Pages

Saturday, February 2, 2013

Aku Berdiam..

Aku berdiam, tak bermakna aku lemah.
Aku berdiam, tak bermakna aku bodoh.
Aku berdiam, tak bermakna aku tiada perasaan.

Mungkin ini ujian buat aku, walau seperit sekalipun.  Aku terima dengan hati yang terbuka. ^_^

Alhamdulillah, dia dan aku masih berhubung.  Tahniah kerana dapat sambung belajar.  Seorang ke selatan dan seorang lagi masih dapat kampus yang sama! Ya! dia akan berada di kampus khazanah alam ini!

Hati mana yang tak gembira bila berada di kampus yang sama.  Biarpun kami hanya sekadar berkawan biasa.  Aku hanya mampu pujuk hati ini berdiam dari berkata-kata.

Duhai sahabat-sahabatku yang sentiasa berada di sisiku,  biarpun adakalanya hatiku terguris,  dah lama aku ubatkan.  Tiada dendam pun dihati ini.  Marilah bersama-sama berjuang denganku.  Jangan dilawan dengan aku.  Aku bukan musuhmu, aku adalah sahabatmu.  InsyaAllah, jika kalian dalam kesusahan dan aku akan cuba membantu kalian.



Duhai hati, perasaan ini begitu fitrah, sehingga aku menipu diri sendiri daripada berterus terang dengannya.  Jangan mulakan, kerana pasti akan ada akhiran yang menyakitkan.  Masih belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi lagi.


Kata orang, siapa lambat dia yang rugi.  Biarlah kata orang pun, sikit tak jejaskan pendirian aku.  Jangan diambil peduli kata orang.  Itu semua racun! haha!


Jangan di ganggu sarang lebah, jika tak mahu kena sengatnya.  Segarang lebah, kerana cuba mempertahankan madunya (sesuatu berharga yang dipelihara).  Rasanya tiada kaitan aku dengan lebah. Langsung tak sesuai Jah hoiii.. >.<


Aku akan terus berdiam diri.  Dan sehingga aku tak mampu menghadapi, pasti bahu itu akan bahang dengan titisan air tabahku.  Dan peluk dakapan eratnya pasti sedikit akan melegakan hati ini. Dan aku akan katakan padanya "Lambatnya awak datang". Kalau dah kahwin la gamaknya.    :')




p / s :  "Puan ibu pesan, biar orang buat kita, kita jangan buat orang.  Diam itu pasti akan beroleh kemenangan jua.  Kemenangan di hati". ^_^