Pages

Sunday, January 6, 2013

Pergi Dan Datang..

Well Hello Everyone! Assalammualaikum!

Belum terlambat lagi untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU!

Yang pergi itu tetap akan pergi, janganlah kita mengharapkan sesuatu yang tak pasti.  Kerana, sekali dia telah hadir dan pergi, selamanya ia akan kekal dalam ingatan kita..  Selagi kita tak nyanyuk ya! ^_^

Apa yang aku mahu nyatakan di sini, terlalu banyak kenangan 2012 bersama keluarga, sahabat, dan insan yang tersayang!

Dari usia 19 berginjak ke 20.  Pastinya hatiku semakin teruja untuk hari debaran yang semakin hampir!  Kalau dahulu kita boleh cakap nak berkahwin lagi 10 tahun akan datang, tapi kini lagi 5 tahun beb!  Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah s.w.t adalah penentu segalanya.  Adalah lebih baik kita menyerahkan segala-galanya  padaNya agar hati ini tidak rasa kecewa. ^_^

Azam 2013??



Meh nenek tengok sikit ha cu!

Sebenarnya aku dah pasang azam pada 15 November 2012.  Ya! Awal Muharram!  Kan lebih baik pasang niat pada kalendar Islam..hahhah.. kena kamu semua ayat perli..        #ada cik wawa kisah??


Biarpun dia telah pergi dalam hidupku, tapi pada hari yang sama cuma keadaan itu malam, tiba-tiba sahaja kehadiran seorang insan yang aku sendiri pun rasa, ehh? sungguh kebetulan.  Kehadiran si dia memang membuatkan aku rasa tak ada lah sedih sangat.  Satu kampus rupanya. -__-"

Biarlah kami terus bersahabat, ini cara kami.  Si dia sangat ambil berat. Ya! dia memang baik. Kali ini orang selatan pula ya!  Jangan fikir bukan-bukan.  Saya tegaskan di sini, KAMI SAHABAT! ^_^

Paiz! terima kasih sebab jemput cik wawa di 'bustand' ke kompleks siap pakej kena marah-marah dengan pak guard. heeee (kami bertiga dalam kereta ya!)

Sem 3 ni Alhamdulillah berbeza dengan sem-sem sebelum ini.  Lebih 'rajin' kot.. >.<


P / s : "Aku putuskan untuk bersendirian buat masa ini, jika ada pun, aku nak kahwin terus..hahah! GATAL!"