Pages

Saturday, March 16, 2013

Tak Kenal Maka Tahu

Assalammualaikum pembuka bicara..  ^_^

Baru-baru ini aku meminta pendapat dari seorang rakan sebilik yang juga merupakan rakan sekelas mengenai pandangan dia terhadap aku semasa mula-mula kenal.  jawapannya??

"Kau macam sombong gila dan suka pandang 'slect' kat orang.  Kau hanya cakap dengan orang yang kau kenal je."

aku tersengih je la..  Dah banyak aku dengar, ayat yang sama sahaja. Ya! itu memang aku!  Minta maaf semua-semua yang pernah 'terkena' dengan perbuatan aku tu. hahha! betul tak sengaja!

Memang orang akan cakap negatif dulu, baru mereka bagi pandangan positif.  Baguslahkan, tak kan tiba-tiba nak tersengih atau tergedik dengan orang tak kenal, memang taklahkan.  Tapi..Tapi.. Tapi.. haaaa kalau dah kenal, jumpa tepi jalan pun paling kurang aku bagi senyuman yang sehabis 'sweet' yang mungkin.  Lebih kepada perempuan ya!  Kalau lelaki? kurang sikit.  Jaga pandangan ya cik Wa! >.<

Tapi pada mereka yang dah kenal, adakalanya mulut ni tak berhenti bercakap dengan benda merepek.  Kalau tak bercakap pun, tiba-tiba jari jemari ini taip dengan pantas dan 'send' kepada mangsa.  Masa itulah aku bercakap tanpa fikir dan..fuhhhhh...lega dah luah.  Percayalah, apa yang terkeluar itu, tak sama dengan hati.

"hati kata lain, mulut keluar lain".


Time ni tengah 3 bulan camtu.  Haha! (ayat cover sebab buncit makan banyak) :P


Bila dah belajar "The Interpersonal Communication"  barulah aku tahu, ok yang ini tidak bagus bawa di alam pekerjaan.  Yang itu pula tak baik.  Tak semua yang kita boleh ikut.

Contoh macam kita tak pandang orang tu bila orang tu sedang bercakap, itu sangat biadap kata buku tu.  Aku pernah cuba, pandang mata bila dia bercakap.  Perghh! apa bendalah aku dah buat ni.  Nak-nak lagi dia lelaki.  Taubat aku tak mau pandang lagi.  Itu bukan diri aku!  Y_Y

Ha! dapat dah point? maknanya, ada sebablah aku buat begitu.  Cakaplah apa orang nak cakap.. :P



p / s : Doakan cik Wa ya! nak final exam dah..semoga pointer terus meningkat! ^_^

No comments:

Post a Comment