Pages

Sunday, May 5, 2013

Peplum, Plum, Dan Prun


Assalammualaikum


Tahukah anda? Buah Plum dan buah Prun adalah sama! Dan ianya tidak ada kaitan langsung dengan Baju Peplum.  Buah Plum adalah buah yang mengandungi khasiat yang tersendiri dan manakala buah Prun pula merupakan buah yang telah dikeringkan.  Senang cerita, buah Prun ni sebelum dikeringkan, dikenali sebagai Plum..hahah! cukup-cukuplah kita peningkan kepala.. >.<

ini buah plum ye adik-adik

Maaflah ya, saya tiada buah prun maka anda semua dirajin-rajinkan tanya dengan Mr. Google, dia pasti tahu.. >.<

Khasiatnya??


  • Kaya dengan antioksidan
  • Penghasilan dan penyerapan besi
  • Mengekalkan ketajaman penglihatan
  • Agen anti barah
  • Risiko sakit jantung adalah kurang
  • Vitamin C
  • Vitamin B kompleks (niasin,b 6, asid pantothenic)
  • Kaya dengan mineral (kalium, florida, besi)
Dan banyak lagi. untuk lebih lanjut sila klik sini .

Selain buah yang 'fresh' atau buah yang telah dikeringkan, ada lagi satu produk yang dihasilkan daripada buah prune atau plum.  Pernah dengar iklan main-main mata?  hamboi kemain lagi mata dan muka dia bersinar-sinar lepas makan inner shine.  Terus cik Myn membeli satu kotak. 


Dan ini adalah botol yang terakhir.

Den pun tolan la bebanyak dengan harapan muko den bersinar-sinar..hahah! #okgurau!

Dan hasilnya! Jeng..jeng...jeng..




"Alhamdulillah, saya kini semakin yakin dan bersemangat untuk menghadiri kelas mahupun bertemu dengan rakan lama, terima kasih pati prun". wakakakkaka...gelak guling-guling kejap.

Memang lepas amalkan, perubahan ketara.  Paling jelas kulit yang dulu kering kini lembab.  Rasa pati prun?  sedap dan boleh ditelan..haha!


p/s: "ada lagi satu produk prun kering tu tapi aku ragu sebab tiada cop halal."