Pages

Friday, November 16, 2012

Sweet- 19!!

16 November 1993!

Yes! dah semakin tua, dan semakin dekat dah dengan kematian yang pasti itu.

Kali ini aku berhenti berharap sesuatu yang sangat mustahil, orang kata tak salah jika berharapkan sesuatu.  Tetapi bagiku, adalah silap besar jika hanya berharap tanpa usaha.

Biarpun kesunyian melanda diri, ku tetap gagahkan jua!  Ya! aku mampu berjalan sendiri tanpa dia, dia, dan dia.

Malas dah berharap! nak hadiah! -__-"


Terima kasih kepada yang sudi 'wish' hari ulangtahun kejadian saya!

Yang tak boleh blaa bila ada orang doakan aku dapat suami yang soleh.  Ada yang doakan agar aku sentiasa menjadi wanita di sisiNya. dan ada juga mendoakan aku agar sentiasa tenang. Tak boleh blaa?? sepatutnya aku bersyukur...Ya Allah! Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.. ^_^

Terima kasih sahabat yang dari Malaysia, Mesir, UK..  Huaa! bajet terkenal sahaja.. >.<

Semoga orang-orang yang mendoakan kesejahteraanku juga sering dilindungiNya dan dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. ^_^

Sudah lama tak makan kek,  maka puan ibu memberi sedikit wang untuk membeli sebiji kek.  Perkongsian kek antara aku dan kakak tiri sebab tarikh kami dekat-dekat sahaja, dia 14, aku 16.



Happy Birthday kak! semoga cepat kahwin..hahaha!

Untuk aku, Happy Birthday Wa, semoga impian kau tercapai dan jangan lagi berhenti mencari dan menunggu!  (ehh? pelik je ayat, biarlah rahsia)

Bermimpilah ada orang nak bagi Iphone 4s ke, DSLR ke, Kereta Kia Optima k5 ke! Stop it bermimpi! Memang mustahil la kan! hahah..

Cik Myn dengan senang hatinya berkata... "aku tak tahu nak bagi ko apa, aku bagi duit jelah."

Nahh..2 rat dia bagi.  Thanks!  Alhamdulillah.. ^_^


p/s : kali terakhir sebagai budak belasan tahun..lepas ni puluhan tahun.. Y_Y

Tuesday, November 6, 2012

Biar Aku

Biar aku yang atur langkah ini..kau pergi!

Biarlah hooo...akan ku pasti kau berhenti gangguku lagi!

apa benda ni weh?

Cuti sem yang terlalu singkat.. Hentikanlah pura-puraku..

Hentikan juga segala dustamu.  Aku hanya mampu diam dan terus diam.  Menunggu kau jelaskan.

Aku mampu langkah sendiri, walau sakit, walau lelah.  Aku tetap teruskan perjalanan yang penuh duri.  Pilihlah jalan yang kau mahu Wahidah.  Jalanlah kau di atas bumi sementara.  Hitam putih adalah pilihanmu.  Jangan kau salah pilih jalanmu.

Perasaan yang terlalu menakutkan..perasaan yang terlalu menyeramkan! ahhh! celakanya perasaan ini kau fikir aku tak peduli..kauuu pergii!

JAPPP!!!~~

Ehhhh!! aku dah kenapa, hahah! dah macam Fynn Jamal Junior..hahhah!


fuhhh!! jauh tak terdaya!


Teruskan usahamu wahidah anak yusof dan norhayati.. Biarpun kau pernah jatuh, di hina, di caci, jangan jatuh lagi.  Kalau jatuh cinta?? hahha! ok! cinta sejati belum pernah sebab belum nikah kan??hahha!!

Cuti sem 2 ni so far so well..#failed..

Bermulanya hari baru ku apabila telah datangnya kesakitan yang tak diduga. DEMAM mengada-ngada..kejap ada kejap tak ada.


tu je ceritanya??



p / s:  "ramai pula blogger yang dah kahwin and preggy..'wat ta'???" -__-"

Thursday, October 18, 2012

Setiap Bulan Itu -_-"

Setiap Bulan Itu??

Ya! Yang dialami oleh perempuan setiap bulan..DATANG BULAN!

hahahaha! Seperti yang kita tahu, pasti bila datangnya masa itu, pergh! memang sakit gila!

Tapi masalah ni tak semua yang dihadapi, senang cerita ikut keturunanlah.

Orang lelaki tak tahu ekk sakitnya macam mana? macam sekitar bawah perut tu ditarah-tarah..hahha! gambaran yang kejam! 'period cramp' la omputih kata.  Tak dapat bayangkan lagi? Kau tunggu bila dah kahwin, tengok macam mana bini kau sengsara kena senggugut..hahaha! >.<

Kitaran normal adalah 28-30 hari.  Kalau lebih atau kurang, adalah disarankan pergi jumpa doktor dengan kadar segara! ini serius!

Adakalanya, gangguan kitaran haid salah satunya faktor pemakanan.  Permakanan kenalah jaga ya gadis-gadis.  Jangan main bedal sahaja, tapi memang tak dinafikan, terlampau banyak makanan yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya.  Sedap memang sedap, tapi kesannya? sendiri mau ingatlah der.. >.<

Aku mula cari info pasal nak hilangkan rasa senggugut.  Dah memang keturunan kena senggugut yang melampau sampai terlantar kat atas katil tu keseorangan..haha!

Pernahlah aku buka cerita pasal senggugut dengan puan ibu dan puan mak ngah, mereka kata, biasalah tu.  Kenalah tahan.  Bayangkan bertahun-tahun, berbulan-bulan nak kena tahan? Tabahnya lahai hati ni.. >.<

Mereka kata minum akar kayulah, dan paling mereka tidak sarankan adalah mengambil panadol pink tu.  Paint killer la, tapi tak elok atas sebab kesan sampingan.  Air akar kayu tu memang aku pernah paksa kena minum.  Tapi aku buang.  Macam pelik je kayu-kayu ni.hahhaha!

Ok! dah tak boleh ambil pil tu lagi.  Tapi kalau dah tahap sakit teramat sangat sampai nangis-nangis, guling-guling atas katil macam cacing kepanasan..macam mana??

Ada yang petua kata minum air suam dengan hirisan halia, buah pinang la..apa la..kalau pelajar macam mana pula nak dapat bahan-bahan tu jahh hoii??

Alternatifnya, tuam sebotol air suam atau panaskan kejap 'iron' letakkan kat perut..Ada yang letak laptop kat atas perut, tapi tak elok sebab kesan sampingan.

Orang kata tu sakit ngada-ngada ja, petua akhir puan ibu dan puan mak ngah kata, KAHWIN!

Aku pelik, apa kena mengena kahwin dengan senggugut.  Bila aku dah besar, baru aku paham maksud mereka.  Maksud mereka, kahwin, lepas tu beranak! ohh tidakk!  Lambat lagi meyhh.. Umur aku baru 19.  Kira punya kira, aku jangka lagi 5 tahun kot.  Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan.

5 tahun tu nak kena sabar.  Woaahhhh!!! Y_Y


psstt, jangan cari pasal bila mereka datang bulan..hahah! Padahnya ni lah..aku bengang tak habis-habis dengan mr.love..Sila On fon anda, saya dah minta maaf.  bahhaha!

Kalau kakak-kakak yang ada petua lain yang lagi berkesan, mohon kongsi ya! 5 tahun tu, jenuh nak menunggunya.. -__-"



p/s:  "syukurlah kena sebelum hari paper final" Y_Y

Wednesday, September 26, 2012

Baby?


Bercakap pasal baby.. Pasti terlintas difikiran comel bukan?

Aku merupakan anak ketiga dan bongsu dalam adik beradik.  Sudah terang lagi bersuluh, maka aku tidak tahu bagaimana hendak menjaga orang yang berumur bawah daripada aku.

Terlintas di kotak fikiranku untuk menulis entri mengenai bayi.  Ini semua gara-gara balik daripada kem Hurt the Hurdle anjuran senior part 4 di Dusun Eco Resort, Bentong.  Di situ ada slot mengenai apa tah, rasanya bagi kesedaran untuk kami.  Motivasi yang sangat memotivasikan kepada aku..haha!

Dia membuka soalan mengenai "siapa pernah mendukung bayi yang baru lahir?"

ramai yang akan tangan, tapi aku tidak.  Tersenyum aku sendiri

Dia berkata lagi "maksud saya, bayi yang baru betul-betul lahir, yang belum di cuci atau mandi??"

Semua jatuhkan tangan.

Katanya lagi "bayi yang baru lahir, harum sangat."

Ya, bayi yang baru lahir semestinya bersih.  Tiada rekod dosa.  Sebab itu bila kita lihat bayi, tenang sahaja, muka bersih.

Sejak kecil lagi, permainanku adalah kucing.




Walaupun asthma, tetap juga bela kucing.  Alhamdulillah, sudah 2 tahun aku tidak diserang lelah.  Ramai yang marah sebab bela kucing.  Aku dan kucing tidak boleh dipisahkan.  Pasti aku akan cium, bergurau senda dengan kucing, mengacau ketika dia makan, berkongsi makanan(sengaja makan tidak habis untuk beri kucing), yang paling sweet bila kami tidur bersama.

Kucing mengajar aku erti kebersihan, penyayang, penyabar, dan menerima sesuatu yang luar dugaan.

Kebersihan = biasalah, kalau kucing sengaja buat nakal.  sengaja suruh aku rajin untuk mencuci kejahatannya..haha! sabar jelah! -__-"

Penyayang = Bila dia minta gese-gese kat kaki, tandanya nak belaian manja..alololo bucuk-bucuk..meh kat cik wawa meh.. Bukan setakat belai, pakej urutan badan aku bagi..dia punya feel sampai terlena kat riba aku..ceit! kacau je nak tengok tv, cramp kaki.

Penyabar = Memang sabar tahap gaban la bila ikan atau ayam hilang kat meja.  Kita jangan salahkan kucing, salah kita.  psssttt dah tahu bela kucing, yang tak tutup dan di simpan rapi buat apa? hahah..

Terima dugaan = Kucing macam biasalah, kejap dia datang..tup..tup..kejap dia dah pergi.  Kebanyakkan kucing aku pergi dan tak balik-balik, agaknya dah mati kot.  Kata orang, kucing seperti tahu masanya tak lama, kucing tu akan pergi dari tuannya sebab tak nak tuan dia sedih dapat tahu mati.

Ehhh?? ini cerita kucing.

Bagi aku lecehlah nak jaga baby, menangislah..apa lah...bla..bla..bla...

Tapi tidak bermakna aku membenci.  Cuma belum tiba masanya kot..  Karang kalau aku betul-betul suka dekat baby, memang aku call terus family "ibu, adik nak kahwin esok, dengan siapa tak kisah, ibu carikan" haa..nahas kau cik wawa..haha!

"Baby..Baby, Ma belajar dulu, kerja, kahwin, barulah ma jaga baby yee!!~~"

hahhaha!!~~ aku dah kenapa.

Memikul tanggungjawab yang sangat berat.  Nak jadi mak orang kena lah ada ilmu agama dan dunia.  Bukan sesuka hati je beranak.

Ok, Baiklah! aku memang tak reti nak dukung baby, apatah lagi nak tukar lampin ke, nak bancuh susu ke, atau nak pujuk baby bila menangis.  Manalah tahu, bila ada sendiri punya, secara automatik semuanya tiba-tiba mahir..  Tak gitu??

Maka janganlah 'judge' or paksa benda yang aku tak suka..Bukan tak suka, cuma belum sampai masanya..  Aku cuma tak suka orang desak-desak aku.. 

ehh! aku muda lagilah! baru 19 tahun.  Target kahwin pun 25 tahun.  Insyallah.. ^_^


p / s : maaflah jika maksu tak layan korang..hahha! maksu tak reti! " :P

Friday, August 31, 2012

Nurella's Chocolate??

Di Jengka ini agak payah aku nak cari coklat kegemaranku..

Tambahan pula 'dark' coklat memang tak dapatlah..  Puas aku cari satu bandar.. Bila 'stress' je mkn coklat. Rasa nak balik je rumah. Drive sendiri pergi cari coklat.. huh?? semata-mata?? -__-"

Bila dapat markah test, aku rasa 'down' gila!! Memang padanlah muka aku, dah elok jawapan tu, last minit aku pergi tukar 3 jawapan.. Nak-nak lagi aku dah tanda pangkah kat hujung jawapan, boleh pula lupa nak 'circle' jawapan sebenar..AARGGHH!!~~ Siapa tak rase ralat wehh??!!

Mungkin  ini sebagai satu pengajaran.. Aku rasa dah banyak kali kena macam ini... Tak juga serik-serik..  Lepas ni aku nekad, kata hati yang pertama adalah sering benar.. yang kedua itu syaitannnn~~ tapi tak juga, test masa bulan puasa... (?????)

Demi memujuk hati yang kecewa gila!,,, aku pergi koperasi untuk membeli apa-apa sahaja yang boleh merawat hati ini.. Dan aku jumpa coklat yang tak pernah aku lihat.

JENAMA APA NI WEHH?? tak pernah ada pun kat tempat aku? -__-"




Nurella, macam nama orang.. halal..dan bila aku makannnnnnnnnnnn~~~

TERBAIK! boleh tahan juga lazatnya..hehe..  Aku nak kata coklat tu boleh tahan la rasanya.. berbaloi la rm2..

Balik je bilik, aku search pasal coklat ni..  Pengusahanya orang Pahang.. Tapi alamat untuk berhubung beralamatkan Jengka.. ehh?? dekat bandar jengka gamaknya..hahahha..

Jadi, aku sokong perniagaannya dengan ikhlas menulis pasal coklat ini di dalam blog aku.. Teruskan berusaha dalam perniagaan ni ye!! heee~~~


p/s : "kita boleh mengikuti cara orang lain jika cara tersebut mendatangkan kebaikan dan tidak melanggar dari segi agama kita."  ^_^

Monday, August 13, 2012

Pelengkap Hijabku ^_^

Sudah lama aku tidak berkata-kata di blog ni.  Sibuk dengan tugasan yang datang berganda-ganda.

Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi. -iluvislam-

Ya! kita jarang berhubung. Itulah sebaik-baiknya.

Niatku untuk berbuka puasa bersama dia tidak kesampaian. Mungkin ada hikmahnya.  Selesai sahaja terawih, aku kirimkan twister (kepsi) bersama air kotak ice lemon tea.  Dia malu untuk menerima.  Dan dia menghulurkan aku plastik yang berisi sesuatu!

Dalam plastik tu ada pelengkap hijabku... PELENGKAP HIJAB?? ya! seperti gambar di bawah ini..

#blink3!

Aku gelarkan sebagai Pelengkap hijab.  Sebab, Aku memang memerlukan kerongsang untuk 'mengikat' tudung bawalku.  Sebenarnya kerongsang tak wajib pun dalam pemakaian tudung.  Cuma orang-orang macam aku ni memerlukan, ya! memudahkan dalam pemakaian tudung yang bersegi tiga.

Katanya dia lebih suka aku memakai tudung bawal.  Ringkas dan cantik!  Tapi maaf ya awak! saya pakai bukan sebab awak.. Semuanya kerana Allah s.w.t. ^_^
Kini aku sedaya upaya memakai tudung menutupi paras dada.  Rasa selamat yang sangat!  


sebahagian 'hadiah' daripada dia.

Hari-hari ke kelas seperti ini, kemas pada waktu pagi, selekeh pada waktu petang! hahahah!

Terima kasih di atas pemberian ini.  Wa hargai.. ^_^


p / s : "jangan resah, ini takdir.  Percayalah pada jodoh, jangan menyalahkan takdir! jangan!"

Saturday, June 2, 2012

Volunteer KSP

 Cik myn mengajak aku untuk jadi volunteer i luv islam.. Tanpa berfikir panjang, aku terus bersetuju.. Walaupun cuti ku semakin pendek tapi setakat 2 or 3 hari tak ada masalah... Ini merupakan peluang keemasan ku kerana aku suka benda yang baharu bagiku.. Aku menerima apa-apa sahaja tugasan tanpa membantah..

Pada mulanya aku dan cik myn diberi kekosongan dibahagian protokol dan nursery.. Setelah kami berbincang, aku tidak mahu dibahagian nursery sebab, aku tak berapa sangat dengan budak-budak..Bukan benci, cuma aku tak reti nak melayan karenah budak-budak..Mungkin hatiku belum terbuka untuk kearah itu.. Ya! Nama pun aku anak bongsu! >.<

Tapi, dapat information baru. aku dan cik myn dibahagian protokol!! damn! siyes memang payah la aku nak wat kerja kalau ada orang kenal aku...Lebih-lebih lagi ada cik myn.. Confirm ada je yang tak kena..

Tak lama kemudian, aku dan cik myn bergaduh..haha! biasalah, adik-beradik.. Ada sahaja yang tak puas hati.. Lama juga la.. sampai puan ibu pun masuk campur.. Ya! memang aku keras hati.. tapi menyesal pulak gaduh, cik myn je yang bawa lari kereta..aku terperuk dalam rumah.. Lagi la hati ni panas berganda-ganda.. Tapi kalau aku marah ke ape ke, mesti air mata berjurai-jurai...sensitif betol lahh!!!

Sekali ada meeting la pula kat k.l sentral.. Apa yang aku fikir dulu first2, nak topup TnG pakai i.c kat kiosk sana... saja nak bawa balik kasi poyo2 sikit kat membe2..hahhahaha!! "wehh..i.c aku ada duit..kao ado?" #dengki!
Tak ada laa...topup pun sebab senang nak naik LRT dari titiwangsa ke plaza rakyat..

Tengok! aku da merepek!

Aku tak pergi pun meeting tu sebab sakit perut meyhh..Memang guling-guling atas katil..nangis-nangis..mula la telan 2 biji pil, mandul aku cenggini makan pil tu...-__-" tak lut juga.. merangkak ambil air yasin, selawat 3 kali..telan...5 minit kemudian aku tidur...kroohhh~~~

Alahai!! merepek lagi..

-Skip-

Aku dan cik myn pun dah berbaik.. cik myn ni gatal2 pula pergi butik tuhh... Tak sengaja aku beli jubah.. Ya!! setelah sekian lama aku mahu memilikki jubah.. Akhirnya~~~ ^_^

Sampai di putrajaya, wow! ramainya orang..Kenderaan bergerak perlahan..kiri kana ada booth.. Sampai sahaja di simpang nak masuk ke PICC.. mata ku tertumpu pada seorang penunggang motorsikal..Begnya berwarna hitam merah.. Gayanya seperti seorang student..ehhh, dia masuk simpang yang sama...hahahaha!! Sampai sahaja parking kereta, ada motor yang menghampiri kami.. Aku buat tak tahu sahaja, malu kat diri sendiri sebab stalker dia tadi..hahaha.. First aku pandang, aku dah tergelak kuat.. sebab dengan helmet gitu teringat kat senior..hahahahahaha!!! sebijik-sebijik.. >.< kalau nak tahu sebab apa, tuan punya badan sahaja yang boleh dapat jawapan..

Sampai sahaja bilik belakang kaunter PICC, diberi sedikit taklimat.. Kali ini mataku tertumpu pada seorang perempuan yang berjubah, dan tangannya memegang Tab.. Dia ke hulu, ke hilir.. Barang kali dia orang penting.. Kusut2!~~ hahaha.. jangan marah ye kak!

Setelah menjelaskan tugasan masing-masing.. terus di bawa ke Dewan untuk rehearsal.. Mula-mula tengok best.. Lama-lama aku mengantuk!! tambahan lagi selsema dah macam pili bomba! ok dah belajar da sikit-sikit nak conduct event, yela, sem akan datang aku akan ada tugasan projek mengendalikan events..agaknya.. >.<

Esok tu bermula lah tugasan masing-masing, tapi tugasan aku esok! yeay! boleh dengar ceramah kejap-kejap.. Patutnya hari ini aku kena call Speaker aku. dah nama pun p.a.. kena la informkan pe yang patut.. Tapi aku tangguh...tangguh..dan tangguh.. sampai la malam.. nak call, tak sampai hati sebab dah malam, bagi masej jelah...memang aku tahu tak proper bagi masej..kojaq2! on da way nak balik seremban, kak yasha dan abg farid telah tolong aku..hahaha! sepatutnya tu kerja aku... terima kasih.. ^_^ jangan la perli aku cakap boleh claim..ada kredit la..cuma kalau nak call, siyes bunyi enjin bising..nak cakap dengan aku kena kuat-kuat..hahaha! sorry la terpaksa 'end' call korang.. minta maaf!!! Y_Y

Sampai sahaja dirumah.. aku dan cik myn pecah rumah sendiri!! ciss! tahap security yang rendah..senang-senang je nak rompak gamaknya! -__-"

Esok tu kembali ke PICC.. Selera sarapan ku mati serta merta.. gemuruh punya pasal...nasi lemak tu nak tak nak sahaja aku jamah..siyes tak suka membazir, tapi tekak ni rasa mual..nak muntah.. Aku call speaker aku..yeay! dia sangat peramah..biro keselamatan pula call suh aku tunggu sekali kat tempat parking vvip..

Bermulalah al-kisah 2 information yang terpaksa aku akur..
Aku pergi kat lobby, rupanya aku salah tempat.. Dekat level G rupanya..Then, aku call speaker, cakap kami sediakan parking vvip di level G.. Dia pun kata ok.. Sambil menunggu, aku berbual dengan abang2 dan akak yang jaga bahagian situ.. Sekali dapat info, Puan da sampai.. Aku call Puan tapi Puan kata berada di seri kembangan..aikk2??

Cik myn call, dia kata Puan dah sampai.. Rupanya Puan parking dekat lobby yang aku pergi tadi tu!! lalala!~~ wahai hati, kan dah cakap awal-awal, pilihan bisikan hati yang pertama sentiasa tepat.. Sedih aku tak sambut dia..

On da way nak pergi masuk dewan, sekali ade akak ni pass budak kat aku.. Aku teka, "anak coach shaa dan coach ridz?" budak tu angguk.. "ok! jum ikut akak".. Aku masuk dewan dalam keadaan serba salah dekat ketua protokol, tp dia rilex je.. ciap bagi kata-kata semangat... Rasa nak menyorok dalam tempayan.. Sampai sahaja seat p.a dan speaker, perkenalkan diri tanpa salam.. aku boleh lupa nak salam sebab menggelabah punya pasal.. tapi puan kata "its ok" fuhh...maaf Puan! Y_Y

Biro modul dan slide, abg farid dan kak yasha tak henti2 contact aku..hahaha!! jenuh aku nak melayan..Tugasan aku lepas ni membawa ke ruang vip..tapi puan macam nak tunggu slot lepas ni..lepas tu kan, tiba-tiba sahaja orang bagi aku bisnescard...dengan mana aku nak jaga Puan, dengan mana plak aku nak hantar bisnescard tu kat box...lepas tu dapat information lagi.. last2 aku dah pening! hahahaha!! time tu memang kelakar gila..rasa nak lari pastu menyorok dalam kotak..tapi bila cakap hanya 2 pinggan tu yg membuatkn aku tak sampai hati nak bagitahu Puan...Puan kata "its ok, kami boleh share" ..Ya Allah!! hanya tuhan sahaj yang tahuu perasaan aku time tu..

Aku ikut kehulu hilir..Boleh pula Puan tu kata kat cik myn "dia asyik ikut sy shj" smbil gelak...aku da tercengang dah..hahah..Puan kata nak pergi nursery dan macam tak bagi aku ikut...nak ikut!! nak ikut!! hahah...yeay! green light untuk aku merewang kesana sini! Bila Puan da kembali, aku ikut juga..wekk! :P

Puan cakap, "ok, saya faham tugas kamu, ikutlah" yeay2!! hahaha...lagipun lepas ni dia tak ada apa-apa dah..Tapi, kelam kabut, tulahh! buat kerja tak reti nak baca doa!....Anak coach shaa dengan anak coach maria rapat meyhh.. suka aku tengok mereka..Aku bawa anak-anak mereka ke level atas...Mereka sangat peramah..Tutur kata mereka sangat bijak..tak seperti kanak-kanak yang lain...

Aku duduk di tangga kanan 'stage' mencuri dengar slot penyusuan bayi.. Ya Allah! Aku dah lah tak berapa dengan budak-budak.. Apatah lagi nak jadi seorang 'ibu'.. Belum bersedia lagi..haahahaha!! ooo...camtu rupanya nak susu kan baby..hahahaha! ok2..ilmu tu.. >.<

Acuh tak acuh sahaja.. Aku perhatikan family itu..barangkali mereka baru 3 atau 4 tahun berkahwin...anak sulung mereka perempuan..yang kedua lelaki..pasangan yang muda.. kacak dan cantik..dari segi penampilan, ekonomi kewangannya agak kukuh..hahaha!! memandai aku je...

Lama-lama, aku kehilangan Puan..haiyo..

-skip-

Tengah sibuk-sibuk petik bunga selepas bergambar....lepas petik bunga, bergambar lagi... Sekali ada seorang ni bagi bunga kat cik myn..boleh pula cik myn tolak mentah-mentah... agaknya dia nak cover punya pasal, bunga tu d'beri kepada ku... Dan untuk kali pertamanya, aku dapat bunga hidup dari seorang lelaki yang tak ku kenali...rasa nak nangis guling-guling..wuwuwu..hahah..

Rasa sedih je events ni habis...  Banyak yang telah ku pelajari.. Aku kagum dan terpersona dengan akhlak akak2 dan abg2.. sangat2 suka! Ya Allah! seronoknya jadi seperti mereka.. Semoga aku terus berubah menjadi seperti mereka.. Kuatkanlah hati ini.. Y_Y

Saya minta maaf andai terkasar bahasa, terbuat sesuatu yang tidak menyenangkan kamu semua.. terima kasih semua...Maaf tak semua yang dapat saya ceritakan..sebab ramai sangat....penuh entri ni nanti..tp percayalah, kamu semua adalah inspirasiku.. ^_^






Adam, terima kasih kerana memahami wa... terima baik buruk wa.. dan sentiasa menyokong wa...Berikan wa masa untuk perbaiki diri ini..ada hikmah fon adam d'baiki dalam tempoh yang agak lama..kita buat haluan masing-masing..dan itulah sebenar-benar caranya..berdoalah selalu..and thanks post bunga kekwa  ^_^

p/s : "belajar dan buat sesuatu perkara dengan ikhlas..."

Friday, June 1, 2012

Buat Volunteer KSP ^_^

Semalam nak tulis.. tp hujan, maka cancel..

Hari ini nak tulis.. tp susun ayat sampai ke petang... Masih tak tahu mana nak start..

Esok-esok la...wehheeeee... sabor2. >.<

Monday, April 30, 2012

Kematian

Ya!! Mati itu pasti..
tapi bila, dimana?? tak siapa pun yang tahu..

kadang2 aku duduk dan menjalarkan kaki..lihat kaki ku..beginikah aku sekiranya roh terpisah dengan jasad...

bagaimana pula dengan rupa ku?? kata orang, kalau kita nak tahu rupa kita bila meninggal...serupa macam kita tidur..

tak ada cahaya langsung...muka banyak masalah ada la~~~...hahahaha!!

Lalu aku mencari orang yang pernah aku sakiti...memohon maaf!!

Maafkan aku sahabat.......


p/s: "sesungguhnya manusia itu dalam kerugian"

Wednesday, March 21, 2012

Laksam Pahang

Setiap hari rabu, akan adanya pasar malam di dalam kampus jengka! Akhirnya!! yess!! bukan main gembira dapat tahu aku berada di kampus mana..stalker! >.<

Selalunya selepas kelas typing, aku akan ke pasar bersama ira dan mira..si rendah dan si bam bam..jangan marah! peace yaw!

Tapi hari ini, mereka tiada sebab mereka balik rumah. Sekarangkan minggu final exam. So, lepas sahaja aku ulang kaji di perpustakaan, terus sahaja ke pasar yang ditemani oleh abang aku. Dan ini merupakan pasar rabu yang terakhir buat abang aku..lepas ni dia dah tiada di kampus khazanah alam ni..wuwuwuwu..^_^

Pusing punya pusing walaupun pasar tu aku rasa kecil sahaja jumlahnya..tak syok la dating dengan abang sekejap je..puiihh!! hehehe..maka kami pusing-pusing lagi..

dan aku beli....tadaaa!!~~~


LAKSAM!

Rasa yang agak pelik sebab manis dan berlemak..berbeza dengan di Negeri Sembilan yang rasa yang sederhana tapi sedap..Mungkin aku tak serasi lagi dengan selera pantai timur..Mungkin mengambil masa yang agak lama. Tak apalah, Aku tetap cuba sesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Kita masih di Malaysia lagi..hehehe..


 
LICIN!!


Dan tak lupa juga pada cik myn yang memberi aku pinggan yang awesome! gitu..Rekaan khas oleh IKEA..tak pasal-pasal aku buat iklan free..peace yaww!!


P / S : "cuti sem nanti aku nak belajar buat laksam!! hehehe...main masak-masak la jawabnya..just wait and see"

Sunday, March 18, 2012

Kenapa??

Dalam beberapa hari ni, aku rasa macam tak sedap hati..makan tak kenyang, mandi tak bersih, tido pun mata terbuka..hamboi melampau..

ni bukan masalah cinta sebab dah memang aku tak ada bf pun...hahah!! sedih2..

Perasaan yang bercampur-campur macam ABC + black pearl + asam boi..huh?? ini kalau-kalau resipi ni ada siapa-siapa rembat, siap ko!! aku mintak royalti...puihh... :P

korang sendiri pun perasan kan aku da mula pening berdasarkan perenggan-perenggan atas tu..

Tapi apa yang pasti, aku terasa amat sedih..yang peliknya sebab apa???



Dalam bilik air..macam biasa la..air paip keluar..air mata pun turut serta sekali..hamboi, pakat-pakat join la.. puiihh...legaaaaaa............

Buka sahaja almari, aku terlihat sebuah buku yang pernah aku beli suatu ketika dahulu..masih tersusun kemas di dalam almari rak paling atas sekali.


Ingatkan bila jumpa buku ni, kuranglah sikit rasa kesedihan...bertambah adalah sebab, beli tapi tak baca...huaaaa!!! sedih...sedih...sedih..



p / s : "janganlah berlebihan ketika bersedih, kita masih ada benda yang berharga...jangan lupa doa banyak-banyak!!"

Thursday, March 15, 2012

Dalam diam..

dah lama aku tak update blog..sibuk dengan pelbagai urusan..sungguh aku penat..

aku terlepas bas balik lagi, nasib ada untuk hari ini...tiket pukul 3, tapi pukul 1 ada kekosongan..memang patah hati aku bila tertinggal bas, ini semua gara-gara asyraf..kalau tak balas mesej dia, dia marah2 aku...damn...bila plak aku couple ngn kau..wekk:P

tiba2 pula kata clash, lantak kau ler...

 sampai sahaja pekeliling, duit aku tak cukup nak beli tiket bas untuk balik jengka...cari bank kat pekeliling..cuba la cari..bukan mudah bagiku berjalan keseorangan di jalan yang sunyi...4 ribu di sisi ku..lappy dan camera..hehehe...bahaya tahu??

berat beg yang aku bawa, berat lagi hati aku yang kesepian ni....masuk je bas ke seremban, terus menjurai2 air mata ku..aku penat...Ya Allah..kuatkanlah hati hambaMu...mungkin sahaja boleh berlaku apa-apa tadi, mungkin seorang ibu telah mendoakan keselamatan anaknya..

sem ni aku tak sangka yang aku mampu lakukannya sendiri..
ketawa, menangis, marah sendirian...#gila.. -___-"

ini sahaja yang mampu aku lakukan, study week aku hanya mampu terlantar..tak mampu nak study, telan ubat banyak-banyak lepas tu terus tido..dua hari tak makan, malas nak minta tolong kat roomate.. hanya air kosong sebagai pengalas perutku.

walaupun keesokan harinya final, aku hanya mampu melihat roomate ku ulang kaji pelajaran...kepala berdenyut tak terhingga, rasanya aku da minta maaf pada semua rakan-rakan ku..dan teringat saat ibu mengejutku sebelum dia pergi kerja, sebab aku balik pada tengahari memang tak jumpa nanti..ibu peluk, kiss, dan memberi kata-kata semangat.."adik buat elok-elok taw"..

perjalanan balik ku dibelenggu hari-hari yang akan datang...selamat datang masalah!!

mujur hadirnya seorang yang aku anggap abang, dia yang banyak memberi kata-kata semangat kepadaku..terima kasih... ^_^

dah bacakan hari-hari kesukaran ku..

tolonglah jangan sakit kan hati aku lagi, aku tak mampu nak nangis seorang lagi..cukuplah dengan apa yang aku lalui, jangan tambah lagi..kesabaranku ada batasnya, jangan ingat aku berdiam selama ni aku tunggul..


kepada jejaka misteri..

i'll be waiting for you..

hulurkan tanganmu di saat aku tenggelam, demi cintaNya...

p/s : "saya ada 5 tahun je lagi ni..cepat isi borang!!"

Saturday, January 7, 2012

Kami Bertemu! ^_^

Semalam aku ada quiz office administration..tu pun dapat tahu last minit ok! memang tak lah aku baca buku..hahah! ok tipu..

ulangkaji atas katil...1 minit pegang buku..2 jam tidur la! hahaha..hebat bukan! bila nak pergi kelas untuk jawab quiz..pergh! lemah gila langkah ni..

dalam perjalanan ke blok I..aku nampak kelibat pakcik atau dikenali Zack..yes! semestinya ada aqim! yeay! Ya Allah! dah lama aku tak nampak aqim! kemana sahaja kamu menghilang..hehehe..gatal!

mereka sekumpulan menuju ke fastrack..ceit! aku lewat 1 minit sahaja..kalau tak memang selisih habislah..ini, pandang dari jauh je.. -__-"

tak apa..yang pasti, bila aku terlihat akan kelibatnya..semakin pantas langkahku ke kelas...semakin pantas aku mengukirkan senyuman sehingga nampak semua gigi aku...nampak kan! masuk sahaja kelas, mesti ada orang menyangkakan aku gila sebab senyum macam kera busuk! hahhahaha...

tiba jawab quiz, pergh kenapa quiz ni macam test je aku tengok..banyak soalan..esei..jawab sahajalah..semangat membara bila aku teringat setiap perkataan yang diberi oleh aqim..yess!! aku berjaya menjawab semua soalan..langsung tak bagi peluang kat ruang kosong tahu! tapi sama ada jawapan betul atau tidak..itu belakang punya kira..yang penting kita jawab....


dapat kertas quiz business mathematics...quiz 1..syukur Alhamdulillah..aku di antara 11 orang yang lulus...mungkin nasib sahaja kot..sebab aku tak ulangkaji langsung..ceit! markah quiz 2 pun agak puas hati la sikit...markah orang yang tak buat homework..hahaha! pelik aku..madam salah kira kot...ok! gedik! hahaha...aku pun tak tahu kenapa malas sangat...aqim! tolong lah bagi kata-kata semangat lagi...hehehhe..gatai...alasan tahu!

Zack kata petang esok mereka main bola kat padang B..Aqim pun ada..tak mengapalah..aku bukan perempuan yang saja-saja menggedik nak pergi situ...saham kena jual tinggi..baru lah ada harga.... ^_^

mungkin memang betul aku yang syok sendiri!
hahahahahahaha! biaq p la..




kutemu dikau disetiap tahajudku...


p / s :  jangan lupa niat anda kemari... ^_^