bersama ira dan mira..si rendah dan si bam bam..jangan marah! peace yaw!

Tapi hari ini, mereka tiada sebab mereka balik rumah. Sekarangkan minggu final exam. So, lepas sahaja aku ulang kaji di perpustakaan, terus sahaja ke pasar yang ditemani oleh abang aku. Dan ini merupakan pasar rabu yang terakhir buat abang aku..lepas ni dia dah tiada di kampus khazanah alam ni..wuwuwuwu..^_^

Pusing punya pusing walaupun pasar tu aku rasa kecil sahaja jumlahnya..tak syok la dating dengan abang sekejap je..puiihh!! hehehe..maka kami pusing-pusing lagi..

dan aku beli....tadaaa!!~~~


LAKSAM!

Rasa yang agak pelik sebab manis dan berlemak..berbeza dengan di Negeri Sembilan yang rasa yang sederhana tapi sedap..Mungkin aku tak serasi lagi dengan selera pantai timur..Mungkin mengambil masa yang agak lama. Tak apalah, Aku tetap cuba sesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Kita masih di Malaysia lagi..hehehe..


 
LICIN!!


Dan tak lupa juga pada cik myn yang memberi aku pinggan yang awesome! gitu..Rekaan khas oleh IKEA..tak pasal-pasal aku buat iklan free..peace yaww!!


P / S : "cuti sem nanti aku nak belajar buat laksam!! hehehe...main masak-masak la jawabnya..just wait and see"

Sunday, March 18, 2012

Kenapa??

Dalam beberapa hari ni, aku rasa macam tak sedap hati..makan tak kenyang, mandi tak bersih, tido pun mata terbuka..hamboi melampau..

ni bukan masalah cinta sebab dah memang aku tak ada bf pun...hahah!! sedih2..

Perasaan yang bercampur-campur macam ABC + black pearl + asam boi..huh?? ini kalau-kalau resipi ni ada siapa-siapa rembat, siap ko!! aku mintak royalti...puihh... :P

korang sendiri pun perasan kan aku da mula pening berdasarkan perenggan-perenggan atas tu..

Tapi apa yang pasti, aku terasa amat sedih..yang peliknya sebab apa???



Dalam bilik air..macam biasa la..air paip keluar..air mata pun turut serta sekali..hamboi, pakat-pakat join la.. puiihh...legaaaaaa............

Buka sahaja almari, aku terlihat sebuah buku yang pernah aku beli suatu ketika dahulu..masih tersusun kemas di dalam almari rak paling atas sekali.


Ingatkan bila jumpa buku ni, kuranglah sikit rasa kesedihan...bertambah adalah sebab, beli tapi tak baca...huaaaa!!! sedih...sedih...sedih..



p / s : "janganlah berlebihan ketika bersedih, kita masih ada benda yang berharga...jangan lupa doa banyak-banyak!!"

Thursday, March 15, 2012

Dalam diam..

dah lama aku tak update blog..sibuk dengan pelbagai urusan..sungguh aku penat..

aku terlepas bas balik lagi, nasib ada untuk hari ini...tiket pukul 3, tapi pukul 1 ada kekosongan..memang patah hati aku bila tertinggal bas, ini semua gara-gara asyraf..kalau tak balas mesej dia, dia marah2 aku...damn...bila plak aku couple ngn kau..wekk:P

tiba2 pula kata clash, lantak kau ler...

 sampai sahaja pekeliling, duit aku tak cukup nak beli tiket bas untuk balik jengka...cari bank kat pekeliling..cuba la cari..bukan mudah bagiku berjalan keseorangan di jalan yang sunyi...4 ribu di sisi ku..lappy dan camera..hehehe...bahaya tahu??

berat beg yang aku bawa, berat lagi hati aku yang kesepian ni....masuk je bas ke seremban, terus menjurai2 air mata ku..aku penat...Ya Allah..kuatkanlah hati hambaMu...mungkin sahaja boleh berlaku apa-apa tadi, mungkin seorang ibu telah mendoakan keselamatan anaknya..

sem ni aku tak sangka yang aku mampu lakukannya sendiri..
ketawa, menangis, marah sendirian...#gila.. -___-"

ini sahaja yang mampu aku lakukan, study week aku hanya mampu terlantar..tak mampu nak study, telan ubat banyak-banyak lepas tu terus tido..dua hari tak makan, malas nak minta tolong kat roomate.. hanya air kosong sebagai pengalas perutku.

walaupun keesokan harinya final, aku hanya mampu melihat roomate ku ulang kaji pelajaran...kepala berdenyut tak terhingga, rasanya aku da minta maaf pada semua rakan-rakan ku..dan teringat saat ibu mengejutku sebelum dia pergi kerja, sebab aku balik pada tengahari memang tak jumpa nanti..ibu peluk, kiss, dan memberi kata-kata semangat.."adik buat elok-elok taw"..

perjalanan balik ku dibelenggu hari-hari yang akan datang...selamat datang masalah!!

mujur hadirnya seorang yang aku anggap abang, dia yang banyak memberi kata-kata semangat kepadaku..terima kasih... ^_^

dah bacakan hari-hari kesukaran ku..

tolonglah jangan sakit kan hati aku lagi, aku tak mampu nak nangis seorang lagi..cukuplah dengan apa yang aku lalui, jangan tambah lagi..kesabaranku ada batasnya, jangan ingat aku berdiam selama ni aku tunggul..


kepada jejaka misteri..

i'll be waiting for you..

hulurkan tanganmu di saat aku tenggelam, demi cintaNya...

p/s : "saya ada 5 tahun je lagi ni..cepat isi borang!!"