Pages

Thursday, November 13, 2014

Welcome November!



Assalammualaikum..

Dah lama Wa tak update blog.

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat dengan apa yang Dia telah limpahkan kepada Wa di bulan penuh bermakna bagi Wa.



Pecah2..

Pertama sekali, telah dijangkakan terlebih dahulu, hari konvokesyen Wa jatuh pada bulan kelahiran Wa.  Daftar UiTM dulu pada hari ulang tahun kelahiran Wa iaitu 16 November 2011.



Alhamdulillah Wa Berjaya menamatkan pelajaran di peringkat diploma.  Ini juga atas bantuan keluarga, jiran, sahabat, dan juga pensyarah.  Wa juga bawa semangat arwah Ayah.  So dad, Adik dah Berjaya kalahkan ayah.  Ibu pernah cabar Wa, “kalau pelajaran tak lebih daripada ayah, malu kat diri sendiri.” So ayah ada STPM dan dapat tawaran sambung belajar, tapi ayah tak pergi.  Kira Diploma atas sikit dari STPM rasanya. Heee..

Yang kedua, Alhamdulillah pejam celik tak sangka berakhirnya tempoh 6 bulan percubaan kerja di sebuah syarikat minyak dan gas.  Dan diserapkan terus sebagai pekerja tetap.  Alhamdulillah, maknanya boleh kahwin awal la ni? Oppss.. Gatai ko mak jemah.
Bulan 12 ni bekerja dengan gaji baru.  Bagi Wa, tinggi gaji ni bagi standard diploma.  Kalau orang cakap ini rezeki anak, habis kalau Wa tak kahwin? Kira rezeki anak tekak lah ni? Heee.


Time ni makan2 sempena birthday wa.  Konon la sambut awal.  Sebab tahu masing2 akan sibuk.

Soal jodoh, Wa letak 100% kat Dia.  Wa hanya mampu berusaha.

Buat masa ini, ada jugalah peneman makan minum (waktu stress je).  Memang kami ada perancangan, tapi siapa kami nak tentukan jodoh.  Macam biasa, ibu on je.  Tapi Bonda dia pula mahu kewangan dia kukuh dulu. cehh..Wa punya la bagi syarat simple.  Tak apa, Wa sanggup tunggu. Ecehh..ini sudah terbalik.  Dah boleh feeling2 lagu Nomad kot..
"aku kan tetap....menunggumuu..."

Thursday, August 7, 2014

Masih Egokah?

Assalammualaikum..


Dah Berbulan tak update blog.

Alhamdulillah. Akhirnya Wa berjaya habiskan diploma tepat pada masanya.
Dan kini sebagai seorang pekerja.! huaaa.

Bila Wa dah kerja, barulah rasa erti penat lelah kedua-dua orang tua Wa mencari rezeki.  Bukan mudah rupanya nak uruskan kewangan keluarga.  Sedangkan kewangan sendiri pun masih lagi tak stabil.

Tapi percayalah rezeki tu datang dari Allah s.w.t.  Yang perlu kita lakukan usaha, doa, tawakal.

Cukup atau tak gaji kita, itu bukan persoalannya.  Yang penting ada barakah ke tidak.
Selagi kita tak bersyukur dengan apa yang ada, selagi itu kita tak akan pernah rasa cukup.

Rasanya dah boleh sambung menabung 'Tabung Kawin Cik Wawa'.
heeee..


Menabung perut atau menabung kawin?
lalalala..

Soal hati, Wa rasa dah tiba masanya Wa beri seseorang tu tempat dalam diri Wa.

Buat apa bersedih dengan benda yang lepas.  Dah tu bukan jodoh.
Tak berbaloi bila kita sedih, padahal orang tu gembira dengan orang baru. sangatlah choyyy..

Ego! Wa sedar Wa ego. Ego pada diri, keluarga, dan masyarakat.hee..

Apa yang Wa nak lihat dari dia.  Kesungguhan, keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, dan kebersihan.  Kaitan? hahahah..


# doakan tempoh percubaan kerja ni diserap terus jadi pekerja 'permanent'.  Terima kasih daun keladi, lain kali baca lagi. ^_^


Monday, May 5, 2014

Rambut Baru, Azam Baru. Ehh?


Assalammualaikum.




Percaya atau tidak??

Rambut anda mampu mempengaruhi perwatakkan anda!  Mari kita lihat.

Jika rambut panjang kita akan rasa diri lebih lemah lembut, ayu, dan rasa bak retiss rambut berikal mayang macam Lisa Surihani kata kaww!


Jika rambut pendek, akan menampakkan seseorang itu lebih muda, lincah 
dan 
dan 
    dan.....
'nakal' ouchhh!



Sudah menjadi kebiasaan bila dah gunting rambut, ayat ni akan keluar: "arghhh! menyesal potong camni, sayangnyeeeee".


Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian memang sah-sah tak berguna.  Potong rambut boleh panjang lagi, Potong nyawa apa macam? Dah tak ada jalan penyelesaian. No Refund. hehehe. >.<


Semua orang ada masalah, dan cuba untuk maju kehadapan.  Macam Wa, fikir jalan penyelesaian, dan Wa tak mahu jadi 'Wa' yang dahulu.  Maka dengan ini, Wa putuskan untuk ubah gaya rambut.


Style bohh! Guwa suka rambut guwa!
(sakit hati je kan baca panjang-panjang tapi tak ada gambar rambut Wa)


Perubahan demi perubahan.

Sejak bila pandai mende-mende ni?


Jawapannya, semenjak Wa terjebak mengikuti program diploma Office Management.  Kena la cun sikit.

Maaf! Pembetulan ya!, memang sejak azali wehh! Habis sekolah terus dah ada barang.  Kejap, 'time' belum habis sekolah lagi memang dah ada barang-barang pun. arghh! tak faham. :P


"Just put a little, and not much.  But keep natural."

Haa kaw macam mana??
Cuma bedak tu letak untuk tak nak nampak sangat muka berminyak, eyeliner untuk besarkan sikit mata, yela iolls kan keturunan cina so sepet sikit. yeke? Eyebrow warna coklat letak sikit, sebab kening Wa macam transparent, pudar.  Dan last sekali, lipice atau lipstick sebab bibir iolls gelap dan pucat.


Wa sendiri pun tak tahu kenapa Wa suka perubahan bila dah 'lepaskan' seseorang.  Kejap! lepaskan atau kena tinggal? hahahah!

Mungkin Wa suka buat orang menyesal.  Berhasil.

Pernah dulu-dulu zaman kebodohan Wa, si dia yang tinggalkan Wa kata "Kau dah makin cantik"

Guwa kalau boleh, nak je pergi jumpa dia, dan gelak kaw-kaw kat depan muka dia!
 
" HAHAHAHA! "


Azam baru Wa?  Wa tengah tunggu masa je nak buat kerja gila.

Ayat 'perigi cari timba' dah tak lut dah.  Apa salahnya kalau perempuan yang mulakan dahulu.  Kalau jenis lelaki tu malu-malu la.  Ehh kan bagus tu? Kira lelaki tu jenis takut nak mulakan.  Jenis macam tu setia weh setia..


p/s : "9 May 2014, bermulalah fasa baru. Result keluar. Doakan yang terbaik. Mekasih daun keladi, lain hari baca lagi."


Tuesday, April 22, 2014

Tahi Lalat Tepi Bibir Tanda 'Becok'


Assalammualaikum..


Sampai sekarang Wa terfikir-fikir, "KALAU ADA TAHI LALAT DEKAT MULUT TU TANDA KUAT BERCAKAP KE??"

Fakta atau Auta?

Kali ini betul-betul seribu persoalan, bukan seribu inspirasi lagi dah.

Cuba tengok betul-betul gambar ni.


Tahi lalat kat kanan bibir, dan bawah mulut.

Pernah wan belakang rumah cakap Wa macam Latifah Omar tekawww. heee.
Latifah pun Latifah la.  Lagenda tu.

Jujur Wa kata, Wa ni pendiam.  Hanya bercakap dengan orang yang Wa kenal je.  Tapi tengok keadaan.  Kalau bekerja dalam kumpulan, kenalah interaksi ye dop?

Dalam bilik masa kat kolej mula-mula dulu kenal dengan diorang pun kalau bilik krikk krikk, Wa usaha juga nak bercakap dengan diorang tapi bukan mengumpat ye.  Kalau 'badmood' luah je kat roomate.  Tapi mereka masih lagi kata Wa anti-sosial.  Balik bilik terus kejar lappy dan Online!Senang cerita, bercakap bila perlu.


Macam biasa, kalau group gegirls mula berbicara pasal masalah BF or pasal shopping ke, Wa dengar je lah walaupun tak berminat.  Sakit kepala weh..sakit.  Lebih baik diam.

Kadang-kadang bila mood membebel tu sampai, "Harap Bersabar ya!"  Macam-macamlah Wa akan cakap sambil buat lawak.  Perkara tu selalu spontan. Akak den yoo taw perangai den camno.


Maka, dengan ini, 'auta' lah.

pssstt, mengikut kefahaman Wa, orang banyak tahi lalat ni tanda kanser kulit.  Itu kalau serious.  glupp..Baca boleh, percaya jangan. heee. >.<


p/s : Doakan Wa x gugup and gagap masa interview kelak. muehehe. mekasih daun keladi. ^_^

Saturday, April 19, 2014

La Tahzan

Assalammualaikum..



La tahzan, jangan bersedih.

Bila sesuatu perkara yang tak diingini berlaku, janganlah lupa akan hikmah disebalik kejadian.  Satu kau kena pegang dalam hidup, "Allah sebaik-baik perancang, dan perancang terhebat."


Apalah sangat kesedihan kita kat Malaysia ni berbanding dengan kesedihan umat Islam yang ditindas luar sana?

Apalah yang perlu kita sedih sangat sehingga ia akan memakan diri dan sia-sia begitu sahaja?
Apa yang ingin Wa kongsi di sini, Allah s.w.t sangat hebat.  Di beri kita suatu perasaan yang sukar ditafsir oleh kita sendiri.  Bila kita rasa kemusykilan, bila kita rasa tak jelas, mintalah petunjuk dariNya.




Alhamdulillah, Wa dah dapat petunjuk.  Dah lama Wa minta, Dia beri bila Wa dah betul-betul sedia.  Dia beri bila Wa sangat-sangat memerlukan.


Kalau dulu Wa rasa sedih, Wa nak je balik kampus cepat-cepat sebab boleh hilangkan rasa sedih dengan 'assignment', jauh dari masalah.  Bukankah 'assignment' adalah masalah utama pelajar?...  Wa suka sibukkan diri daripada melayan perasaan.  Tidur paling mujarab sebab bila bangun, "TINGG! Wa dah lupa masalah apa?"


Tidur pun dapat hilangkan perasaan itu hanya seketika sahaja, lepas tu depa mai lagi masalah baru, masalah nak fikirkan jalan penyelesaian.  Tak lari mana lahhhh.. -__-"



sibuk..sibuk..sibuk..




Cukuplah dengan petunjuk yang Dia beri.  Taubat tak mau lagi dah camni.  Serik.


Kalau dia dah berubah, Alhamdulillah.  Teruskan.  Tapi Wa nekad, cukup-cukuplah yang dulu.  Wa tak mampu nak hadapinya lagi.  Lagi sekali makan tahun juga nak pulih hati ini.


Apa yang Wa perlu lakukan sekarang, Wa kena istiqomah dengan apa yang Wa lakukan sekarang.  Bekalan dunia akhirat.  Perjuangan harus diteruskan.! jyeah!






p/s:  "Doa kan keputusan Wa lulus semua dan cepat-cepat dapat kerja"  terima kasih daun keladi.  :D

Monday, April 14, 2014

Walimatul Urus Kita?

Assalammualaikum..

Lama sudah Wa tinggalkan dunia blog.  Sibuk dengan urusan pembelajaran.

 Wa ingin berkongsi mengenai hal ‘perkahwinan’ atau dikenali ‘pernikahan’.

Seperti yang kita tahu, maksud ‘kahwin’ itu menyatukan pasangan dengan cara yang benar dan menghalalkan sesebuah perhubungan.

Apa yang membuat Wa tertarik mengenai ‘perkahwinan’ adalah ‘walimatulurusnya’ atau ‘majlis perkahwinan’.  Isu yang hangat buat para bakal pengantin.

Sejauh manakah kefahaman kita mengenai ‘majlis’ tersebut?


Pada pandangan Wa, masyarakat melayu kita amat menitik beratkan mengenai adat sehingga Islam dipandang sebagai kedua.  Apa sudah jadi? Mana pegangan kita? Bukankah Islam perlu didahulukan? Istighfar sat. >.<

Sepanjang Wa duduk di kolej siswi (asrama perempuan), bila isu perkahwinan bangkit di perbualan kami pada hujung minggu, rata-rata sejujurnya Wa cakap perempuan lebih kepada materialistik.  Itu sudah sifat semula jadi seorang perempuan.

Macam biasa, Wa pasti akan membantah dengan setiap kata-kata mereka.  Sebab itu tak ramai kawan. Hehe.

Perempuan, materilistiknya lebih kepada duit.  Tapi jangan ingat lelaki juga tidak materialistik.  Lelaki pasti mahukan seorang perempuan yang cantik.  Ini sudah jelas lelaki juga ada sifat materialistik.  Materialistik tak tertumpu kepada duit.  Nama pun ‘material’ known as kebendaan.

Berbalik isu perkahwinan…..

Perasaan itu fitrah, nafsu itu juga fitrah.  Aipp! Maksud Wa nafsu perbelanjaan dalam majlis.

Wa yakin, semua perempuan mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah.  Kalau boleh nak dijadikan ‘wedding of the year’ kononnya.

Adat kita:

- pelamin dan deco nak ‘gah’
-baju 5 pasang
-wang hantaran tinggi-tinggi
-berdulang-dulang hantaran
-barang kemas serba satu
-perbezaan cenderahati
-sistem p.a + karaoke
-joget lambak


Perkara inilah yang menyukarkan perkara yang mudah.  Malah pembaziran akan berlaku.

Islam itu indah sayang.  Islam itu lengkap.

Menurut kefahaman Wa, pelamin tu sebenarnya adat orang hindu.  Islamkah kita?
Apa gunanya baju 5 pasang tapi langsung tak mampu nak tutup aurat?
Berdulang-dulangnya hantaran buat apa nak tunjuk apa yang kita pakai. (beg,kasut,perfume)
Barang kemas tak perlu diumumkan, baik beli bar atau jongkong, simpan dalam bank kan selamat.
Islam tidak mengajar kita merbanding-bandaingkan dengan beri layanan yang berbeza.  Kecil hati mereka.
Tak salah kalau nak p.a sistem mungkin digunakan untuk buat pengumuman anak hilang atau kereta kena ‘block’.  Kalau pun sebagai hiburan, cukuplah dengan instrumental atau nasyid ke.
Joget lambak? Perlukah kita menari-nari dikhalayak ramai?

Sebenarnya banyak yang kita bazirkan untuk perkara yang tidak penting.  Fikirkanlah, perkahwinan ini bukan terhenti sahaja di situ,  Kehidupan selepas perkahwinan yang perlu kita lihat.

Hutang rumah, hutang pendidikan, hutang kereta, bil-bil kemudahan, sekarang kita nak tambahkan lagi dengan hutang majlis perkahwinan? Belum masuk lagi hal makan pakai semua.

Alahai, bukalah mata.  Buatlah sekadar sederhana. 

Kasihanilah bakal suami anda.  Sepatutnya kita membantu mereka.  Kalau kita sayang dia, kalau kita cinta dia, bantu mereka dan ringankan beban mereka.  Barulah hidup bahagia.

Jangan takut akan perkahwinan kerana sebuah perkahwinan itu indah jika berlandaskan Islam.  Sudah jelas bukan?

Sebenarnya kita takut dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling.  Usah diambil peduli kata orang.  Masa kita susah, bukan mereka yang akan tolong kita.  Mereka hanya mampu bercakap sahaja.

Dan ingatlah, perkahwinan itu juga membuka pintu rezeki.  Itu janjiNya.  Yakinlah. ^_^

ppsssttt, hantaran Wa? Dirahsiakan. Hee


Jadi patung lagi sambil memerhatikan ragam manusia.






# umur Wa dah 21, Jejaka Misteri tak kunjung tiba.  Doa banyak-banyak.

Wednesday, March 19, 2014

Kerana Redha

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, pengajian untuk semester terakhir dah selesai.  Sekarang mari kita fokus untuk exam pula!jyeahhh!

Mengenai redha.  Redha itu mesti ada pada hati kita, jiwa kita.  Yup! kalau kau tak redha, sampai bila-bila kau tak akan rasa tenang dan menyalahkan takdir. Bahaya.

Firstly, sesuatu perkara yang tak diduga memang amat menyakitkan.  Bila terkenang-kenang, hati mula membara dan fikiran tah kemana, akal tah kemana. 

Cara Wa nak atasi, Wa doa banyak-banyak.  "Doa banyak-banyak?".  Ya! maksud Wa, lepas solat doalah agar Dia beri kita keredhaan bukannya 24hours mulut kau kumat kamit doa benda yang sama. :D .  Pengsan la.  Dan mintalah macam-macam kat Dia.  Mengadulah macam-macam kat Dia.  InsyaAllah rasa sedikit lega.

Kalau tiba-tiba hati rasa sakit or sedih sangat-sangat, pejam mata dan istighfar.
Tapi kita selalu menyesal dengan benda yang dah berlalu.  "Nasi dah jadi bubur"

Masa inilah kita ambil iktibar agar lebih matang dan waspada pada masa akan datang.  Fikirkan,  "Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang." Dan yakinlah pasti ada hikmah kemudiannya yang kita sendiri tak tahu.

Sweet bukan? Dia pasti akan gantikan dengan sesuatu yang baru, yang lebih kita memerlukan.


SABAR

Doa, Redha, Sabar. hehe.


Wa syukur sempat kenal dengan awak. Awak baik, banyak membimbing Wa, selalu tolong Wa. Terima kasih.  InsyaAllah awak dapat bakal zaujah yang baik, sebab Allah s.w.t dah janji, orang yang baik hanya untuk orang yang baik.  Dan Wa bukanlah orangnya. 


p/s : sebenarnya Wa sendiri tak paham apa ke benda entri atas ni. hoho! kbye!

Tuesday, February 4, 2014

Permulaan Februari: Sedih atau Gembira?


Assalammualaikum..

Pejam celik dah masuk bulan Februari. Azam apa cerita? masih kuat lagikah? heee.

Bagi Wa, bulan Februari merupakan bulan kritikal sebab, bulan depan 'exam' oiii! Maka dengan ini, Beta mengumumkan bahawa Beta harus tumpu perhatian mulai sekarang. ok bai bai! :P

Soal cinta? Buat masa ni, 'hold' kan dulu.  Act, bukan cinta. Soal jodoh, haaa..baru lah tepat.  Jodoh ni, kalau kita tak usaha tak jalan juga ye dak?.  Tapi buat masa ni, biar seketika, kita letak tepi. LETAK TEPI ya! bukan tak ambil perhatian langsung.

Bila akak-akak Wa setakat ni, tahun ini, 2014 ini, dah dua orang tunang.  Maka tinggal giliran akak sulong dan Wa sahaja. Nampak tak jaraknya di situ?

Ingatkan boleh "Forever 21".

Ada apa dengan februari? hoolaaa (yola), sedih bila dapat tahu 'test' berderet-deret beratur panjang pada minggu kenduri tunang kat rumah Wa.

Ekau boleh bayangkan tak?
Ekau dah tahu lauk kenduri tu nanti, lopeh tu ekau dah poie cat bilik untuk tunang nanti.
tup tup tup! bila Pensyarah ekau koba an 'test' pada hari sokian sokian, terkono plak an hari kenduri.
Hoii aiii..sobak bhai!

Wa nak balik rumah pun tak sempat sebab 'test' habis pukul 6 petang macam tu.
Perjalanan ke rumah pula makan 5 jam macam tu.
Sila bayangkan lagi, balik je rumah tengok orang tengah tepuk-tepuk bantal nak tidur.
Yang ekau mulut ternganga nengok "apo yo yang ningga kek dapur?"
(lapar dan hiba)

Dan Wa putuskan untuk tidak balik ke rumah! huaaa.. sodeh lak aii.
Seminggu hati tak tenang. Allah. -__-"


Maaf ter'selfie' kejap. 

Minggu langsung tak menggambarkan kesedihan. Kan? phuii.

Macam mana tak 'selfie'.  Bila 'take 5' member-member semua kemain laju pegang 'handphone'.
Kadang-kadang Wa cakap sorang sorang. Gila tahu tak? GILA!

Bukan tak nak beli, cuma nak dahulukan benda penting. Haa! inilah contoh orang yang boleh dijadikan bini.  Pandai menguruskan keperluan dan kehendak..pfftt.

Maka permulaan Februari ni ada sedih ada gembira. ADIL! ^_^


P/s: "topup ilmu mengenai Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan)"  Nanti Wa kupas sedikit isu ya! ^_^

Monday, January 13, 2014

Ketam Masak Cili Api Versi Cincai

Assalammualaikum...

Sabut pasal ketam, pasti ada yang terfikir "lecehnya nak makan".

Tapi kepada sesiapa yang menggemarinya, pasti "kita balun sahaja!".

Tapi kali ni, Wa nak berkongsi resipi dari orang Nogori, caro sey masak kotam masak cili api hah.

Bahan:
Ketam (suka hati)
Kentang (suka hati)
Serai (2 batang)
Kunyit (serbuk)
Garam (sederhana halus)
Cili api (dikisar)
Asam keping (2 keping)
Santan

Mula-mula, siang ketam-ketam tersebut dengan menggunakan kemahiran yang anda ada.  Tak kisah la macam mana sekalipun nak bersihkan ketam tu, yang penting jangan ada siapa-siapa kat dapur.  Macam Wa tak suka ada orang kat dapur bila Wa tengah bertungkus lumus masak. >.<



nahhh..bila siang ketam je, teringat kat Mr.Crab cerita Spongebob! motif?

KEJAP! nak pergi ambil serai kat depan rumah! fresh gitu!

**************

Lepas tu, masukkan ketam dan sedikit air macam kat bawah ni.


Buka api, letak air, garam secukup, dan serbuk kunyit letaklah dalam 2 sudu. Tak lupa, asam keping.

Titik titik serai yang kat depan rumah tadi, masuk je dalam periuk tu.


Apsal berbuih? bantai. :P

Orang Nogori panggil ini sesi pengecutan.  Kiranya bahan utama serai, serbuk kunyit, cili kisar, asam keping,  dan garam tadi dapat diserap ke dalam ketam-ketam tersebut. Nanti hasilnya isi ketam terasa kepekatan bahan utama tadi.

Biarkan sampai dia mendidih
Seterusnya...........


Beginilah rupanya sesi pengecutan. heeee...

Kemudian......


Masukkan santan mengikut selera anda dan tambah air masak secukupnya. Biarkan mendidih sikit. Oh ya! santan ni memang betul betul pati.  Beli kat kedai je, tak perlu perah.  Zaman dah moden kan. perah pakai mesin ya, bukan santan kotak tu. heee.  Osah boto bebudak sokarang pomaleh, poloseh.


Kentang tepulang nak banyak mana. Potong empat ya! tak tahu potong empat macam mana? parah..parah.. ekau poie google, kritikal bona lak budak ini jam. haiyoo..

Psssttt, dah masukkan kentang, jangan pernah sesekali tinggalkan.  Kena kacau selalu agar tak jadi taik minyak.  Kacau sampai kentang empuk dan mendidih.


HASILNYA?

tadaaa..



Marbelesss tekkaw...

View lagi!



Hasil pengesutan tadi, bahan dia dah serap dalam isi ketam.

"podeh menular r ekau nanti"


pssstt, jangan lupa masa siang ketam tu, di akhiri dengan salirkan air kat ketam dan selawat.

Kenapa tak ada bawang? entah, ibu cakap tak payah letak sebab memang resipi orang nogori tak letak bawang pun. Agaknyalah.




p/s: Jago porut suami, jago rumahtanggo. In Shaa Allah, ekau bahagio.

Friday, January 10, 2014

Highlights of 2013!!

Assalammualaikum..

Selamat tahun baru.  Tapi Wa lagi suka ikut kalendar bulan Islam, itukan lebih baik.  Cuma angka tahun 2013 telah bertukar menjadi 2014.


Apa yang Wa mahu kongsikan di sini, 2013 telah berlaku pelbagai memori indah.  Suka dan duka itu sudah pasti.  Apa yang Wa mahu jelaskan di sini, setiap perkara yang telah berlaku, kita harus jadikan ia sebagai suatu pengajaran untuk maju kehadapan.



HIGHLIGHTS OF 2013!!

1.  



Bercuti bersama-sama keluarga pada tahun baru cina.  Dah lama tak pergi bercuti sama-sama.  Perak dan Cameron highlands menjadi utama.  Sungguh kesian itu merupakan ‘first time’ Wa pergi Cameron highlands.  Sodehh..sodehh..sob..sob..


2.



Sambut birthday rakan-rakan.  3 birthday Wa yang jadi ketua dalang.  Dah beli kek, Wa tambah lagi manik-manik kat atas kek agar jadi lebih menarik.  Copppp! Main tepung-tepung tu tak ada ya! Kepantangan Wa tepung dibuat main, itukan makanan.


3.



Jadi Ketua Multimedia untuk 2 majlis yang berbeza.  Hari-hari menangis, yela lappy tak banyak applikasi nak sunting itu sunting ini.  Pengalaman yang paling berharga yang mungkin akan bawa bakat yang tak seberapa ini di alam pekerjaan nanti.


4.



Menghadiri konvokesyen UKM.  Atas usaha maklong(kakak arwah ayah), kami berdua dapat masuk dewan.  Selalunya hanya 2 orang sahaja.  Kad jemputan maklong letak atas nama Wa.  Dan maklong beli 2 jambak bunga.  Terima kasih maklong. yeppy!  Kami tak tahu pun duduk di bahagian VIP.  Memang terbaik layanan VIP tekaww.  Puan ibu dan Encik ayahanda duduk di tempat belakang.  Memang sangat kelakar bila Wa dan Cik Myn menyaksikan sendiri depan mata Cik Bella terima 'scrol'. Master.


5.




Berjumpa encik Janggut buat kali pertama di rumah Wa.  Gementar, dia sahaja yang paling berani datang rumah jumpa puan ibu dan encik ayahanda serta nenekanda.  Sebelum ni ada lah seorang lagi tu pernah datang, tapi puan ibu tak suka.


Masa ni dah mula fikir masa depan.  Bukan tak pernah fikir, cuma kali ini berlainan.  Fasa terbaru dalam hidupku.  Walaupun tak lama mana lepas tu! Ahahha!. Shhh, yang dah tahu, diam2 sudah. :P


Siapa tahu, kami berjumpa lagi.  Kebetulan dia ada di k.l, Wa pun memang ‘plan’ nak duduk dekat k.l dengan akak.  Maka bertemulah kami di sini.  Pusing-pusing Times Square je.


6.



  Sekali lagi, bercuti dengan keluarga.  Tapi kali ni lain sikit sebab akak ‘booking’ guna mastercard Wa dan juga nama Wa.  Niat dihati nak tinggal sehari sahaja kat Glory Beach Resort tu, tapi keluarga tambahkan jadi 3 hari 2 malam.  Apartment 3 bilik 2 bilik air, Alhamdulillah muat untuk 6 orang.  Pemandangan laut, dan rasanya apartment tu paling exclusive kat situ, agaknyalah! >.<


2013 berlalu, banyak mengajar Wa.  Jauh perjalanan, luas permandangan.  Banyak perkara yang dirancang tapi tak menjadi.  Yang berlalu tu biarlah berlalu, usah dikenang barang yang lepas.  Maju kehadapan dan tersenyumlah sendiri akan kisah lalu itu.  Sungguh terlalu unik.


p/s :  "kalau nak enjoy, ada caranya."

Monday, January 6, 2014

Sweet-20 'Antara Cinta dan Harapan'

Assalammualaikum

16 NOVEMBER 1993

Lahirnya seorang anak perempuan Puan ibu Norhayati dan Encik ayah Yusof.  Nama diberi Wahidah yang bermaksud satu/tunggal.  Patutlah perangai macam tersangatlah pelik dan sukar untuk ditafsir dan difaham.  Padan muka encik JM.
 

30 hari 
Encik JM? Siapakah? Oh ya! Encik JM singkatan kepada Jejaka Misteri.  Disebabkan Wa sendiri tak tahu siapa jodoh Wa, maka Wa gelarkan si dia tu Encik JM. (tak ada orang pun)

Apa yang dapat selama 20 tahun ni, Wa bersyukur sangat. Alhamdulillah.  Apa yang ada disekililing Wa, terima dengan redha.  Sesungguhnya, perancangan Allah s.w.t itu sangat hebat dan indah.

Datangnya satu persatu ujian, itu tanda Dia sayang kepada kita.  Hanya orang yang betul-betul sabar dan tabah akan memperolehi kebahagiaan.  Itu janji-Nya.





Wa sedar, memasukki alam 20-an itu menandakan bahawa kematian itu hampir.  Wa juga insan biasa yang inginkan kebahagiaan bersama seorang insan yang digelar suami, untuk sama-sama bimbing kearah kebaikkan dan jalan yang diredhai-Nya.

Sepanjang hidup, Wa akui banyak buat dosa.  Satu persatu Wa cuba memperbaiki.  Alhamdulillah, kesedaran ini telah diberi awal.

Wa cuba hentikan permainan cinta.  ‘couple?’.  Memang ‘couple’ itu indah.  Perasaan itu indah-indah belaka.  Perasaan ketika itu hanya mahu berseronok.  Terasa disayang, terasa diberi perhatian.  Satu perkara yang Wa pernah menangis. “Ya Allah, mujur aku ‘couple’ dulu-dulu tetapkan pendirian untuk tidak bersentuhan walau pegang tangan sekalipun”. 



tutup mata ke buka mata? -__-"

Apa sahaja yang tinggal untuk bakal suami nanti jika semuanya telah diberikan kepada orang yang bukan halal bagi kita?.  Adalah lebih baik hentikkan perbuatan yang tak elok ini.
Sekiranya mahu jodoh kita orang yang baik-baik, maka perilaku kita juga harus baik-baik.  Tapi sekiranya kita dah melakukan kesalahan, bertaubatlah dan perbaiki diri. ^_^

Perasaan itu fitrah.  Wa memilih untuk bercinta selepas nikah.  Sebab itu, Wa cuba tahan dan pendam perasaan ini.  Terlalu banyak dugaan.  Syaitan juga ketika ini mengganggu kita.  Kuatkan iman, kuatkan pendirian.

Kalau dulu boleh cakap 10 tahun lagi. Sekarang lebih kurang 3 atau 4 tahun lagi. Ppssstt, lagi cepat lagi bagus. ^_^

Kini Wa buka je borang permohonan dan akan ‘hold’ semua permohonan sehingga Wa buat Istikharah.  Maafkan Wa sekiranya Wa dah buat orang menaruh harapan.

Beri Wa masa untuk habiskan diploma Wa dan bahagiakan kedua-dua orang tua Wa, barulah Wa akan fokus kepada arah ‘itu’.


"Atur baik-baik nak, sekali tersasar menyesal seumur hidup."

p/s :  ‘Cinta‘ tak akan pernah hadir dalam hidup Wa selagi tiada lafaz akad nikah.  Cinta kepada Dia itu sudah pasti ^_^