Pages

Friday, August 16, 2013

Bila Aku Bercakap Dan Bertindak?

Assalammualaikum.

Bila aku bercakap, aku akan bertindak. Adakah ini suatu tindakan yang melulu dan ikut emosi? apa kejadah sebenarnya ini? seribu persoalan, sejuta konspirasi.

Terasa tertampar bertalu-talu dengan segala kata-katanya.  Kadang-kadang, kita tak tahu apa masalah yang sebenarnya, dan adalah lebih baik jika kita selidik dulu dalam-dalam sebelum menyusun kata-kata.  Ok! aku boleh terima.

Memang selalu 'annoying' sebab, biar pemilik empunya tahu siapa dia sebenar.  haaa..Saja nak uji konon, akhirnya aku tersilap langkah.  Tersilap!  Bila kita dah berada dalam keadaan yang begini, kenapa kita tak terus sahaja cari jalan penyelesaian.  Itukan antara cara yang matang.

Bercakap pasal matang? ok, cuba sedarkan diri, umur pun dah 20 tahun, jadi kenalah matang dalam bertindak apa-apa sahaja perkara.  Buang ego sat, timba ilmu lagi.

Jika kita fikir terlalu ke depan, orang tak akan faham apa yang kau fikirkan.  Yang mereka tahu, kau 'menggelabah'.  Yes! memang aku menggelabah, kalau ambil masa yang lama untuk merawat hati yang terluka, itu suatu pembaziran.

Memang dah pasang niat dah, lepas ni tak yang lain lagi dah.  Jadikan ini satu keputusan yang terakhir. Muktamad! Tapi, kalau dia bukan jodoh aku, baiklah.  Aku terima.. :')



(tersenyum sendiri membaca mesej2 indah)  :')

Bukan mudah nak yakinkan seseorang, jika telah, maka jagalah keyakinan itu kerana sekali tercalar, selamanya di dalam ingatan.



p . s : " I give you a chance, waiting until end of this semester."