Pages

Tuesday, September 24, 2013

Dari Negeri Pahang Ke Negeri Sembilan

Assalammualaikum..

Fuhh..fuhh...kasi tiup sikit habuk-dan sesawang dalam blog ni.  Maklumlah, sibuk memanjang je.

Berdasarkan tajuk di atas, ini mengenai kisahku yang suka acara larian berganti-ganti dari Pahang ke Negeri Sembilan.  Lebih spesifik lagi, dari Bandar Tun Abdul Razak Jengka ke Rembau Most Wanted Yaww..

Ini semua gara-gara nak pulang ke rumah.  Ku redah jua segala onak dan duri demi keluarga yang tercinta. phui.

Pertama sekali kalau nak perjalanan yang lancar,  paling penting masa, arah tujuan, dan terus bertindak.  Katakanlah nak balik hari jumaat, adalah lebih baik beli tiket bas awal-awal.  Kalau dah habis, meraunglah jawabnya.  Tapi 'part' yang ni, lelaki lebih suka beli tiket bas masa tu juga.  Itu nasib-nasib kalau ada kekosongan.  Jenis aku memang tak boleh cara ni, tak nyenyak tidur dibuatnya.

Tiket bas dari Jengka ke Pekeliling(k.l) berharga RM15.60 begitu juga dari Pekeliling ke Jengka RM15.60.


Memang selalu naik Metrobas Express je.  Memang express.  Kerusi pun oklah selesa.  Aku selalu 'adjust' kerusi tu kasi bawah sikit.  Syok oo bila tidur nak-nak lagi 'driver' bas ni main 'lap' kat selekoh sepanjang lebuhraya KARAK.  Kadang-kadang bas ni singgah Temerloh.  Perjalanan dari Jengka ke pekeliling memakan masa 2jam 30minit.  Kalau singgah Temerloh, jadi 3jam.

Setibanya di Pekeliling, selalunya aku terus beratur ke kaunter beli tiket balik Jengka.  Kalau hair jumaat, biasanya aku bersaing juga dengan 'student2' lain.  Masing-masing2 berebut takut tiket habis, nak-nak lagi kalau musim perayaan.

Selesai satu, terus jalan ke depan lagi jumpa 'escalator' untuk naik Star LRT.  Kat situ stesen Titiwangsa.  Kebiasaannya, aku memang dah ready 'TnG' sebab senang tak perlu beratur panjang-panjang dan selalu duit dalam wallet memang cukup-cukup je.  Nak selamat, mesti kena ada 'TnG'.  Mana yang i.c baru tu boleh la 'reload'.  Perjalanan dari Titiwangsa ke Plaza Rakyat.  RM1.20.  


Mana yang tiada 'TnG' tu, kenala beli token kat mesin.  Sekarang memang urusan token 100% kat mesin touchscreen.  Dah tak ada kat kaunter lagi dah.  Jadi, kena sediakan wang kecil yang mencukupi.  Kat kaunter boleh 'reload' dan tukar duit syiling sahaja. Kad myrapid pun ada dijual.


Tak kena waktu puncak memanglah tak ramai.  Kalau tak, sardin jelah jawabnya.  Kalau ramai, kebiasaanya aku malas nak duduk dan sentiasa berada di hadapan pintu.  Biasalah, kau kena bersaing dengan orang yang nak masuk dan sama-sama nak keluar.  Kalau tak sempat keluar, duduk diam2 dan carilah alternatif lain.

Setibanya sampai di stesen Plaza Rakyat....


Jalan dan terus jalan di lorong lemas ni.  Hahaha! jangan risau, anda tidak keseorangan.  Ramai orang guna laluan ni.  Teruskan berjalan turun tangga, belok kanan dan jumpalah........


PUDU SENTRAL..


Selalunya aku akan masuk belah kiri tu, cari tandas.  Beg baju biasanya aku tinggal je kat luar.  Di situ aku letakkan 100% kat Dia.  Beg laptop dan barang-barang penting je bawa masuk.  Makanan semua letak kat kerusi.

Jangan terkejut dan rasa terharu kalau-kalau ada sahaja lelaki datang menghampiri kat kau dan berkata "adik nak pergi mana?" (sambil pegang walkie talkie).  Yess! itu adalah pekerja-pekerja syarikat bas.  Jenis aku, geleng kepala dan buat tak tahu.

Pelbagai kemudahan yang disediakan.  'foodcourt' pun ada.  Tapi semalam aku makan marrybrown ja, sebab tingkat satu je, tak nak tinggal bagasi lama-lama kat bawah. sekali lagi soalan, "adik nak pergi mana?" aku senyum dan terus ke marrybrown.  "ooo, woi, dia nak pergi makanlah" (bersuara antara mereka) hahaha.

Dan selesai makan, aku pun kembali ke tingkat bawah dan tekan 'button' untuk membuka pintu.  Bas ke Seremban pintu nombor 3 ya! Sebelum turun, kebiasaannya aku bawa seludup coolblog Oreo+Vanilla+black pearl ke dalam bas.  Layan sensorang dalam bas. ppssttt, bawa masuk dalam beg dulu ya, dah duduk dalam bas baru keluarkan.


Bas ke Seremban ada dua,  Suasana Edaran Dengan SKS-KL.  Selalu aku naik bas suasana ederan ja.  Tiket berharga RM6.00.  Bas ni, tak tentu masanya.  Orang dah penuh baru dia bergerak.  Dia pasang cerita, kira oklah tu.  layan jelah.  Dari Pudu ke Seremban memakan masa lebih kurang 1 jam. itu pun kalau tak 'jam' la.

Setibanya.....

tadaaa!!!

Stesen Seremban dipanggil Terminal One.  Aku sampai sekarang tak faham.  Dari kecil sampai besar, tempat ni majunya tidak. -__-"

TAMPIN!!TAMPIN!!TAMPIN!!

Sebelum sampai Tampin, akan lalu destinasi terakhir aku iaitu Rembau.  Maka, kalau nak ke Rembau, kena naik bas Tampin.  Seremban ke Tampin memakan masa 40 minit tapi tambah berhenti-henti, kira 1 jamlah perjalanannya.  Tiket berharga RM3.50.


vromm..vromm...

Muka aku sepanjang dalam bas??


Seronok sebab ada ramai 'driver'!

Bukan mudah, perjalanan yang makan berjam-jam, tak berhenti langsung untuk ke toilet. Dan mulalah aku berdoa "cepatlah datang jodohku, bolehlah encik suami yang tolong jemput hantar" hahaha! bersusah dahulu, bersenang kemudian.  Mungkin dah kerja, ada rezeki, dapatlah beli kereta sendiri.

Mari kira-kira:

                 Jengka ke k.l                           RM15.60
                 Titiwangsa ke Plaza Rakyat         RM1.20
                 Pudu ke Terminal One                 RM6.00
                 Seremban ke Rembau                  RM3.50
                                                                 
TOTAL                                                       RM26.30


p/s : " Atur perjalanan elok-elok"