Pages

Thursday, October 18, 2012

Setiap Bulan Itu -_-"

Setiap Bulan Itu??

Ya! Yang dialami oleh perempuan setiap bulan..DATANG BULAN!

hahahaha! Seperti yang kita tahu, pasti bila datangnya masa itu, pergh! memang sakit gila!

Tapi masalah ni tak semua yang dihadapi, senang cerita ikut keturunanlah.

Orang lelaki tak tahu ekk sakitnya macam mana? macam sekitar bawah perut tu ditarah-tarah..hahha! gambaran yang kejam! 'period cramp' la omputih kata.  Tak dapat bayangkan lagi? Kau tunggu bila dah kahwin, tengok macam mana bini kau sengsara kena senggugut..hahaha! >.<

Kitaran normal adalah 28-30 hari.  Kalau lebih atau kurang, adalah disarankan pergi jumpa doktor dengan kadar segara! ini serius!

Adakalanya, gangguan kitaran haid salah satunya faktor pemakanan.  Permakanan kenalah jaga ya gadis-gadis.  Jangan main bedal sahaja, tapi memang tak dinafikan, terlampau banyak makanan yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya.  Sedap memang sedap, tapi kesannya? sendiri mau ingatlah der.. >.<

Aku mula cari info pasal nak hilangkan rasa senggugut.  Dah memang keturunan kena senggugut yang melampau sampai terlantar kat atas katil tu keseorangan..haha!

Pernahlah aku buka cerita pasal senggugut dengan puan ibu dan puan mak ngah, mereka kata, biasalah tu.  Kenalah tahan.  Bayangkan bertahun-tahun, berbulan-bulan nak kena tahan? Tabahnya lahai hati ni.. >.<

Mereka kata minum akar kayulah, dan paling mereka tidak sarankan adalah mengambil panadol pink tu.  Paint killer la, tapi tak elok atas sebab kesan sampingan.  Air akar kayu tu memang aku pernah paksa kena minum.  Tapi aku buang.  Macam pelik je kayu-kayu ni.hahhaha!

Ok! dah tak boleh ambil pil tu lagi.  Tapi kalau dah tahap sakit teramat sangat sampai nangis-nangis, guling-guling atas katil macam cacing kepanasan..macam mana??

Ada yang petua kata minum air suam dengan hirisan halia, buah pinang la..apa la..kalau pelajar macam mana pula nak dapat bahan-bahan tu jahh hoii??

Alternatifnya, tuam sebotol air suam atau panaskan kejap 'iron' letakkan kat perut..Ada yang letak laptop kat atas perut, tapi tak elok sebab kesan sampingan.

Orang kata tu sakit ngada-ngada ja, petua akhir puan ibu dan puan mak ngah kata, KAHWIN!

Aku pelik, apa kena mengena kahwin dengan senggugut.  Bila aku dah besar, baru aku paham maksud mereka.  Maksud mereka, kahwin, lepas tu beranak! ohh tidakk!  Lambat lagi meyhh.. Umur aku baru 19.  Kira punya kira, aku jangka lagi 5 tahun kot.  Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan.

5 tahun tu nak kena sabar.  Woaahhhh!!! Y_Y


psstt, jangan cari pasal bila mereka datang bulan..hahah! Padahnya ni lah..aku bengang tak habis-habis dengan mr.love..Sila On fon anda, saya dah minta maaf.  bahhaha!

Kalau kakak-kakak yang ada petua lain yang lagi berkesan, mohon kongsi ya! 5 tahun tu, jenuh nak menunggunya.. -__-"



p/s:  "syukurlah kena sebelum hari paper final" Y_Y