Pages

Thursday, March 31, 2011

Mati Akal -__-"

WARNING!! ENTRI KALI NI LUAHAN HATI CIK WAWA TAPI MASIH LAGI BERTAPIS!!

SILA PERGI BLOGWALKING KAT TEMPAT LAIN SEKIRANYA ENTRI NI MENJENGKELKAN..HAHAHAH...


Dear diari...

Hari ni aku buntu..semakin hari semakin terasa sesuatu yang akan berlaku.. Aku tak nak perpisahan kali ke 5.. cukuplah dengan sebelum ni...Aku tak kuat nak layan perasaan sendiri.. Tapi aku dah tak sanggup nak merungkai satu persatu persoalan yang berlegar diruang minda...

Aku harap sangat yang kali ke 5 ni bertahan sampai bila-bila...Aku dah malas nak fikir masalah ni.. Sekarang memanglah tak ada masalah lain..Kalau aku dah sambung belajar, pasti bertimbun-timbun masalah muncul..Adakah aku mampu menghadapi??Ahhh!!! sekali lagi mengganggu fikiranku..

Aku dapat merasakan aku dan mr.love tak akan bertahan lama atas sebab-sebab yang tertentu...Aku tak pasti perasaan dia terhadap aku selama ini hanya pura-pura atau tidak sebab couple2 yang sebelum ni aku terpaksa menerima kehadiran mereka demi menjaga perasaan...tapi aku sendiri yang terluka..Kali ni perasaan aku dengan mr.love agak berbeza dengan couple2 lain...Bukan aku yang terpaksa...tapi kerelaan aku...dan aku memang pendam perasaan kat mr.love sejak perkenalan kami bermula..

Baru-baru ni, pelbagai perkara yang telah diketahui aku..Aku tahu mr.love banyak merahsiakan sesuatu..Mungkin memang benar aku tak ada hak nak tahu..Tapi, sekiranya melibatkan perhubungan kami, aku tak akan teragak-agak nak putuskan hubungan ni.. Aku tak mahu kerana aku, dia terpaksa menanggung masalah..

Firts2 sekali, dia tak mahu hubungan aku dengan dia diketahui oleh adik beradik dia...yang ke dua masalah bonda dia tak bagi cari orang n9....Aku tak kisah semua ni....Aku nak tengok..sejauh mana kebijaksanaan dia menyelesaikan masalah ni, tapi kalau da memberatkan otak dia, Akulah orang yang angkat kaki awal2..

Kalau kita dah tak ada apa2, kita masih boleh berkawan rapat macam dulu2..


"nanti hang belajar kat luar sana, hang leh jumpa macam2 orang la cik wawa oi!!"


Memang senang cakap macam tu..tapi siapalah aku...

mr.love...kalau awak dah baca, sy harap awk faham...

Tuesday, March 29, 2011

Sembang Kosong..



Atas tu kucing aku yang muka tak malu...suka2 hati dia naik atas katil aku...lalu menjilat bulu nya smabil mengguling-gulingkan badannya....

"Aku memang cute pun cik wawa....hang jeles lah tu..."

Ceit!!! dasar binatang..tak tahu adab..hahahha...

Kakak aku yang sulung tu ceritalah pasal pagi tadi dia ikut nenek aku pergi keluar mana entah..

Kakak : "aku ade nampak sorg nenek ni putih sgt..pkai bedak ke ape..sekali aku tgk tgn dia sama putih dengn muka dia...agaknya main klorox kot"

Aku hanya mampu tergelak..hhahahhahaha...

Apa lah akak aku sorang ni...Dah tak da keja lain lah tu nak bual dengan aku..kot time2 camni dia da hadap depan tv..layan kartun dia...Aku kadang2 terpaksa layan cerita yang dia tengok..

Sekarang aku dah layan cerita kekaishi...lagu starting dia best..Hari tu aku buka cerita Naruto..dah lame tak follow...Tah apa tah misi diorg kali ni..aku tak rape nak faham..

Tanya mr.love pun dia wat tak reti ja.. T__T



p / s : 9.46p.m...kucing kat atas tu dah lena..ceit...baru semalam aku basuh cadar,toto, sarung bantal...esok kena basuh lagi...wuwuwuwu....

Saturday, March 26, 2011

Ujian Tanpa Sedari...


Selalu lihat pic macam ni agaknya apa situasi??

1 . Berdoa??
2 . Meminta sedekah??

Entri aku pada kali ni pasal situasi nombor 2 'meminta sedekah'..

Baru-baru ni aku pergi ke ibu kota..mencari barang pelanggan dan secara tak langsung membuka mata melihat persekitaran dunia realiti...sudah hampir 3 bulan aku terperap dalam rumah...

Pelbagai ragam manusia..Kerenah manusia adakalanya membuat aku terhibur...sepasang telinga aku mencuri perbualan manusia..dialog antara ibu dengan anak, antara adik beradik, sepasang kekasih, pekerja, kawan2...Macam2..perjalananku ke sana ditemani manusia yang sama macam aku..Masing2 pada hari itu mengejar destinasi masing2 yang tak akan pernah tahu bila berakhirnya...

Aku berjumpa dengan akak aku...

Sepasang anak mataku meliar...dan aku terlihat pada kelibat hamba Allah yang meminta sedekah....lelaki itu tidak berbaju..bertongkat..mukanya seperti cina..ditangannya memegang sebotol yang telah dipotong setengah..dilehernya ada rantai dan tanda salib...Aku meneruskan perjalanan tanpa memberi apa2 kepada lelaki tersebut apatah lagi sebuah senyuman..."Ahhh..dia kristian.."

Lalu akak aku berkata....

"Dik, tolong bagi duit ni kat orang tu, aku tak leh tengok la"

Pada mulanya aku enggan menolong..tapi aku tewas..masing2 keras kepala...

Dan bila aku mendekati orang itu, lalu memasukkan duit ke dalam botol tu, hatiku terasa seribu penyesalan... Apa yang aku telah buat ni.... Aku sombong dengan orang itu sebentar tadi kerana agamanya?? Bukankah kita telah diajar agar melakukan kebaikkan pada semua orang...ahhh!!!macam mana aku boleh lupa!!!

Aku meninggalkan lelaki tersebut dan aku pasti ada mata2 yang memerhatikan...

Meneruskan perjalanan...Ada lagi hamba Allah meminta sedekah...Aku takkan lepaskan peluang ini..Walaupun tak banyak mana, tapi ikhlas..itu yang penting...Orang itu senyum kepadaku...terasa hilang sedikit beban yang aku rasa...

Sepanjang perjalanan pulang....Pelbagai perkara yang berlegar2 di kotak fikiran... Hari ini, memberi aku seribu inspirasi...sejuta aspirasi...sebilion penyesalan...Harap2 tak akan berulang lagi...

Mari kita kongsi sedikit ilmu....walaupun dah tahu, tapi, sekadar tahu lepas tu lupa tak boleh juga kan...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak akan berkurang harta orang bersedekah".

Kebaikan di dunia:
* Membersihkan harta.
* Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.
* Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
* Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya.
* Allah akan memberkati harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.

Kebaikan di Akhirat:
* Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)
* Sedekah akan meringankan kiraan hisab nanti.
* Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
* Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti. (huh??)
* Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.


P / S : Tak rugi jika bersedekah...kalau tak ada duit, senyum pun boleh... ^_^

Friday, March 18, 2011

Handphone!!!

Ehem... atas ni fon aku yang pertama sekali dapat... aku tak mintak pon.. ibu yang bagi..ambil jelah... tak perlu risau2 pasal topup.. Tiap2 bulan rm30 dapat free2.. hehehhe... lama2 tu aku cakaplah stop la topup.. sebulan rm10 jelah... Fon ni aku guna pada tahun 2006 sehingga kini.. Sila buat perhitungan...agak2 dah jauh ketinggalan model ni kan3?? hahhaha.. Maklumlah..aku pelajar lagi..manalah mampu.. Tak sanggup keluar biasiswa semata2 nak beli fon baru..


Iphone 4!! memang minat sangat2... antara blackbery dgn iphone 4...Aku lagi suke iphone 4.. Dan aku serta mr. Love da plan kumpul duit... Agak2 siapa menang?? hahahah... Harga memang tak boleh tahanlah...



Yang ni memang aku ada survey2 harga kat low yatt.. oklah... Memang impian aku nak beli sony ericcson... Tapi sekarang aku pokai gila2...



Disebabkan fon aku dah terlalu uzur sampai 3 battery dah tukar sebab gelembung... Susah nak call custumor sebab bila call, bateri cepat habis.. wuuwuwwu.. susah benar nak berhubung dengan mr. love..hehhehe..
Aku putuskan nak beli fon ni dulu sebab kecemasan..^_^



p / s : Petang tadi ibu cakap nak belikan fon baru bila dapat duit uma... ehem...iphone4 boleh?? hahahahha...melampau!!!

Saturday, March 5, 2011

Akulah Bisnesgirl !!!



sudah 2 bulan aku duduk rumah..Niat hati memang nak kerja..tapi ada 1 masalah yang belum diselesaikan..selagi tak selesai,selagi tu tak boleh kerja..

Aku cari alternatif lain nak dapatkan duit poket...al-maklumlah...biasiswa terputus.. hehehehe ^_^

So, aku mula niaga sendiri.. Nak naik tu memanglah payah.. Tapi kes macam ni, kita kenalah banyak2 bersabar dan berdoa...

apa yang aku jual???


Yeahhh!!barang perempuan!!



selain benda ni, aku jual shawl..most shawl jarang..tapi aku tak jual yang jarang punya..aku jual nanti buat naiya ja...hahhaha

Alhamdulillah..baru je aku letak pic eyeshadow dan shawl ni kat fesbuk..ada yang da order..
mati akal aku, akak aku da bawa balik k.l...kalau aku turun k.l ambil barang 1 je, alamatnya tak pulang modal la..

Yang bahagian shawl pula kawan aku nak tudung bawal biasa...kalau aku ada duit, dan2 tu jugak aku pergi beli banyak2 jual kat kawan aku...duit tambang aku pun tak cukup..macam mana nak jual...baru nak niaga..macam tu lah...

Dulu aku niaga gula2 time form 1...laku la jugak even jual sikit.. Bila kawan aku jual coklat........ Aku gulung tikar.....bisnes bro!!bisnes!! tak kan tak tahu kot..

"Tak kan barang perempuan je bro??"

Niat hati memang nak cari barang untuk lelaki pulak..Tapi tak cukup modal la...

Baru sahaja mr.love mesej suruh cari baju kemeja.... Haiyo.. Aku nak tibai harge tinggi2 kat dia...hahahhaha...aku naiya kat dia sorang ja...korang tak payah risau..aku tak kenekan korang..

1ja..jangan jual harga 2 kali ganda...itu sudah salah...ngeee~~~



p / s : Kami jual barang!! bukan jual orang!!!!