Pages

Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

Welcome November!



Assalammualaikum..

Dah lama Wa tak update blog.

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat dengan apa yang Dia telah limpahkan kepada Wa di bulan penuh bermakna bagi Wa.



Pecah2..

Pertama sekali, telah dijangkakan terlebih dahulu, hari konvokesyen Wa jatuh pada bulan kelahiran Wa.  Daftar UiTM dulu pada hari ulang tahun kelahiran Wa iaitu 16 November 2011.



Alhamdulillah Wa Berjaya menamatkan pelajaran di peringkat diploma.  Ini juga atas bantuan keluarga, jiran, sahabat, dan juga pensyarah.  Wa juga bawa semangat arwah Ayah.  So dad, Adik dah Berjaya kalahkan ayah.  Ibu pernah cabar Wa, “kalau pelajaran tak lebih daripada ayah, malu kat diri sendiri.” So ayah ada STPM dan dapat tawaran sambung belajar, tapi ayah tak pergi.  Kira Diploma atas sikit dari STPM rasanya. Heee..

Yang kedua, Alhamdulillah pejam celik tak sangka berakhirnya tempoh 6 bulan percubaan kerja di sebuah syarikat minyak dan gas.  Dan diserapkan terus sebagai pekerja tetap.  Alhamdulillah, maknanya boleh kahwin awal la ni? Oppss.. Gatai ko mak jemah.
Bulan 12 ni bekerja dengan gaji baru.  Bagi Wa, tinggi gaji ni bagi standard diploma.  Kalau orang cakap ini rezeki anak, habis kalau Wa tak kahwin? Kira rezeki anak tekak lah ni? Heee.


Time ni makan2 sempena birthday wa.  Konon la sambut awal.  Sebab tahu masing2 akan sibuk.

Soal jodoh, Wa letak 100% kat Dia.  Wa hanya mampu berusaha.

Buat masa ini, ada jugalah peneman makan minum (waktu stress je).  Memang kami ada perancangan, tapi siapa kami nak tentukan jodoh.  Macam biasa, ibu on je.  Tapi Bonda dia pula mahu kewangan dia kukuh dulu. cehh..Wa punya la bagi syarat simple.  Tak apa, Wa sanggup tunggu. Ecehh..ini sudah terbalik.  Dah boleh feeling2 lagu Nomad kot..
"aku kan tetap....menunggumuu..."

Thursday, August 7, 2014

Masih Egokah?

Assalammualaikum..


Dah Berbulan tak update blog.

Alhamdulillah. Akhirnya Wa berjaya habiskan diploma tepat pada masanya.
Dan kini sebagai seorang pekerja.! huaaa.

Bila Wa dah kerja, barulah rasa erti penat lelah kedua-dua orang tua Wa mencari rezeki.  Bukan mudah rupanya nak uruskan kewangan keluarga.  Sedangkan kewangan sendiri pun masih lagi tak stabil.

Tapi percayalah rezeki tu datang dari Allah s.w.t.  Yang perlu kita lakukan usaha, doa, tawakal.

Cukup atau tak gaji kita, itu bukan persoalannya.  Yang penting ada barakah ke tidak.
Selagi kita tak bersyukur dengan apa yang ada, selagi itu kita tak akan pernah rasa cukup.

Rasanya dah boleh sambung menabung 'Tabung Kawin Cik Wawa'.
heeee..


Menabung perut atau menabung kawin?
lalalala..

Soal hati, Wa rasa dah tiba masanya Wa beri seseorang tu tempat dalam diri Wa.

Buat apa bersedih dengan benda yang lepas.  Dah tu bukan jodoh.
Tak berbaloi bila kita sedih, padahal orang tu gembira dengan orang baru. sangatlah choyyy..

Ego! Wa sedar Wa ego. Ego pada diri, keluarga, dan masyarakat.hee..

Apa yang Wa nak lihat dari dia.  Kesungguhan, keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, dan kebersihan.  Kaitan? hahahah..


# doakan tempoh percubaan kerja ni diserap terus jadi pekerja 'permanent'.  Terima kasih daun keladi, lain kali baca lagi. ^_^


Friday, January 10, 2014

Highlights of 2013!!

Assalammualaikum..

Selamat tahun baru.  Tapi Wa lagi suka ikut kalendar bulan Islam, itukan lebih baik.  Cuma angka tahun 2013 telah bertukar menjadi 2014.


Apa yang Wa mahu kongsikan di sini, 2013 telah berlaku pelbagai memori indah.  Suka dan duka itu sudah pasti.  Apa yang Wa mahu jelaskan di sini, setiap perkara yang telah berlaku, kita harus jadikan ia sebagai suatu pengajaran untuk maju kehadapan.



HIGHLIGHTS OF 2013!!

1.  



Bercuti bersama-sama keluarga pada tahun baru cina.  Dah lama tak pergi bercuti sama-sama.  Perak dan Cameron highlands menjadi utama.  Sungguh kesian itu merupakan ‘first time’ Wa pergi Cameron highlands.  Sodehh..sodehh..sob..sob..


2.



Sambut birthday rakan-rakan.  3 birthday Wa yang jadi ketua dalang.  Dah beli kek, Wa tambah lagi manik-manik kat atas kek agar jadi lebih menarik.  Copppp! Main tepung-tepung tu tak ada ya! Kepantangan Wa tepung dibuat main, itukan makanan.


3.



Jadi Ketua Multimedia untuk 2 majlis yang berbeza.  Hari-hari menangis, yela lappy tak banyak applikasi nak sunting itu sunting ini.  Pengalaman yang paling berharga yang mungkin akan bawa bakat yang tak seberapa ini di alam pekerjaan nanti.


4.



Menghadiri konvokesyen UKM.  Atas usaha maklong(kakak arwah ayah), kami berdua dapat masuk dewan.  Selalunya hanya 2 orang sahaja.  Kad jemputan maklong letak atas nama Wa.  Dan maklong beli 2 jambak bunga.  Terima kasih maklong. yeppy!  Kami tak tahu pun duduk di bahagian VIP.  Memang terbaik layanan VIP tekaww.  Puan ibu dan Encik ayahanda duduk di tempat belakang.  Memang sangat kelakar bila Wa dan Cik Myn menyaksikan sendiri depan mata Cik Bella terima 'scrol'. Master.


5.




Berjumpa encik Janggut buat kali pertama di rumah Wa.  Gementar, dia sahaja yang paling berani datang rumah jumpa puan ibu dan encik ayahanda serta nenekanda.  Sebelum ni ada lah seorang lagi tu pernah datang, tapi puan ibu tak suka.


Masa ni dah mula fikir masa depan.  Bukan tak pernah fikir, cuma kali ini berlainan.  Fasa terbaru dalam hidupku.  Walaupun tak lama mana lepas tu! Ahahha!. Shhh, yang dah tahu, diam2 sudah. :P


Siapa tahu, kami berjumpa lagi.  Kebetulan dia ada di k.l, Wa pun memang ‘plan’ nak duduk dekat k.l dengan akak.  Maka bertemulah kami di sini.  Pusing-pusing Times Square je.


6.



  Sekali lagi, bercuti dengan keluarga.  Tapi kali ni lain sikit sebab akak ‘booking’ guna mastercard Wa dan juga nama Wa.  Niat dihati nak tinggal sehari sahaja kat Glory Beach Resort tu, tapi keluarga tambahkan jadi 3 hari 2 malam.  Apartment 3 bilik 2 bilik air, Alhamdulillah muat untuk 6 orang.  Pemandangan laut, dan rasanya apartment tu paling exclusive kat situ, agaknyalah! >.<


2013 berlalu, banyak mengajar Wa.  Jauh perjalanan, luas permandangan.  Banyak perkara yang dirancang tapi tak menjadi.  Yang berlalu tu biarlah berlalu, usah dikenang barang yang lepas.  Maju kehadapan dan tersenyumlah sendiri akan kisah lalu itu.  Sungguh terlalu unik.


p/s :  "kalau nak enjoy, ada caranya."

Sunday, October 27, 2013

Kursus Pra Perkahwinan : 'Nak Nikah Dah?'

Assalammualaikum.

Tajuk tak berapa nak gempak, tapi aku yakin ada sesetengah yang teruja pasal kursus ni.  Biar saya jelaskan.



Untuk melengkapkan diri ke alam rumahtangga, kini adalah diwajibkan mengambil kursus pra perkahwinan sebagai persediaan awal.  Banyak ilmu yang kita akan dapat jika mengikuti kursus tersebut.

Ceritanya bermula bila aku terlepas mendaftarkan diri menghadiri kursus tersebut yang di anjurkan oleh Unit CITU (kampus Jengka) atas sebab alasan tertentu pada sem 1.  Jelas bukan?, sem 1 dah gatal nak ambil kursus ni.  Tiba-tiba, bila aku dah berada di sem 4, kursus ni muncul kembali.

Kekeliruan melanda diriku apabila tarikh kursus tersebut sama dengan hari Konvensyen Bidadari di PICC.  Nama dah daftar, duit pun dah 'bank in'. Macam mano nih?



Bila dah begini, aku terpaksa memlilih salah satu.  Ya! adakalanya kita tak mampu memilikki kedua-duanya.  Buatlah pilihan yang terbaik.  Dan aku putuskan untuk menghadiri kursus Pra Perkahwinan atas sebab, aku tak perlu pergi Putrajaya.  Pendekkan cerita, lebih baik aku kejar benda yang dekat.  Kursus tu pun buat dalam kampus sahaja.  Tak perlu serabut nak pikir tentang tiket bas.

Rancang tak rancang, Dia dah rancangkan dah.  Ira pun turut serta nak mengikuti kursus ni.  Kami tak sepakat pun nak pergi sama.  Dapat tahu masa 'plan' nak pergi daftar nama kat Unit CITU, sama-sama kebetulan nak daftar.  Nampak tak di situ rancangan-Nya?.  ^_^


Tudung pink tu Cik Ira. Kebetulan lagi kami pakai pink purple. Teserlah ketembaman di situ. >.<

Banyak yang dipelajari.  Kat sini, semua kena 'open', rasa malu pun ada. hahah!  'Speaker' semuanya berlatar belakang hebat-hebat.  Ada yang pensyarah, ada yang bekas pelajar dari Mesir.  Tak semua tua, tak semua muda.  Rata-rata pelajar yang mengikuti kursus ni, nisbahnya 4:1.  Dah padan sangat dah lelaki kena kawin 4.  Jelas sangat dunia nak berakhir bila kita sendiri nampak anggaran kasar macam tu.



Take 5 memang macam ni, rehatkan sedikit minda selepas satu persatu cuba memahami kehidupan berumahtangga. Hahaha! rasa macam nak cabut lari ja! kadang teruja, kadang rasa terbeban.  Kewarasan masih ada, dan fikirkan lebih jauh lagi.


Jangan lupa buat nota ringkas.  Perancangan kewangan yang berjaya, adalah kunci kebahagiaan dalam sesebuah institusi keluarga.  Benar! Percayalah.

Selepas dua hari berkampung dalam audi, kini tiba masanya untuk menjawab peperiksaan.  Cehh..Senang kemain tekaww.. Soalan yang pertama, dia tulis Kalimah Syahadah dan kita kena jelaskan maksudnya.  Ini kalau tak tahu, parah..parah..Soalan seterusnya semua objektif.  Semua soalan ni merangkumi apa yang telah kita pelajari semasa mengikuti kursus ni.  Ala, semamangnya kita dah belajar masa tadika sampai tingkatan 5.  Fikh,  Ibadah, Akhlak, dan sebagainya.

Seminggu selepas itu.....



Dah bolehlah langkah seterusnya! yeppyyy.. >.<

Biarpun ramai yang pandang serong sebab mereka kata 'gatal' ambil awal, sekurang-kurangnya aku dah mulakan langkah yang baik.  Daripada 'couple' yang kita tak tahu itu jodoh kita kan?, lebih baik kita senyum kat mereka.  Biarlah, itu pendapat mereka.  Aku nekad, tak mahu 'couple2' lagi dah.  Lagipun Haram.

"Aku mohon, Aku berdoa..agar jangan ada 'lelaki' minta 'couple'. kalau nak, datang merisik terus la.baru 'gentlemen'.."   -wawa-



P/S:  "Menanti dengan penuh kesabaran. Rancangan Tahun 2017"  hikkk..>.<

Saturday, April 6, 2013

Penantian Jejaka Misteri

Assalammualaikum sayang3?  Ya! kamulah sebab baca blog saya yang tak berapa nak best.. >.<

Mungkin kali ini cik wa na berkongsi sedikit mengenai Jejaka Misteri.  Mungkin ada yang tertanya-tanya, "ehh?mana buah hati awak yang dahulu?"  Itu biarlah yang berlalu.  Memberi peluang untuk dirinya untuk terus berjaya dalam hidupnya. Ya! dia kan dah sambung belajar, usah diganggu ye. ^_^

Jejaka misteri? Sejak dari sekolah menengah lagi aku taksub sangat dengan penantian jejaka misteri.  Siapakah geranganya? memang taklah kan? dah nama pun misteri.  Siapa tahukan jodoh kita di masa akan datang.

Dah banyak kali aku ambil risiko, pelbagai ujian yang aku dah lakukan, melihat spesis mana yang tahan akan perangai aku. ha! sangat kejam juga aku ni.  Patutlah seorang pun tak lekat.

kalau kat sekolah menengah dulu, kalau-kalau bosan tahan gaban, memang aku akan conteng kat buku teks penuh dengan perkataan 'Jejaka Misteri' sampai kawan-kawan yang rapat dengan aku pun perasan.  "tak habis-habis dengan jejaka misteri kau tu wa".  Aku hanya mampu tersengih.

Walau pun pernantian ini sangat menyiksakan, tapi aku tahu, pasti suatu hari nanti tiba hari itu.  Bertemu dengan si dia suatu perasaan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata mungkin.  Hanya mampu tersenyum sehingga menampakkan kesemua gigiku! ahhaha!

Dengan umur aku yang semakin tua, 20 tahun dah rupanya?  berdoalah aku agar dipercepatkan jodohku, dan jodohkanlah aku dengan orang baik-baik.

Siapa nak hidup sendiriankan? aku juga manusia biasa, yang perlu saling melengkapi.  Penat jahh hoii hidup berdikari.  

Orang kata, sebenarnya kita dah lama bertemu dengan jodoh kita cuma masing-masing saling tak kenal.  Mungkin kot?  Kalau benarlah, Ya Allah! tak sabar rasanya nak terima hadiah daripadaNya.




Kini aku di sini cuma sendiri, tiada yang mencari.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim insyallah lagi 5 tahun akan menamatkan zaman bujangku dengan siapa pun aku sendiri tak tahu.  hehehe.. >.<

Buat masa sekarang, biarlah fokus dengan pelajaran.  Kalau ada rezeki, nak sambung lagi.  Buat si dia yang aku tak tahu siapa, "bagi saya sedikit masa lagi untuk memperbetulkan diri ini, dan biarkan saya bahagiakan kedua orang tuaku dahulu, barulah saya akan terima awak itu pun awak kalau sudi menanti"  psst, saya pun dah lama tunggu awak.. #phuii.. >.<


p/s: bukan gatal, cuma ini untuk masa depan juga! hahaha! :P

Saturday, March 23, 2013

Birthday boy

Assalammualaikum..

birthday boy? cuba teka siapa? ya!ya! si dia itu.. Ramai yang menyangkakan kami ada apa-apa.  nahhh! tanggapan kalian semua salah.  Kami cuma kawan yang gilosss uolls!

Tak dalam perancangan pun nak buat 'surprise' kat dia. Memang dah niat awal-awal tak mau 'wish' atau ingat pun birthday dia.  Tapi? entahlah.  Bila difikirkan, terlalu banyak yang dia telah lakukan untuk melayan karenah aku.  Aku suruh buat ini, dia buat, buat itu pun dia buat.  Kini, tiba masanya untuk aku membalas jasanya.

Mula-mula tak mau buat tahun ni sebab baru kenal kot! kalau nak buat tahun depan, tak boleh juga sebab dia pun dah habis belajar.  Kenalah buat tahun ini juga.

Perancangan aku bersama dengan kawan j.b dia merangkap senior O.M (office management) telah bersepakat untuk sambut hari tua dia. Petang tu juga pergi beli kek.  Aku tak tahu nak beli kat mana.  Takut tak sedap pula..  Itu je yang ada kat Jengkayangan ni.  First, beli tester dulu.



Rasanya? bolehlah daripada tak ada,,Aku tahu dia suka coklat moist, banyak kali cakap pasal kek yang dia suka.  Serius aku tak suka kek coklat, mual jahh hoii! ha!ha!ha! Lepas je aku beli kek, senior call.. malangnya tak menjadi nak buat kat luar sebab masing-masing tengah pokai! -__-"  Dia bagi suggestion buat kat depan library.  Gilosss..tukar tempat lagi, buat jelah kat tepi DSG (dewan sejuk gila).

Kek ni simple, nice one.  Apa kata kita naikkan seri lagi.  Mari Deco-Deco Kek bersama Cik wawa..hahaha! sebelum beli kek, aku pergi pasaraya dulu, cari bahan-bahan nak hias kek.  Dan aku jumpa......nahhhh...

"MANIK AJAIB!!!"

Bolehlah daripada tak ada.  Beli satu jenis je.  Tiba-tiba tertarik kat benda alah ni.  Macam comel-comel je. Nak-nak lagi malamkan, mesti akan berkilau bak mutiara.  Kelasss kau jahh hoi. Nak tengok hasilnya?? mari kita 'close up"


"kak, saya nak nama belah sini, lepas tu tulisan tu kat bawah tu, haa! ngadap macam ni lah"  (punyalah sabar akak kedai kek tu layan karenah 'customer' macam aku ni! hahaha)

Sampai sahaja bilik, terus aku buka kek tu dan mulalah kerja-kerja tokok tambah! huahuahua!  Hasilnya?? ehh jap, sebelum deco, basuh tangan bersih-bersih dulu ya adik-adik.  ^_^

"TADDAAAAA!!"

Kenapa tema pink? hahah! gula manik tu letak sikit je, kalau letak banyak-banyak jadi buruk.  Tak banyak pun perbezaan. Kita tak kreatif pun.. >.<


last-last lupa beli ligther.  Macam gila cari ligther.  Silap akulah, cari kat budak perempuan.  Memang tak lahkan.  Minta je budak laki, yeay! dapat ligther! teruss!..yang tak berapa nak bestnya, aku dan ika sahaja. Mira dan Ira dah balik rumah! huaa! tak meriahh la macam ni. 

Bermulalah acara larian dan menyorok-nyorok kami di DSG dan Auditorium.  Dengar je motor dia, ehh? alamak!! menyorok!  boleh pula dia pergi patah balik.  Ika yang tengah pegang kek, terus pergi mesin ATM nak sorok kek punya pasal! aku dah berpisah dengan ika menyorok kat bawah tangga.

Acano nihh! tiba-tiba kelibat polis bantuan pula.  Tak boleh nak nyalakan api. adoi! spoil!  plan dengan senior lagi, suruh paiz tunggu je kat DSG.  Maka sasaran berada di tempan yang tetap.  Berlari kami dari audi ke DSG.  Sangat kelakar! berpeluh weeehhh!! cair make up den.

 Sempat lagi tangkap gambar, sasaran dekat je.  Tak kan dia tak dengar bunyi camera ni? hahah! lagi 3 langkah nak menuju sasaran, yeay! api pula terpadam.  Nyalakan yang terpadam, sesekali tak sengaja padamkan lilin dengan tangan sendiri! perghh! hampir terbakar tangan den cenggini!


Nyanyilah kau sorang-sorang ika! hahaha! jahat gila! Terdiam dia.  Memang dia tak sangka semua ini.  Terima kasih senior kerana banyak membantu aku dalam misi ini. hahaha! balik j.b nanti suruh paiz belanja ye! :P

Siapa birthday boy?? ha! sat!


Tiba-tiba jadi model.. ok! sangat jobo!(poyo)


Thanks ika sebab kasi pinjam tenaga dan kamera.  ^_^ mekasih banyak-banyak.

Dan ini sangat gila! melekat kami kat dinding! hahah!  layan jelahh!~~

Terima kasih untuk semester ini.  Walau baru kenal hampir 3 bulan, tapi dah macam lama kenal. ehh?? serius lah aku anggap dia macam abang.  abang yang gila! hahah! :P


p/s : memang kelakarlah kalau perempuan yang buat surprise.  Gua macho bhaii!"  :P

Saturday, February 2, 2013

Aku Berdiam..

Aku berdiam, tak bermakna aku lemah.
Aku berdiam, tak bermakna aku bodoh.
Aku berdiam, tak bermakna aku tiada perasaan.

Mungkin ini ujian buat aku, walau seperit sekalipun.  Aku terima dengan hati yang terbuka. ^_^

Alhamdulillah, dia dan aku masih berhubung.  Tahniah kerana dapat sambung belajar.  Seorang ke selatan dan seorang lagi masih dapat kampus yang sama! Ya! dia akan berada di kampus khazanah alam ini!

Hati mana yang tak gembira bila berada di kampus yang sama.  Biarpun kami hanya sekadar berkawan biasa.  Aku hanya mampu pujuk hati ini berdiam dari berkata-kata.

Duhai sahabat-sahabatku yang sentiasa berada di sisiku,  biarpun adakalanya hatiku terguris,  dah lama aku ubatkan.  Tiada dendam pun dihati ini.  Marilah bersama-sama berjuang denganku.  Jangan dilawan dengan aku.  Aku bukan musuhmu, aku adalah sahabatmu.  InsyaAllah, jika kalian dalam kesusahan dan aku akan cuba membantu kalian.



Duhai hati, perasaan ini begitu fitrah, sehingga aku menipu diri sendiri daripada berterus terang dengannya.  Jangan mulakan, kerana pasti akan ada akhiran yang menyakitkan.  Masih belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi lagi.


Kata orang, siapa lambat dia yang rugi.  Biarlah kata orang pun, sikit tak jejaskan pendirian aku.  Jangan diambil peduli kata orang.  Itu semua racun! haha!


Jangan di ganggu sarang lebah, jika tak mahu kena sengatnya.  Segarang lebah, kerana cuba mempertahankan madunya (sesuatu berharga yang dipelihara).  Rasanya tiada kaitan aku dengan lebah. Langsung tak sesuai Jah hoiii.. >.<


Aku akan terus berdiam diri.  Dan sehingga aku tak mampu menghadapi, pasti bahu itu akan bahang dengan titisan air tabahku.  Dan peluk dakapan eratnya pasti sedikit akan melegakan hati ini. Dan aku akan katakan padanya "Lambatnya awak datang". Kalau dah kahwin la gamaknya.    :')




p / s :  "Puan ibu pesan, biar orang buat kita, kita jangan buat orang.  Diam itu pasti akan beroleh kemenangan jua.  Kemenangan di hati". ^_^

Sunday, January 6, 2013

Pergi Dan Datang..

Well Hello Everyone! Assalammualaikum!

Belum terlambat lagi untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU!

Yang pergi itu tetap akan pergi, janganlah kita mengharapkan sesuatu yang tak pasti.  Kerana, sekali dia telah hadir dan pergi, selamanya ia akan kekal dalam ingatan kita..  Selagi kita tak nyanyuk ya! ^_^

Apa yang aku mahu nyatakan di sini, terlalu banyak kenangan 2012 bersama keluarga, sahabat, dan insan yang tersayang!

Dari usia 19 berginjak ke 20.  Pastinya hatiku semakin teruja untuk hari debaran yang semakin hampir!  Kalau dahulu kita boleh cakap nak berkahwin lagi 10 tahun akan datang, tapi kini lagi 5 tahun beb!  Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah s.w.t adalah penentu segalanya.  Adalah lebih baik kita menyerahkan segala-galanya  padaNya agar hati ini tidak rasa kecewa. ^_^

Azam 2013??



Meh nenek tengok sikit ha cu!

Sebenarnya aku dah pasang azam pada 15 November 2012.  Ya! Awal Muharram!  Kan lebih baik pasang niat pada kalendar Islam..hahhah.. kena kamu semua ayat perli..        #ada cik wawa kisah??


Biarpun dia telah pergi dalam hidupku, tapi pada hari yang sama cuma keadaan itu malam, tiba-tiba sahaja kehadiran seorang insan yang aku sendiri pun rasa, ehh? sungguh kebetulan.  Kehadiran si dia memang membuatkan aku rasa tak ada lah sedih sangat.  Satu kampus rupanya. -__-"

Biarlah kami terus bersahabat, ini cara kami.  Si dia sangat ambil berat. Ya! dia memang baik. Kali ini orang selatan pula ya!  Jangan fikir bukan-bukan.  Saya tegaskan di sini, KAMI SAHABAT! ^_^

Paiz! terima kasih sebab jemput cik wawa di 'bustand' ke kompleks siap pakej kena marah-marah dengan pak guard. heeee (kami bertiga dalam kereta ya!)

Sem 3 ni Alhamdulillah berbeza dengan sem-sem sebelum ini.  Lebih 'rajin' kot.. >.<


P / s : "Aku putuskan untuk bersendirian buat masa ini, jika ada pun, aku nak kahwin terus..hahah! GATAL!"

Monday, August 13, 2012

Pelengkap Hijabku ^_^

Sudah lama aku tidak berkata-kata di blog ni.  Sibuk dengan tugasan yang datang berganda-ganda.

Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi. -iluvislam-

Ya! kita jarang berhubung. Itulah sebaik-baiknya.

Niatku untuk berbuka puasa bersama dia tidak kesampaian. Mungkin ada hikmahnya.  Selesai sahaja terawih, aku kirimkan twister (kepsi) bersama air kotak ice lemon tea.  Dia malu untuk menerima.  Dan dia menghulurkan aku plastik yang berisi sesuatu!

Dalam plastik tu ada pelengkap hijabku... PELENGKAP HIJAB?? ya! seperti gambar di bawah ini..

#blink3!

Aku gelarkan sebagai Pelengkap hijab.  Sebab, Aku memang memerlukan kerongsang untuk 'mengikat' tudung bawalku.  Sebenarnya kerongsang tak wajib pun dalam pemakaian tudung.  Cuma orang-orang macam aku ni memerlukan, ya! memudahkan dalam pemakaian tudung yang bersegi tiga.

Katanya dia lebih suka aku memakai tudung bawal.  Ringkas dan cantik!  Tapi maaf ya awak! saya pakai bukan sebab awak.. Semuanya kerana Allah s.w.t. ^_^
Kini aku sedaya upaya memakai tudung menutupi paras dada.  Rasa selamat yang sangat!  


sebahagian 'hadiah' daripada dia.

Hari-hari ke kelas seperti ini, kemas pada waktu pagi, selekeh pada waktu petang! hahahah!

Terima kasih di atas pemberian ini.  Wa hargai.. ^_^


p / s : "jangan resah, ini takdir.  Percayalah pada jodoh, jangan menyalahkan takdir! jangan!"

Saturday, June 2, 2012

Volunteer KSP

 Cik myn mengajak aku untuk jadi volunteer i luv islam.. Tanpa berfikir panjang, aku terus bersetuju.. Walaupun cuti ku semakin pendek tapi setakat 2 or 3 hari tak ada masalah... Ini merupakan peluang keemasan ku kerana aku suka benda yang baharu bagiku.. Aku menerima apa-apa sahaja tugasan tanpa membantah..

Pada mulanya aku dan cik myn diberi kekosongan dibahagian protokol dan nursery.. Setelah kami berbincang, aku tidak mahu dibahagian nursery sebab, aku tak berapa sangat dengan budak-budak..Bukan benci, cuma aku tak reti nak melayan karenah budak-budak..Mungkin hatiku belum terbuka untuk kearah itu.. Ya! Nama pun aku anak bongsu! >.<

Tapi, dapat information baru. aku dan cik myn dibahagian protokol!! damn! siyes memang payah la aku nak wat kerja kalau ada orang kenal aku...Lebih-lebih lagi ada cik myn.. Confirm ada je yang tak kena..

Tak lama kemudian, aku dan cik myn bergaduh..haha! biasalah, adik-beradik.. Ada sahaja yang tak puas hati.. Lama juga la.. sampai puan ibu pun masuk campur.. Ya! memang aku keras hati.. tapi menyesal pulak gaduh, cik myn je yang bawa lari kereta..aku terperuk dalam rumah.. Lagi la hati ni panas berganda-ganda.. Tapi kalau aku marah ke ape ke, mesti air mata berjurai-jurai...sensitif betol lahh!!!

Sekali ada meeting la pula kat k.l sentral.. Apa yang aku fikir dulu first2, nak topup TnG pakai i.c kat kiosk sana... saja nak bawa balik kasi poyo2 sikit kat membe2..hahhahaha!! "wehh..i.c aku ada duit..kao ado?" #dengki!
Tak ada laa...topup pun sebab senang nak naik LRT dari titiwangsa ke plaza rakyat..

Tengok! aku da merepek!

Aku tak pergi pun meeting tu sebab sakit perut meyhh..Memang guling-guling atas katil..nangis-nangis..mula la telan 2 biji pil, mandul aku cenggini makan pil tu...-__-" tak lut juga.. merangkak ambil air yasin, selawat 3 kali..telan...5 minit kemudian aku tidur...kroohhh~~~

Alahai!! merepek lagi..

-Skip-

Aku dan cik myn pun dah berbaik.. cik myn ni gatal2 pula pergi butik tuhh... Tak sengaja aku beli jubah.. Ya!! setelah sekian lama aku mahu memilikki jubah.. Akhirnya~~~ ^_^

Sampai di putrajaya, wow! ramainya orang..Kenderaan bergerak perlahan..kiri kana ada booth.. Sampai sahaja di simpang nak masuk ke PICC.. mata ku tertumpu pada seorang penunggang motorsikal..Begnya berwarna hitam merah.. Gayanya seperti seorang student..ehhh, dia masuk simpang yang sama...hahahaha!! Sampai sahaja parking kereta, ada motor yang menghampiri kami.. Aku buat tak tahu sahaja, malu kat diri sendiri sebab stalker dia tadi..hahaha.. First aku pandang, aku dah tergelak kuat.. sebab dengan helmet gitu teringat kat senior..hahahahahaha!!! sebijik-sebijik.. >.< kalau nak tahu sebab apa, tuan punya badan sahaja yang boleh dapat jawapan..

Sampai sahaja bilik belakang kaunter PICC, diberi sedikit taklimat.. Kali ini mataku tertumpu pada seorang perempuan yang berjubah, dan tangannya memegang Tab.. Dia ke hulu, ke hilir.. Barang kali dia orang penting.. Kusut2!~~ hahaha.. jangan marah ye kak!

Setelah menjelaskan tugasan masing-masing.. terus di bawa ke Dewan untuk rehearsal.. Mula-mula tengok best.. Lama-lama aku mengantuk!! tambahan lagi selsema dah macam pili bomba! ok dah belajar da sikit-sikit nak conduct event, yela, sem akan datang aku akan ada tugasan projek mengendalikan events..agaknya.. >.<

Esok tu bermula lah tugasan masing-masing, tapi tugasan aku esok! yeay! boleh dengar ceramah kejap-kejap.. Patutnya hari ini aku kena call Speaker aku. dah nama pun p.a.. kena la informkan pe yang patut.. Tapi aku tangguh...tangguh..dan tangguh.. sampai la malam.. nak call, tak sampai hati sebab dah malam, bagi masej jelah...memang aku tahu tak proper bagi masej..kojaq2! on da way nak balik seremban, kak yasha dan abg farid telah tolong aku..hahaha! sepatutnya tu kerja aku... terima kasih.. ^_^ jangan la perli aku cakap boleh claim..ada kredit la..cuma kalau nak call, siyes bunyi enjin bising..nak cakap dengan aku kena kuat-kuat..hahaha! sorry la terpaksa 'end' call korang.. minta maaf!!! Y_Y

Sampai sahaja dirumah.. aku dan cik myn pecah rumah sendiri!! ciss! tahap security yang rendah..senang-senang je nak rompak gamaknya! -__-"

Esok tu kembali ke PICC.. Selera sarapan ku mati serta merta.. gemuruh punya pasal...nasi lemak tu nak tak nak sahaja aku jamah..siyes tak suka membazir, tapi tekak ni rasa mual..nak muntah.. Aku call speaker aku..yeay! dia sangat peramah..biro keselamatan pula call suh aku tunggu sekali kat tempat parking vvip..

Bermulalah al-kisah 2 information yang terpaksa aku akur..
Aku pergi kat lobby, rupanya aku salah tempat.. Dekat level G rupanya..Then, aku call speaker, cakap kami sediakan parking vvip di level G.. Dia pun kata ok.. Sambil menunggu, aku berbual dengan abang2 dan akak yang jaga bahagian situ.. Sekali dapat info, Puan da sampai.. Aku call Puan tapi Puan kata berada di seri kembangan..aikk2??

Cik myn call, dia kata Puan dah sampai.. Rupanya Puan parking dekat lobby yang aku pergi tadi tu!! lalala!~~ wahai hati, kan dah cakap awal-awal, pilihan bisikan hati yang pertama sentiasa tepat.. Sedih aku tak sambut dia..

On da way nak pergi masuk dewan, sekali ade akak ni pass budak kat aku.. Aku teka, "anak coach shaa dan coach ridz?" budak tu angguk.. "ok! jum ikut akak".. Aku masuk dewan dalam keadaan serba salah dekat ketua protokol, tp dia rilex je.. ciap bagi kata-kata semangat... Rasa nak menyorok dalam tempayan.. Sampai sahaja seat p.a dan speaker, perkenalkan diri tanpa salam.. aku boleh lupa nak salam sebab menggelabah punya pasal.. tapi puan kata "its ok" fuhh...maaf Puan! Y_Y

Biro modul dan slide, abg farid dan kak yasha tak henti2 contact aku..hahaha!! jenuh aku nak melayan..Tugasan aku lepas ni membawa ke ruang vip..tapi puan macam nak tunggu slot lepas ni..lepas tu kan, tiba-tiba sahaja orang bagi aku bisnescard...dengan mana aku nak jaga Puan, dengan mana plak aku nak hantar bisnescard tu kat box...lepas tu dapat information lagi.. last2 aku dah pening! hahahaha!! time tu memang kelakar gila..rasa nak lari pastu menyorok dalam kotak..tapi bila cakap hanya 2 pinggan tu yg membuatkn aku tak sampai hati nak bagitahu Puan...Puan kata "its ok, kami boleh share" ..Ya Allah!! hanya tuhan sahaj yang tahuu perasaan aku time tu..

Aku ikut kehulu hilir..Boleh pula Puan tu kata kat cik myn "dia asyik ikut sy shj" smbil gelak...aku da tercengang dah..hahah..Puan kata nak pergi nursery dan macam tak bagi aku ikut...nak ikut!! nak ikut!! hahah...yeay! green light untuk aku merewang kesana sini! Bila Puan da kembali, aku ikut juga..wekk! :P

Puan cakap, "ok, saya faham tugas kamu, ikutlah" yeay2!! hahaha...lagipun lepas ni dia tak ada apa-apa dah..Tapi, kelam kabut, tulahh! buat kerja tak reti nak baca doa!....Anak coach shaa dengan anak coach maria rapat meyhh.. suka aku tengok mereka..Aku bawa anak-anak mereka ke level atas...Mereka sangat peramah..Tutur kata mereka sangat bijak..tak seperti kanak-kanak yang lain...

Aku duduk di tangga kanan 'stage' mencuri dengar slot penyusuan bayi.. Ya Allah! Aku dah lah tak berapa dengan budak-budak.. Apatah lagi nak jadi seorang 'ibu'.. Belum bersedia lagi..haahahaha!! ooo...camtu rupanya nak susu kan baby..hahahaha! ok2..ilmu tu.. >.<

Acuh tak acuh sahaja.. Aku perhatikan family itu..barangkali mereka baru 3 atau 4 tahun berkahwin...anak sulung mereka perempuan..yang kedua lelaki..pasangan yang muda.. kacak dan cantik..dari segi penampilan, ekonomi kewangannya agak kukuh..hahaha!! memandai aku je...

Lama-lama, aku kehilangan Puan..haiyo..

-skip-

Tengah sibuk-sibuk petik bunga selepas bergambar....lepas petik bunga, bergambar lagi... Sekali ada seorang ni bagi bunga kat cik myn..boleh pula cik myn tolak mentah-mentah... agaknya dia nak cover punya pasal, bunga tu d'beri kepada ku... Dan untuk kali pertamanya, aku dapat bunga hidup dari seorang lelaki yang tak ku kenali...rasa nak nangis guling-guling..wuwuwu..hahah..

Rasa sedih je events ni habis...  Banyak yang telah ku pelajari.. Aku kagum dan terpersona dengan akhlak akak2 dan abg2.. sangat2 suka! Ya Allah! seronoknya jadi seperti mereka.. Semoga aku terus berubah menjadi seperti mereka.. Kuatkanlah hati ini.. Y_Y

Saya minta maaf andai terkasar bahasa, terbuat sesuatu yang tidak menyenangkan kamu semua.. terima kasih semua...Maaf tak semua yang dapat saya ceritakan..sebab ramai sangat....penuh entri ni nanti..tp percayalah, kamu semua adalah inspirasiku.. ^_^






Adam, terima kasih kerana memahami wa... terima baik buruk wa.. dan sentiasa menyokong wa...Berikan wa masa untuk perbaiki diri ini..ada hikmah fon adam d'baiki dalam tempoh yang agak lama..kita buat haluan masing-masing..dan itulah sebenar-benar caranya..berdoalah selalu..and thanks post bunga kekwa  ^_^

p/s : "belajar dan buat sesuatu perkara dengan ikhlas..."

Thursday, March 15, 2012

Dalam diam..

dah lama aku tak update blog..sibuk dengan pelbagai urusan..sungguh aku penat..

aku terlepas bas balik lagi, nasib ada untuk hari ini...tiket pukul 3, tapi pukul 1 ada kekosongan..memang patah hati aku bila tertinggal bas, ini semua gara-gara asyraf..kalau tak balas mesej dia, dia marah2 aku...damn...bila plak aku couple ngn kau..wekk:P

tiba2 pula kata clash, lantak kau ler...

 sampai sahaja pekeliling, duit aku tak cukup nak beli tiket bas untuk balik jengka...cari bank kat pekeliling..cuba la cari..bukan mudah bagiku berjalan keseorangan di jalan yang sunyi...4 ribu di sisi ku..lappy dan camera..hehehe...bahaya tahu??

berat beg yang aku bawa, berat lagi hati aku yang kesepian ni....masuk je bas ke seremban, terus menjurai2 air mata ku..aku penat...Ya Allah..kuatkanlah hati hambaMu...mungkin sahaja boleh berlaku apa-apa tadi, mungkin seorang ibu telah mendoakan keselamatan anaknya..

sem ni aku tak sangka yang aku mampu lakukannya sendiri..
ketawa, menangis, marah sendirian...#gila.. -___-"

ini sahaja yang mampu aku lakukan, study week aku hanya mampu terlantar..tak mampu nak study, telan ubat banyak-banyak lepas tu terus tido..dua hari tak makan, malas nak minta tolong kat roomate.. hanya air kosong sebagai pengalas perutku.

walaupun keesokan harinya final, aku hanya mampu melihat roomate ku ulang kaji pelajaran...kepala berdenyut tak terhingga, rasanya aku da minta maaf pada semua rakan-rakan ku..dan teringat saat ibu mengejutku sebelum dia pergi kerja, sebab aku balik pada tengahari memang tak jumpa nanti..ibu peluk, kiss, dan memberi kata-kata semangat.."adik buat elok-elok taw"..

perjalanan balik ku dibelenggu hari-hari yang akan datang...selamat datang masalah!!

mujur hadirnya seorang yang aku anggap abang, dia yang banyak memberi kata-kata semangat kepadaku..terima kasih... ^_^

dah bacakan hari-hari kesukaran ku..

tolonglah jangan sakit kan hati aku lagi, aku tak mampu nak nangis seorang lagi..cukuplah dengan apa yang aku lalui, jangan tambah lagi..kesabaranku ada batasnya, jangan ingat aku berdiam selama ni aku tunggul..


kepada jejaka misteri..

i'll be waiting for you..

hulurkan tanganmu di saat aku tenggelam, demi cintaNya...

p/s : "saya ada 5 tahun je lagi ni..cepat isi borang!!"

Saturday, January 7, 2012

Kami Bertemu! ^_^

Semalam aku ada quiz office administration..tu pun dapat tahu last minit ok! memang tak lah aku baca buku..hahah! ok tipu..

ulangkaji atas katil...1 minit pegang buku..2 jam tidur la! hahaha..hebat bukan! bila nak pergi kelas untuk jawab quiz..pergh! lemah gila langkah ni..

dalam perjalanan ke blok I..aku nampak kelibat pakcik atau dikenali Zack..yes! semestinya ada aqim! yeay! Ya Allah! dah lama aku tak nampak aqim! kemana sahaja kamu menghilang..hehehe..gatal!

mereka sekumpulan menuju ke fastrack..ceit! aku lewat 1 minit sahaja..kalau tak memang selisih habislah..ini, pandang dari jauh je.. -__-"

tak apa..yang pasti, bila aku terlihat akan kelibatnya..semakin pantas langkahku ke kelas...semakin pantas aku mengukirkan senyuman sehingga nampak semua gigi aku...nampak kan! masuk sahaja kelas, mesti ada orang menyangkakan aku gila sebab senyum macam kera busuk! hahhahaha...

tiba jawab quiz, pergh kenapa quiz ni macam test je aku tengok..banyak soalan..esei..jawab sahajalah..semangat membara bila aku teringat setiap perkataan yang diberi oleh aqim..yess!! aku berjaya menjawab semua soalan..langsung tak bagi peluang kat ruang kosong tahu! tapi sama ada jawapan betul atau tidak..itu belakang punya kira..yang penting kita jawab....


dapat kertas quiz business mathematics...quiz 1..syukur Alhamdulillah..aku di antara 11 orang yang lulus...mungkin nasib sahaja kot..sebab aku tak ulangkaji langsung..ceit! markah quiz 2 pun agak puas hati la sikit...markah orang yang tak buat homework..hahaha! pelik aku..madam salah kira kot...ok! gedik! hahaha...aku pun tak tahu kenapa malas sangat...aqim! tolong lah bagi kata-kata semangat lagi...hehehhe..gatai...alasan tahu!

Zack kata petang esok mereka main bola kat padang B..Aqim pun ada..tak mengapalah..aku bukan perempuan yang saja-saja menggedik nak pergi situ...saham kena jual tinggi..baru lah ada harga.... ^_^

mungkin memang betul aku yang syok sendiri!
hahahahahahaha! biaq p la..




kutemu dikau disetiap tahajudku...


p / s :  jangan lupa niat anda kemari... ^_^

Thursday, October 20, 2011

Kebahagiaan Bermula

Setelah pelbagai rintangan yang aku lalui, kini aku lebih dewasa dalam membuat keputusan..Pelbagai tempat telah aku jelajahi...langsung tak terifkir akan mendapat ketenangan..Damainya..sungguh aku rindu perasaan ini..Kehidupan aku..

Berpijaklah di atas bumi yang nyata..

Setelah perit yang ku lalui..pahit di hati bagaikan telan hempedu...Seleraku mati..sukar untuk menjamah..mahu sahaja memuntahkan kembali...apa masalah aku ni..

Kesedihan yang melampau memakan diriku akhirnya..bukan kecewa di tinggalkan...cuma kecewa dan kesal apabila di pergunakan..macam diperbodohkan...cilake~~! -__-"

Nasib ada rakan-rakan dan orang yang lebih tua dari ku memberi semangat dan motivasi...

Pasti akan adanya hari bahagia untukku..Ya!! Alhamdulillah..kebahagiaan itu telah pun bermula...Rezeki ku untuk sambung belajar sentiasa ada..Kau telah permudahkan segala urusan ku Ya Allah!! sungguh aku malu padaMu...Aku bersyukur...akan ku guna sebaik yang mungkin..





"abg, ayg akan berusaha mencari ilmu dan memperbaiki lagi kekurangan ayg...agar kita lebih bersedia untuk mengharungi liku2 hidup...insyaAllah"  (aaarr?? ni khas untuk bakal husband aku!!hhahahahha..sape3??)

Lepas balik daripada '7 hari jatuh cinta' terus bersemangat kembali...telah ku temui ^_^

p / s : "mood aku tengah bahagia...hahahaha!! teeeett~~~"

Friday, October 14, 2011

Kau Selalu Ada...


(Aiman)
Dari dulu,
tanpa jemu hanya satu,
dalam rindu..

(Heliza)
Hari-hari kumenanti,
dengan erti mengasihi..

(Aiman)
henur waktu yang berliku,
masih mahu bersamamu..

(Heliza)
Memahami,mengenali,
tiada lagi menyendiri…

c/o(Aiman / Heliza)
Kau selalu ada, tika gelisah,
kau beri senyuman, bila kuresah,
kau janji setia, setiap kisah,
hingga berjauhan, tetap di wajah..

Dan..terindah

(Aiman)
Seringkali takkan pergi,
silih ganti,teman ini

(Heliza)
Mula temu,malu mahu..
musim lalu,kita pilu

(Aiman)
Percayai tak mungkiri..
demi suci tulus hati..

(Heliza)
Sinar bayu, menyisir sayu..
kepadamu,dariku..

ulang c/o

Terima apa saja bezanya semua kita..
kebenaran kejujuran…

ulang c/o(2x)

Kau selalu ada
selalu ada..woo..ada kita..

Aku tersenyum bila mendengar lagu ni..16 november 2011..pasti akan bertemu dengan si dia...aku menunggu...

sejarah lalu banyak mengajar aku...kita dipertemukan dengan orang yang salah sebelum kita jumpa yang benar-benar pasti..tapi aku tak letak kan hati ini 100%..takut kecewa yang berlebihan...

pppssttt...aku da lama minat seorang insan ini...akhlak yang baik...ilmu agamanya tinggi..dia memang lain dari yang lain..aku terpesona kerana pegangannya kuat pada Maha Esa..kini dia di matrik selangor..tapi aku sedar, siapa aku...

Aku akan terus menanti...cinta ku hanya untuk orang yang berusaha mendekatkan diri pada Allah s.w.t...kerana aku juga begitu...

istilah 'orang baik hanya untuk orang yang baik' baru aku faham...seburuk mana pun, sehina mana pun, jika seseorang itu telah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan...orang itu adalah lebih mulia daripada kalian...Wallahu 'alam...


p / s :  selagi aku tak nikah...jangan nak memandai-mandai sentuh aku walau sikit pun... ^_^

Tuesday, August 9, 2011

Kenapa Aku Kahwin??

Maaf...tajuk sebenar 'kenapa aku kahwin lambat??" hahahha...tak pasal-pasal kena penampar free..

Entri yang lepas ialah impian majlis perkahwinan cik wawa...aku lah orang nya...tak baca lagi?? klick sini..

Sebenarnya, sebelum ni aku ada baca blog seorang gadis yang kini telah bergelar seorang isteri.. Usia pasangan tersebut atas setahun daripada aku..Mereka lepasan matrik..hm..dari sudut dasar yang aku lihat...mereka ada hala tuju yang sangat jelas...semoga berkekalan perkahwinan mereka...

Kenapa aku kahwin lambat???

Pelbagai faktor antaranya, kami mahu belajar dan paling kurang dapat ijazah..kemudian kami nak kerja, cari duit..serta nak balas balik segala pengorbanan parents..kalau aku, nak bawa parents pergi Haji..hehehe..

 Ok done!! tugas anak sudah selesai..

Faktor luaran pula, aku memang gemar ambil tahu harga semasa...rumah!! itu yang penting...beli rumah dulu baru tangga..atau erti kata lain, beli rumah dulu baru nikah...hehe...Menjadi-jadi harga rumah sekarang..setakat ni, rumah yang berharga RM300K-RM500K pun dah selesa...ni baru harga sekarang...masa akan datang?? WoW!! Awesome...belum masuk harga barang-barang dalam lagi..

Kereta..itu sudah mesti..

Rumah dan kereta pun dengan bangganya tolak gaji aku...belum masuk potongan pinjaman pendidikan...haiyo!! pening kepala aku...siapa suruh tak belajar pandai-pandai kan??padan muka kau cik wawa!!hahahha...

Tambahan lagi kami anak bongsu, tangunggjawab kuat juga la...setelah kira-kira...dengan izin Allah s.w.t, kami bercadang akan disatukan pada umur 28 tahun...tak ada la lambat sangat..sedang elok sahaja...Banyak perkara lagi kami nak belajar, mana boleh nikah macam tu sahaja..Ilmu harus ada..

psssttt...aku cadang nak buat bisnes..masih mencari..dan kakak mencadangkan bisnes produk soya lagi bersih lagi suci..kah3...katanya nak serahkan bisnes kepada aku..pppssttt...bln 9 ni kakak sambung master kat UKM..wish you luck!! dan cik myn pula taun depan konvo!! wish you luck your Final Year Project!!

Aku dan mr.love...dalam tempoh 3 taun ni kami sedang membuat diploma..walau berbeza jurusan...^_^

Bila lah mr.love ada sekali dalam gambar macam ni... ^_^


p / s : "aku akui aku seorang pemalas..tapi, manusia boleh berubah..semangat ni!!!hahahaha... " bulan puasa ni banyak-bayaklah berdoa...
          To mr.love, thanks sebab menghormati saya.. ^_^

Monday, August 8, 2011

Majlis Perkahwinanku......

Setiap orang pasti ada keinginan untuk berumahtangga...hahhaha..geli pulak bila aku cakap formal gini...mampus aku di label GATAL oleh family aku... -__-"

Citarasa aku...hm.....jom tengok angan-angan ku buat masa ni...




 Singgahsana kat atas memang aku suka sangat3...kalau aku nak buat tema warna purple or warna lain pun boleh sebab singgahsana ni tak terlampau banyak warna...ringkas sahaja kan??

Most yang aku lihat, pelamin terlalu banyak hiasan atau warna yang menonjol yang akan mengakibatkan raja sehari tenggelam...Lagi satu, semestinya harus ada ruang di sisi kiri dan kanan raja sehari...sebab bila photoshot with family or others, ada sahaja bunga yang menyibuk...tolak...tolak...tolak...dan akhirnya bunga tersebut jatuh...paham??sesiapa yang ada pengalaman pasti tahu apa yang aku cuba maksudkan...


 Aku tak berapa gemar emas..rekaan cincin di atas sudah menjadi trend lama...tapi aku suka taw...simple dan cantik..batu berlian tenggelam, maka selamat taw...aku pernah menyarung cincin berlian yang agak timbul sangat...kesan orang lasak seperti aku.....hehehehe...tersangkut pada langsir....



 Cantik kan baju atas dan bawah ni...credit to ARMA ABD RAHMAN...hasil kerja sangat memuaskan.. Gubahan hantaran pun super duper memang citarasa aku....hehehe...cuba la klik nama atas tu..godek-godek la..


tapi warna baju ni macam tak sesuai dengan muka ku yang agak kurang cerah ni..hahahha...tapi...."cantik!!!"




Secara jujurnya, aku tak gemar berkaraoke... sakit kepala aku woi!! Dengan adanya gamelan...akan ku dendangkan lagu lama yang popular...tanpa suara orang taw3!! cuba bayangkan~~~...sedang asyik tetamu hadir memeriahkan suasana dengan di sajikan hidangan yang awesome!! sambil mendengar alunan gong...hahaha...tak ke suasana agak tidak kelam kabut??kan3!!

nasyid pun ok juga...mesti tenteram je tetamu yang hadir...hahhaha...

Lauk aku buat berkhasiat tapi lebih kepada kampung...ada ulam-ulam, pelbagai sambal, ikan sembilang...salad...salad kampung kah??bantai!! dan ada stall buah-buahan..western desert..


pasal hantaran...aku buat simple...tak payah handbag bagai...perfume...kosmetik semua..sebab aku dah sedia ada benda-benda semua tu...aku cuma nak mashmallow(kenangan arwah ayah), coklat, telekung, senaskhah Al-Quran..kalau boleh yang telah habis dibaca oleh bakal suami....bahahhaha...5 dulang berbalas 3 dulang...ok apa...

wang hantaran??...tapi tak payah banyak-banyak...mak aku bukan jual anak pun..hahhahah...terpulanglah pihak lelaki nak bagi berapa...

Tak lupa juga para bakal sponser aku...my sibling....photoshot dan video wedding dibayar oleh cik myn!!!hahaha...hamek kau!! katering yang benilai RM50k di taja oleh cik bella..hahahhaha...terima kasih..sibling lain pun amat aku perlukan...perlukan kudrat anda untuk menjayakan majlis bongsu...kah3...

Tak lupa juga kepada sepupu-sepupuku...andai kata angan-anganku ni menjadi realiti...anda boleh duduk melopong...hehehee.....atau erti kata lain, boleh santai2 bergambar bersama raja sehari... :P



p / s : "angan-angan je...."