Pages

Saturday, March 23, 2013

Birthday boy

Assalammualaikum..

birthday boy? cuba teka siapa? ya!ya! si dia itu.. Ramai yang menyangkakan kami ada apa-apa.  nahhh! tanggapan kalian semua salah.  Kami cuma kawan yang gilosss uolls!

Tak dalam perancangan pun nak buat 'surprise' kat dia. Memang dah niat awal-awal tak mau 'wish' atau ingat pun birthday dia.  Tapi? entahlah.  Bila difikirkan, terlalu banyak yang dia telah lakukan untuk melayan karenah aku.  Aku suruh buat ini, dia buat, buat itu pun dia buat.  Kini, tiba masanya untuk aku membalas jasanya.

Mula-mula tak mau buat tahun ni sebab baru kenal kot! kalau nak buat tahun depan, tak boleh juga sebab dia pun dah habis belajar.  Kenalah buat tahun ini juga.

Perancangan aku bersama dengan kawan j.b dia merangkap senior O.M (office management) telah bersepakat untuk sambut hari tua dia. Petang tu juga pergi beli kek.  Aku tak tahu nak beli kat mana.  Takut tak sedap pula..  Itu je yang ada kat Jengkayangan ni.  First, beli tester dulu.



Rasanya? bolehlah daripada tak ada,,Aku tahu dia suka coklat moist, banyak kali cakap pasal kek yang dia suka.  Serius aku tak suka kek coklat, mual jahh hoii! ha!ha!ha! Lepas je aku beli kek, senior call.. malangnya tak menjadi nak buat kat luar sebab masing-masing tengah pokai! -__-"  Dia bagi suggestion buat kat depan library.  Gilosss..tukar tempat lagi, buat jelah kat tepi DSG (dewan sejuk gila).

Kek ni simple, nice one.  Apa kata kita naikkan seri lagi.  Mari Deco-Deco Kek bersama Cik wawa..hahaha! sebelum beli kek, aku pergi pasaraya dulu, cari bahan-bahan nak hias kek.  Dan aku jumpa......nahhhh...

"MANIK AJAIB!!!"

Bolehlah daripada tak ada.  Beli satu jenis je.  Tiba-tiba tertarik kat benda alah ni.  Macam comel-comel je. Nak-nak lagi malamkan, mesti akan berkilau bak mutiara.  Kelasss kau jahh hoi. Nak tengok hasilnya?? mari kita 'close up"


"kak, saya nak nama belah sini, lepas tu tulisan tu kat bawah tu, haa! ngadap macam ni lah"  (punyalah sabar akak kedai kek tu layan karenah 'customer' macam aku ni! hahaha)

Sampai sahaja bilik, terus aku buka kek tu dan mulalah kerja-kerja tokok tambah! huahuahua!  Hasilnya?? ehh jap, sebelum deco, basuh tangan bersih-bersih dulu ya adik-adik.  ^_^

"TADDAAAAA!!"

Kenapa tema pink? hahah! gula manik tu letak sikit je, kalau letak banyak-banyak jadi buruk.  Tak banyak pun perbezaan. Kita tak kreatif pun.. >.<


last-last lupa beli ligther.  Macam gila cari ligther.  Silap akulah, cari kat budak perempuan.  Memang tak lahkan.  Minta je budak laki, yeay! dapat ligther! teruss!..yang tak berapa nak bestnya, aku dan ika sahaja. Mira dan Ira dah balik rumah! huaa! tak meriahh la macam ni. 

Bermulalah acara larian dan menyorok-nyorok kami di DSG dan Auditorium.  Dengar je motor dia, ehh? alamak!! menyorok!  boleh pula dia pergi patah balik.  Ika yang tengah pegang kek, terus pergi mesin ATM nak sorok kek punya pasal! aku dah berpisah dengan ika menyorok kat bawah tangga.

Acano nihh! tiba-tiba kelibat polis bantuan pula.  Tak boleh nak nyalakan api. adoi! spoil!  plan dengan senior lagi, suruh paiz tunggu je kat DSG.  Maka sasaran berada di tempan yang tetap.  Berlari kami dari audi ke DSG.  Sangat kelakar! berpeluh weeehhh!! cair make up den.

 Sempat lagi tangkap gambar, sasaran dekat je.  Tak kan dia tak dengar bunyi camera ni? hahah! lagi 3 langkah nak menuju sasaran, yeay! api pula terpadam.  Nyalakan yang terpadam, sesekali tak sengaja padamkan lilin dengan tangan sendiri! perghh! hampir terbakar tangan den cenggini!


Nyanyilah kau sorang-sorang ika! hahaha! jahat gila! Terdiam dia.  Memang dia tak sangka semua ini.  Terima kasih senior kerana banyak membantu aku dalam misi ini. hahaha! balik j.b nanti suruh paiz belanja ye! :P

Siapa birthday boy?? ha! sat!


Tiba-tiba jadi model.. ok! sangat jobo!(poyo)


Thanks ika sebab kasi pinjam tenaga dan kamera.  ^_^ mekasih banyak-banyak.

Dan ini sangat gila! melekat kami kat dinding! hahah!  layan jelahh!~~

Terima kasih untuk semester ini.  Walau baru kenal hampir 3 bulan, tapi dah macam lama kenal. ehh?? serius lah aku anggap dia macam abang.  abang yang gila! hahah! :P


p/s : memang kelakarlah kalau perempuan yang buat surprise.  Gua macho bhaii!"  :P

Saturday, March 16, 2013

Tak Kenal Maka Tahu

Assalammualaikum pembuka bicara..  ^_^

Baru-baru ini aku meminta pendapat dari seorang rakan sebilik yang juga merupakan rakan sekelas mengenai pandangan dia terhadap aku semasa mula-mula kenal.  jawapannya??

"Kau macam sombong gila dan suka pandang 'slect' kat orang.  Kau hanya cakap dengan orang yang kau kenal je."

aku tersengih je la..  Dah banyak aku dengar, ayat yang sama sahaja. Ya! itu memang aku!  Minta maaf semua-semua yang pernah 'terkena' dengan perbuatan aku tu. hahha! betul tak sengaja!

Memang orang akan cakap negatif dulu, baru mereka bagi pandangan positif.  Baguslahkan, tak kan tiba-tiba nak tersengih atau tergedik dengan orang tak kenal, memang taklahkan.  Tapi..Tapi.. Tapi.. haaaa kalau dah kenal, jumpa tepi jalan pun paling kurang aku bagi senyuman yang sehabis 'sweet' yang mungkin.  Lebih kepada perempuan ya!  Kalau lelaki? kurang sikit.  Jaga pandangan ya cik Wa! >.<

Tapi pada mereka yang dah kenal, adakalanya mulut ni tak berhenti bercakap dengan benda merepek.  Kalau tak bercakap pun, tiba-tiba jari jemari ini taip dengan pantas dan 'send' kepada mangsa.  Masa itulah aku bercakap tanpa fikir dan..fuhhhhh...lega dah luah.  Percayalah, apa yang terkeluar itu, tak sama dengan hati.

"hati kata lain, mulut keluar lain".


Time ni tengah 3 bulan camtu.  Haha! (ayat cover sebab buncit makan banyak) :P


Bila dah belajar "The Interpersonal Communication"  barulah aku tahu, ok yang ini tidak bagus bawa di alam pekerjaan.  Yang itu pula tak baik.  Tak semua yang kita boleh ikut.

Contoh macam kita tak pandang orang tu bila orang tu sedang bercakap, itu sangat biadap kata buku tu.  Aku pernah cuba, pandang mata bila dia bercakap.  Perghh! apa bendalah aku dah buat ni.  Nak-nak lagi dia lelaki.  Taubat aku tak mau pandang lagi.  Itu bukan diri aku!  Y_Y

Ha! dapat dah point? maknanya, ada sebablah aku buat begitu.  Cakaplah apa orang nak cakap.. :P



p / s : Doakan cik Wa ya! nak final exam dah..semoga pointer terus meningkat! ^_^

Tuesday, March 12, 2013

Jauh Di Sana

Sudutku termenung jauh memikirkan kebendaan di dunia yang sementara ini.  Pelbagai karenah, pelbagai jenis manusia..  Drama hidup yang tidakku tahu semampu mana episod yang aku akan lalui.  Ini ujian-Nya.

Jika dipendam, makanlah diri ini.  Jika diluah, pasti ada yang tersakiti.  Tak semua, tidak!

Jauh di sana, hati ini cuba sabar, cuba tabah..  Sesekali, memakan diri juga.  Kadang-kadang terfikir juga, buat apa jaga hati orang kalau orang tak jaga hati kita pun.

Puan ibu banyak berpesan, "biar orang buat kita, jangan orang buat kita".  Aku pegang kata-kata puan ibu itu.  Terima kasih puan ibu kerana mendidik anakmu.  Terima Kasih!  ^_^

Lalu aku putuskan, biarlah mereka nak buat aku macam manapun..  Aku akan senyum, senyum, dan terus senyum.




Jauh di sana si dia mungkin menanti kehadiranku.  Begitu juga aku menanti kehadiran si dia yang aku sendiri tak tahu siapakan gerangannya.  Biar doa itu terus di amalkan.  Kata-kata orang yang dah kahwin, "lepas solat, selitkan doa untuk jodoh, ini untuk masa hadapan juga".

Peganglah janjiNya, yang baik untuk yang baik.  Bermakna, aku perlu berubah menjadi lebih baik.

Keburukkan orang jangan dipandang.  Cukuplah sekadar dinilai untuk diri sendiri.  Mungkin Dia juga sedang menguji aku.

Aku terima jika dia pernah melakukan kesalahan tetapi, dia dah berubah.  Itu antara dia dengan Allah s.w.t.  Tapi tak bermakna aku sokong apa yang telah dia lakukan.  Cop-cop! tidak ada kaitan dengan siapa-siapa, ini hanyalah pendirian aku.  Tolong jangan racun! :P

Jauh di sana lagi..  Kejayaan itu masih jauh di sana.  Akan usaha, doa, lalu bertawkalah aku.  Serahkan segala-galanya kepadaNya.  Jika bukan rezeki aku di universiti, mungkin rezeki aku di tempat lain.  Insyallah, rezeki ada di mana-mana sahaja.

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..  Walaupun aku jauh di sini dari keluarga, mereka masih menyayangiku.  Mereka sentiasa ada bila aku dalam kesusahan.  ^_^



p / s : "selesa begini selama 5 tahun,  bertemulah kami bila tiba masanya nanti..dengan izinNya." ^_^