Pages

Monday, August 13, 2012

Pelengkap Hijabku ^_^

Sudah lama aku tidak berkata-kata di blog ni.  Sibuk dengan tugasan yang datang berganda-ganda.

Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi. -iluvislam-

Ya! kita jarang berhubung. Itulah sebaik-baiknya.

Niatku untuk berbuka puasa bersama dia tidak kesampaian. Mungkin ada hikmahnya.  Selesai sahaja terawih, aku kirimkan twister (kepsi) bersama air kotak ice lemon tea.  Dia malu untuk menerima.  Dan dia menghulurkan aku plastik yang berisi sesuatu!

Dalam plastik tu ada pelengkap hijabku... PELENGKAP HIJAB?? ya! seperti gambar di bawah ini..

#blink3!

Aku gelarkan sebagai Pelengkap hijab.  Sebab, Aku memang memerlukan kerongsang untuk 'mengikat' tudung bawalku.  Sebenarnya kerongsang tak wajib pun dalam pemakaian tudung.  Cuma orang-orang macam aku ni memerlukan, ya! memudahkan dalam pemakaian tudung yang bersegi tiga.

Katanya dia lebih suka aku memakai tudung bawal.  Ringkas dan cantik!  Tapi maaf ya awak! saya pakai bukan sebab awak.. Semuanya kerana Allah s.w.t. ^_^
Kini aku sedaya upaya memakai tudung menutupi paras dada.  Rasa selamat yang sangat!  


sebahagian 'hadiah' daripada dia.

Hari-hari ke kelas seperti ini, kemas pada waktu pagi, selekeh pada waktu petang! hahahah!

Terima kasih di atas pemberian ini.  Wa hargai.. ^_^


p / s : "jangan resah, ini takdir.  Percayalah pada jodoh, jangan menyalahkan takdir! jangan!"

No comments:

Post a Comment