Pages

Wednesday, September 26, 2012

Baby?


Bercakap pasal baby.. Pasti terlintas difikiran comel bukan?

Aku merupakan anak ketiga dan bongsu dalam adik beradik.  Sudah terang lagi bersuluh, maka aku tidak tahu bagaimana hendak menjaga orang yang berumur bawah daripada aku.

Terlintas di kotak fikiranku untuk menulis entri mengenai bayi.  Ini semua gara-gara balik daripada kem Hurt the Hurdle anjuran senior part 4 di Dusun Eco Resort, Bentong.  Di situ ada slot mengenai apa tah, rasanya bagi kesedaran untuk kami.  Motivasi yang sangat memotivasikan kepada aku..haha!

Dia membuka soalan mengenai "siapa pernah mendukung bayi yang baru lahir?"

ramai yang akan tangan, tapi aku tidak.  Tersenyum aku sendiri

Dia berkata lagi "maksud saya, bayi yang baru betul-betul lahir, yang belum di cuci atau mandi??"

Semua jatuhkan tangan.

Katanya lagi "bayi yang baru lahir, harum sangat."

Ya, bayi yang baru lahir semestinya bersih.  Tiada rekod dosa.  Sebab itu bila kita lihat bayi, tenang sahaja, muka bersih.

Sejak kecil lagi, permainanku adalah kucing.




Walaupun asthma, tetap juga bela kucing.  Alhamdulillah, sudah 2 tahun aku tidak diserang lelah.  Ramai yang marah sebab bela kucing.  Aku dan kucing tidak boleh dipisahkan.  Pasti aku akan cium, bergurau senda dengan kucing, mengacau ketika dia makan, berkongsi makanan(sengaja makan tidak habis untuk beri kucing), yang paling sweet bila kami tidur bersama.

Kucing mengajar aku erti kebersihan, penyayang, penyabar, dan menerima sesuatu yang luar dugaan.

Kebersihan = biasalah, kalau kucing sengaja buat nakal.  sengaja suruh aku rajin untuk mencuci kejahatannya..haha! sabar jelah! -__-"

Penyayang = Bila dia minta gese-gese kat kaki, tandanya nak belaian manja..alololo bucuk-bucuk..meh kat cik wawa meh.. Bukan setakat belai, pakej urutan badan aku bagi..dia punya feel sampai terlena kat riba aku..ceit! kacau je nak tengok tv, cramp kaki.

Penyabar = Memang sabar tahap gaban la bila ikan atau ayam hilang kat meja.  Kita jangan salahkan kucing, salah kita.  psssttt dah tahu bela kucing, yang tak tutup dan di simpan rapi buat apa? hahah..

Terima dugaan = Kucing macam biasalah, kejap dia datang..tup..tup..kejap dia dah pergi.  Kebanyakkan kucing aku pergi dan tak balik-balik, agaknya dah mati kot.  Kata orang, kucing seperti tahu masanya tak lama, kucing tu akan pergi dari tuannya sebab tak nak tuan dia sedih dapat tahu mati.

Ehhh?? ini cerita kucing.

Bagi aku lecehlah nak jaga baby, menangislah..apa lah...bla..bla..bla...

Tapi tidak bermakna aku membenci.  Cuma belum tiba masanya kot..  Karang kalau aku betul-betul suka dekat baby, memang aku call terus family "ibu, adik nak kahwin esok, dengan siapa tak kisah, ibu carikan" haa..nahas kau cik wawa..haha!

"Baby..Baby, Ma belajar dulu, kerja, kahwin, barulah ma jaga baby yee!!~~"

hahhaha!!~~ aku dah kenapa.

Memikul tanggungjawab yang sangat berat.  Nak jadi mak orang kena lah ada ilmu agama dan dunia.  Bukan sesuka hati je beranak.

Ok, Baiklah! aku memang tak reti nak dukung baby, apatah lagi nak tukar lampin ke, nak bancuh susu ke, atau nak pujuk baby bila menangis.  Manalah tahu, bila ada sendiri punya, secara automatik semuanya tiba-tiba mahir..  Tak gitu??

Maka janganlah 'judge' or paksa benda yang aku tak suka..Bukan tak suka, cuma belum sampai masanya..  Aku cuma tak suka orang desak-desak aku.. 

ehh! aku muda lagilah! baru 19 tahun.  Target kahwin pun 25 tahun.  Insyallah.. ^_^


p / s : maaflah jika maksu tak layan korang..hahha! maksu tak reti! " :P