Pages

Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

Monday, June 27, 2016

Cik Wawa Kembali!!

Assalammualaikum...


Dah Lama cikwa tak berblog! Ya Allah! pemalas ke atau buat-buat lupa? haha! kisah pulak kan. >.<

Sibuk nauzubillah, banyak pic yang cikwa nak kongsi tapi tak berkesempatan nak tulis entry baru.  InsyaAllah satu persatu yang cikwa akan kongsi.

Umur dah 23, makin bertambah usia, makin banyak yang kita nak kena lakukan.  Macam-macam yang terjadi kat cikwa sepanjang 2015-2016 suka duka semua ada! Sedu sorang sorang. eh pinjam bahu korang.

Firstly, suka tangok akak akak bolgger masing-masing dah ada bisness sendiri. Alahai kerdilnya cikwa ni.  Masih tak maju. masih di kepompong! sedih lagi sorang sorang.

Perkembangan cikwa? hm...menganggur lagi tapi pada masa yang sama, cikwa buat PJJ.  Bukan perkahwinan jaraj jauh! tapi pembelajaran jarak jauh. Eh! betul ke pembelajaran? hentam sahajala! >.<

Cikwa ambil kos Bachelor Office System.  Kira sambungan course diploma dedulu.  Eleh perangai nak transfer credit! nak cepat habis! konon-konon nak setia dengan bidang office. phuihh! haha dusta semua itu!

Banyak sangat cikwa belajar erti kehidupan. haha!  Sepanjang 2014-2016 dah 2 pekerjaan cikwa ceburi.  kalau nak cerita pasal pekerjaan, panjang laaa..tunggu la entry seterusnya.  Nak kena fikir panjang dulu sebelum berbicara mengenai pekerjaan, karang tersalah cakap, kena dakwa satgi tak pasal pasal hakak! eh hakak ke? -_-" tuaaa sudah.

Cikwa sekarang nak ubah penampilan cikwa. dah tak boleh selekeh sangat dah! dah lama dah tak ikut perkembangan fesyen. Cikwa jadi tak reti nak memilih baju, makeup semua semua tu la...tak reti!! sedihnye diri ini..sobb..sobbb..

Tak nak cakap banyak! tengok sendiri picture bawah ini.  Misi cikwawa ingin berubah! kah!


Baru nak belajar pakai shawl! tu pun basic je..huu...


ada apa dengan atas?


Cover malu sebab acah acah sangat nak jadi model tadi.


stop snap picture cikmyn! >.<


Cikwa ada lagi satu paper untuk abiskan semester 2.  Selamber badak je kan tak baca buku lepas tu update blog? >.<



Love,
cwy


Saturday, April 19, 2014

La Tahzan

Assalammualaikum..



La tahzan, jangan bersedih.

Bila sesuatu perkara yang tak diingini berlaku, janganlah lupa akan hikmah disebalik kejadian.  Satu kau kena pegang dalam hidup, "Allah sebaik-baik perancang, dan perancang terhebat."


Apalah sangat kesedihan kita kat Malaysia ni berbanding dengan kesedihan umat Islam yang ditindas luar sana?

Apalah yang perlu kita sedih sangat sehingga ia akan memakan diri dan sia-sia begitu sahaja?
Apa yang ingin Wa kongsi di sini, Allah s.w.t sangat hebat.  Di beri kita suatu perasaan yang sukar ditafsir oleh kita sendiri.  Bila kita rasa kemusykilan, bila kita rasa tak jelas, mintalah petunjuk dariNya.




Alhamdulillah, Wa dah dapat petunjuk.  Dah lama Wa minta, Dia beri bila Wa dah betul-betul sedia.  Dia beri bila Wa sangat-sangat memerlukan.


Kalau dulu Wa rasa sedih, Wa nak je balik kampus cepat-cepat sebab boleh hilangkan rasa sedih dengan 'assignment', jauh dari masalah.  Bukankah 'assignment' adalah masalah utama pelajar?...  Wa suka sibukkan diri daripada melayan perasaan.  Tidur paling mujarab sebab bila bangun, "TINGG! Wa dah lupa masalah apa?"


Tidur pun dapat hilangkan perasaan itu hanya seketika sahaja, lepas tu depa mai lagi masalah baru, masalah nak fikirkan jalan penyelesaian.  Tak lari mana lahhhh.. -__-"



sibuk..sibuk..sibuk..




Cukuplah dengan petunjuk yang Dia beri.  Taubat tak mau lagi dah camni.  Serik.


Kalau dia dah berubah, Alhamdulillah.  Teruskan.  Tapi Wa nekad, cukup-cukuplah yang dulu.  Wa tak mampu nak hadapinya lagi.  Lagi sekali makan tahun juga nak pulih hati ini.


Apa yang Wa perlu lakukan sekarang, Wa kena istiqomah dengan apa yang Wa lakukan sekarang.  Bekalan dunia akhirat.  Perjuangan harus diteruskan.! jyeah!






p/s:  "Doa kan keputusan Wa lulus semua dan cepat-cepat dapat kerja"  terima kasih daun keladi.  :D

Wednesday, March 19, 2014

Kerana Redha

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, pengajian untuk semester terakhir dah selesai.  Sekarang mari kita fokus untuk exam pula!jyeahhh!

Mengenai redha.  Redha itu mesti ada pada hati kita, jiwa kita.  Yup! kalau kau tak redha, sampai bila-bila kau tak akan rasa tenang dan menyalahkan takdir. Bahaya.

Firstly, sesuatu perkara yang tak diduga memang amat menyakitkan.  Bila terkenang-kenang, hati mula membara dan fikiran tah kemana, akal tah kemana. 

Cara Wa nak atasi, Wa doa banyak-banyak.  "Doa banyak-banyak?".  Ya! maksud Wa, lepas solat doalah agar Dia beri kita keredhaan bukannya 24hours mulut kau kumat kamit doa benda yang sama. :D .  Pengsan la.  Dan mintalah macam-macam kat Dia.  Mengadulah macam-macam kat Dia.  InsyaAllah rasa sedikit lega.

Kalau tiba-tiba hati rasa sakit or sedih sangat-sangat, pejam mata dan istighfar.
Tapi kita selalu menyesal dengan benda yang dah berlalu.  "Nasi dah jadi bubur"

Masa inilah kita ambil iktibar agar lebih matang dan waspada pada masa akan datang.  Fikirkan,  "Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang." Dan yakinlah pasti ada hikmah kemudiannya yang kita sendiri tak tahu.

Sweet bukan? Dia pasti akan gantikan dengan sesuatu yang baru, yang lebih kita memerlukan.


SABAR

Doa, Redha, Sabar. hehe.


Wa syukur sempat kenal dengan awak. Awak baik, banyak membimbing Wa, selalu tolong Wa. Terima kasih.  InsyaAllah awak dapat bakal zaujah yang baik, sebab Allah s.w.t dah janji, orang yang baik hanya untuk orang yang baik.  Dan Wa bukanlah orangnya. 


p/s : sebenarnya Wa sendiri tak paham apa ke benda entri atas ni. hoho! kbye!

Tuesday, February 4, 2014

Permulaan Februari: Sedih atau Gembira?


Assalammualaikum..

Pejam celik dah masuk bulan Februari. Azam apa cerita? masih kuat lagikah? heee.

Bagi Wa, bulan Februari merupakan bulan kritikal sebab, bulan depan 'exam' oiii! Maka dengan ini, Beta mengumumkan bahawa Beta harus tumpu perhatian mulai sekarang. ok bai bai! :P

Soal cinta? Buat masa ni, 'hold' kan dulu.  Act, bukan cinta. Soal jodoh, haaa..baru lah tepat.  Jodoh ni, kalau kita tak usaha tak jalan juga ye dak?.  Tapi buat masa ni, biar seketika, kita letak tepi. LETAK TEPI ya! bukan tak ambil perhatian langsung.

Bila akak-akak Wa setakat ni, tahun ini, 2014 ini, dah dua orang tunang.  Maka tinggal giliran akak sulong dan Wa sahaja. Nampak tak jaraknya di situ?

Ingatkan boleh "Forever 21".

Ada apa dengan februari? hoolaaa (yola), sedih bila dapat tahu 'test' berderet-deret beratur panjang pada minggu kenduri tunang kat rumah Wa.

Ekau boleh bayangkan tak?
Ekau dah tahu lauk kenduri tu nanti, lopeh tu ekau dah poie cat bilik untuk tunang nanti.
tup tup tup! bila Pensyarah ekau koba an 'test' pada hari sokian sokian, terkono plak an hari kenduri.
Hoii aiii..sobak bhai!

Wa nak balik rumah pun tak sempat sebab 'test' habis pukul 6 petang macam tu.
Perjalanan ke rumah pula makan 5 jam macam tu.
Sila bayangkan lagi, balik je rumah tengok orang tengah tepuk-tepuk bantal nak tidur.
Yang ekau mulut ternganga nengok "apo yo yang ningga kek dapur?"
(lapar dan hiba)

Dan Wa putuskan untuk tidak balik ke rumah! huaaa.. sodeh lak aii.
Seminggu hati tak tenang. Allah. -__-"


Maaf ter'selfie' kejap. 

Minggu langsung tak menggambarkan kesedihan. Kan? phuii.

Macam mana tak 'selfie'.  Bila 'take 5' member-member semua kemain laju pegang 'handphone'.
Kadang-kadang Wa cakap sorang sorang. Gila tahu tak? GILA!

Bukan tak nak beli, cuma nak dahulukan benda penting. Haa! inilah contoh orang yang boleh dijadikan bini.  Pandai menguruskan keperluan dan kehendak..pfftt.

Maka permulaan Februari ni ada sedih ada gembira. ADIL! ^_^


P/s: "topup ilmu mengenai Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan)"  Nanti Wa kupas sedikit isu ya! ^_^

Tuesday, October 8, 2013

Permulaan Cuti Sem 4

Assalammualaikum..

Cuti sem ke 4 pun telah bermula.  InsyaAllah, ini cuti yang terakhir aku sebagai pelajar diploma.  Moga-moga dipermudahkan segala urusan.

Apa yang aku ingin lakukan cuti ni? terlalu banyak.  Atur elok-elok dan jangan lupa, banyak-banyak berdoa agar urusan berjalan dengan lancar.  Tapi Dia sebaik-baik perancang.

Persiapan aku? cuti ni gatal pergi ambil Muet, walaupun aku tak tahu sama ada layak atau tidak nak sambung ke peringkat ijazah.  Tak mengapalah, sekurang-kurangnya aku mencuba.  Tempat peperiksaan Muet, secara kebetulan merupakan sekolah arwah ayah. yeay! Boleh bayangkan kejap macam mana ayah sekolah dulu-dulu.  Terubat sikit rindu.

Soal hati? Biarlah seketika.  Aku sendiri yang suka cari penyakit.  Haha! padan muka aku.  Tak mengapalah, yang lalu biarlah berlalu.  Tapi, setiap barisan kata-kata itu, aku tak bermaksud pun.  Biarlah dia sedar sendiri.  Tapi jika dia mahu kembali lagi, seluas padang bola aku tadahkan. "saya minta maaf".




Memanglah usia ni orang kata kita masih mentah.  Tapi, kematian itu tetap pasti dan tak kira sama ada tua atau muda.  Ini bermakna, dari sekaranglah kita harus atur langkah dengan berhati-hati agar tidak jatuh.  Kalau jatuh, bangunlah semula.  Memang payah.  Tapi dengan usaha, pasti berjaya.

Banyak perkara lagi nak kena belajar.  Pembelajaran yang tak henti-henti sampailah kita meninggal dunia.


p / s : "nak bercuti kemana selepas ini ya?"

Friday, August 31, 2012

Nurella's Chocolate??

Di Jengka ini agak payah aku nak cari coklat kegemaranku..

Tambahan pula 'dark' coklat memang tak dapatlah..  Puas aku cari satu bandar.. Bila 'stress' je mkn coklat. Rasa nak balik je rumah. Drive sendiri pergi cari coklat.. huh?? semata-mata?? -__-"

Bila dapat markah test, aku rasa 'down' gila!! Memang padanlah muka aku, dah elok jawapan tu, last minit aku pergi tukar 3 jawapan.. Nak-nak lagi aku dah tanda pangkah kat hujung jawapan, boleh pula lupa nak 'circle' jawapan sebenar..AARGGHH!!~~ Siapa tak rase ralat wehh??!!

Mungkin  ini sebagai satu pengajaran.. Aku rasa dah banyak kali kena macam ini... Tak juga serik-serik..  Lepas ni aku nekad, kata hati yang pertama adalah sering benar.. yang kedua itu syaitannnn~~ tapi tak juga, test masa bulan puasa... (?????)

Demi memujuk hati yang kecewa gila!,,, aku pergi koperasi untuk membeli apa-apa sahaja yang boleh merawat hati ini.. Dan aku jumpa coklat yang tak pernah aku lihat.

JENAMA APA NI WEHH?? tak pernah ada pun kat tempat aku? -__-"




Nurella, macam nama orang.. halal..dan bila aku makannnnnnnnnnnn~~~

TERBAIK! boleh tahan juga lazatnya..hehe..  Aku nak kata coklat tu boleh tahan la rasanya.. berbaloi la rm2..

Balik je bilik, aku search pasal coklat ni..  Pengusahanya orang Pahang.. Tapi alamat untuk berhubung beralamatkan Jengka.. ehh?? dekat bandar jengka gamaknya..hahahha..

Jadi, aku sokong perniagaannya dengan ikhlas menulis pasal coklat ini di dalam blog aku.. Teruskan berusaha dalam perniagaan ni ye!! heee~~~


p/s : "kita boleh mengikuti cara orang lain jika cara tersebut mendatangkan kebaikan dan tidak melanggar dari segi agama kita."  ^_^

Sunday, March 18, 2012

Kenapa??

Dalam beberapa hari ni, aku rasa macam tak sedap hati..makan tak kenyang, mandi tak bersih, tido pun mata terbuka..hamboi melampau..

ni bukan masalah cinta sebab dah memang aku tak ada bf pun...hahah!! sedih2..

Perasaan yang bercampur-campur macam ABC + black pearl + asam boi..huh?? ini kalau-kalau resipi ni ada siapa-siapa rembat, siap ko!! aku mintak royalti...puihh... :P

korang sendiri pun perasan kan aku da mula pening berdasarkan perenggan-perenggan atas tu..

Tapi apa yang pasti, aku terasa amat sedih..yang peliknya sebab apa???



Dalam bilik air..macam biasa la..air paip keluar..air mata pun turut serta sekali..hamboi, pakat-pakat join la.. puiihh...legaaaaaa............

Buka sahaja almari, aku terlihat sebuah buku yang pernah aku beli suatu ketika dahulu..masih tersusun kemas di dalam almari rak paling atas sekali.


Ingatkan bila jumpa buku ni, kuranglah sikit rasa kesedihan...bertambah adalah sebab, beli tapi tak baca...huaaaa!!! sedih...sedih...sedih..



p / s : "janganlah berlebihan ketika bersedih, kita masih ada benda yang berharga...jangan lupa doa banyak-banyak!!"

Thursday, March 15, 2012

Dalam diam..

dah lama aku tak update blog..sibuk dengan pelbagai urusan..sungguh aku penat..

aku terlepas bas balik lagi, nasib ada untuk hari ini...tiket pukul 3, tapi pukul 1 ada kekosongan..memang patah hati aku bila tertinggal bas, ini semua gara-gara asyraf..kalau tak balas mesej dia, dia marah2 aku...damn...bila plak aku couple ngn kau..wekk:P

tiba2 pula kata clash, lantak kau ler...

 sampai sahaja pekeliling, duit aku tak cukup nak beli tiket bas untuk balik jengka...cari bank kat pekeliling..cuba la cari..bukan mudah bagiku berjalan keseorangan di jalan yang sunyi...4 ribu di sisi ku..lappy dan camera..hehehe...bahaya tahu??

berat beg yang aku bawa, berat lagi hati aku yang kesepian ni....masuk je bas ke seremban, terus menjurai2 air mata ku..aku penat...Ya Allah..kuatkanlah hati hambaMu...mungkin sahaja boleh berlaku apa-apa tadi, mungkin seorang ibu telah mendoakan keselamatan anaknya..

sem ni aku tak sangka yang aku mampu lakukannya sendiri..
ketawa, menangis, marah sendirian...#gila.. -___-"

ini sahaja yang mampu aku lakukan, study week aku hanya mampu terlantar..tak mampu nak study, telan ubat banyak-banyak lepas tu terus tido..dua hari tak makan, malas nak minta tolong kat roomate.. hanya air kosong sebagai pengalas perutku.

walaupun keesokan harinya final, aku hanya mampu melihat roomate ku ulang kaji pelajaran...kepala berdenyut tak terhingga, rasanya aku da minta maaf pada semua rakan-rakan ku..dan teringat saat ibu mengejutku sebelum dia pergi kerja, sebab aku balik pada tengahari memang tak jumpa nanti..ibu peluk, kiss, dan memberi kata-kata semangat.."adik buat elok-elok taw"..

perjalanan balik ku dibelenggu hari-hari yang akan datang...selamat datang masalah!!

mujur hadirnya seorang yang aku anggap abang, dia yang banyak memberi kata-kata semangat kepadaku..terima kasih... ^_^

dah bacakan hari-hari kesukaran ku..

tolonglah jangan sakit kan hati aku lagi, aku tak mampu nak nangis seorang lagi..cukuplah dengan apa yang aku lalui, jangan tambah lagi..kesabaranku ada batasnya, jangan ingat aku berdiam selama ni aku tunggul..


kepada jejaka misteri..

i'll be waiting for you..

hulurkan tanganmu di saat aku tenggelam, demi cintaNya...

p/s : "saya ada 5 tahun je lagi ni..cepat isi borang!!"

Thursday, October 20, 2011

Kebahagiaan Bermula

Setelah pelbagai rintangan yang aku lalui, kini aku lebih dewasa dalam membuat keputusan..Pelbagai tempat telah aku jelajahi...langsung tak terifkir akan mendapat ketenangan..Damainya..sungguh aku rindu perasaan ini..Kehidupan aku..

Berpijaklah di atas bumi yang nyata..

Setelah perit yang ku lalui..pahit di hati bagaikan telan hempedu...Seleraku mati..sukar untuk menjamah..mahu sahaja memuntahkan kembali...apa masalah aku ni..

Kesedihan yang melampau memakan diriku akhirnya..bukan kecewa di tinggalkan...cuma kecewa dan kesal apabila di pergunakan..macam diperbodohkan...cilake~~! -__-"

Nasib ada rakan-rakan dan orang yang lebih tua dari ku memberi semangat dan motivasi...

Pasti akan adanya hari bahagia untukku..Ya!! Alhamdulillah..kebahagiaan itu telah pun bermula...Rezeki ku untuk sambung belajar sentiasa ada..Kau telah permudahkan segala urusan ku Ya Allah!! sungguh aku malu padaMu...Aku bersyukur...akan ku guna sebaik yang mungkin..





"abg, ayg akan berusaha mencari ilmu dan memperbaiki lagi kekurangan ayg...agar kita lebih bersedia untuk mengharungi liku2 hidup...insyaAllah"  (aaarr?? ni khas untuk bakal husband aku!!hhahahahha..sape3??)

Lepas balik daripada '7 hari jatuh cinta' terus bersemangat kembali...telah ku temui ^_^

p / s : "mood aku tengah bahagia...hahahaha!! teeeett~~~"

Friday, September 2, 2011

Aku Bersyukur....

Hampir seminggu aku keseorangan....Pada mulanya amat terasa....kekosongan....kesepian...rasa nak marah...sedih....semuanya ada...Ketika ini, ku panjatkan doa agar tabahkanlah hati ini...

"Celakanya perasaan ini" (sejak baca blog zack zukhairi, aku da pandai guna ayat-ayat gampang yang selalu dia gunakan... :P )

Ramai rakanku yang tak tahu yang kami sudah berpisah...Entri sebelum ini, aku dedahkan kepada rakan muka buku...Tak sangka ada juga yang memberiku semangat....


Klik untuk tumbesaran...hehehhe
Thanks sebab bagi aku semangat...terharu..hehhehe...

Apa yang menyebabkan kami putus?? pada dasar ceritanya melibatkan parents...tapi bagi aku tidak..mungkin dia ada alasan yang tersendiri...siapa tahukan?? tak mungkin sebab parents...kalau betol-betol dia mahukan aku, pasti dia akan usaha meyakinkan parents nya sebagai mana aku meyakinkan parents aku...

Sudah 5 kali datang dan pergi...Aku sudah lali dengan semua ini...Tapi aku bersyukur....makin hari, makin banyak perkara yang membuka mata hatiku...melihat dengan jelas...sabarlah hati...setiap perkara pasti ada hikmah...dan aku faham kali ini...aku bersyukur padaMu...




Thanks to Ayie...kenalan lamaku..yang sudi memenuhi ruang hatiku yang kekosongan ini...aaa??lain macam sahaja...hehhehe...kami tak ada apa-apa lah...kawan sahaja...ppssttt...bulan ni, dia akan menyambung study di peringkat degree...doa kan dia berjaya dan sentiasa tabah ya!! ^_^

Tahukah anda?? dia seorang jejaka hot!! ahahah...hensem taw...aku tengok ramai shja awek2 usha dia dekat facebook... :P...tapi dia kata dia tak nak bercinta...nak belajar dulu...bagus ayie!! aku rasa mahu ikut jejaknya....hehhehe...ade geng!!

Sekarang ni eden bahagio ekau tahu tak??? tak percaya??? tengok bawah ni.........



melompat-lompat dibuatnya!!


Berseri-seri je muka aku kan?? tunggu pinangan orang!!



aku belum tunang lagi!! tak berniat unsur iluminati...


Aku bahagia ni bukan pura-pura!! lahir dari hati yang redha!!
pppsssttt...baru-baru ni aku bermimpi aku jd co-pilot dalam kereta...waktu tu hujan...kami rapat sangat..macam laki bini...romantik...dan...dia merupakan salah seorang finalis imam muda....ya Allah!! kalau betol lah aku dapat lelaki yang boleh membimbing aku...eden bertambah bahagio ekau taw tak!! sesungguhnya...aku mencari jalan untuk kembali beriman kepadaMu....


Nampaknya jalan untuk aku sambung study sudah semakin jelas...dan bulan ini aku memulakan langkahku...bersiap sedia....pulun-pulun belajar!!! nak kalahkan semua bekas-bekas ku..hahahha...mampukah???  seribu persoalan......atau sejuta konspirasi??....*no komen..


p / s : "petang tadi dah bincang dengan puan ibu aku pasal tunang dan kahwin....syukur....plan baru aku disokong oleh puan ibu...bukan gatal...cuma tak mahu arwah terseksa lama-lama...apa yg aku ckp ni??"..................


Thursday, March 31, 2011

Mati Akal -__-"

WARNING!! ENTRI KALI NI LUAHAN HATI CIK WAWA TAPI MASIH LAGI BERTAPIS!!

SILA PERGI BLOGWALKING KAT TEMPAT LAIN SEKIRANYA ENTRI NI MENJENGKELKAN..HAHAHAH...


Dear diari...

Hari ni aku buntu..semakin hari semakin terasa sesuatu yang akan berlaku.. Aku tak nak perpisahan kali ke 5.. cukuplah dengan sebelum ni...Aku tak kuat nak layan perasaan sendiri.. Tapi aku dah tak sanggup nak merungkai satu persatu persoalan yang berlegar diruang minda...

Aku harap sangat yang kali ke 5 ni bertahan sampai bila-bila...Aku dah malas nak fikir masalah ni.. Sekarang memanglah tak ada masalah lain..Kalau aku dah sambung belajar, pasti bertimbun-timbun masalah muncul..Adakah aku mampu menghadapi??Ahhh!!! sekali lagi mengganggu fikiranku..

Aku dapat merasakan aku dan mr.love tak akan bertahan lama atas sebab-sebab yang tertentu...Aku tak pasti perasaan dia terhadap aku selama ini hanya pura-pura atau tidak sebab couple2 yang sebelum ni aku terpaksa menerima kehadiran mereka demi menjaga perasaan...tapi aku sendiri yang terluka..Kali ni perasaan aku dengan mr.love agak berbeza dengan couple2 lain...Bukan aku yang terpaksa...tapi kerelaan aku...dan aku memang pendam perasaan kat mr.love sejak perkenalan kami bermula..

Baru-baru ni, pelbagai perkara yang telah diketahui aku..Aku tahu mr.love banyak merahsiakan sesuatu..Mungkin memang benar aku tak ada hak nak tahu..Tapi, sekiranya melibatkan perhubungan kami, aku tak akan teragak-agak nak putuskan hubungan ni.. Aku tak mahu kerana aku, dia terpaksa menanggung masalah..

Firts2 sekali, dia tak mahu hubungan aku dengan dia diketahui oleh adik beradik dia...yang ke dua masalah bonda dia tak bagi cari orang n9....Aku tak kisah semua ni....Aku nak tengok..sejauh mana kebijaksanaan dia menyelesaikan masalah ni, tapi kalau da memberatkan otak dia, Akulah orang yang angkat kaki awal2..

Kalau kita dah tak ada apa2, kita masih boleh berkawan rapat macam dulu2..


"nanti hang belajar kat luar sana, hang leh jumpa macam2 orang la cik wawa oi!!"


Memang senang cakap macam tu..tapi siapalah aku...

mr.love...kalau awak dah baca, sy harap awk faham...

Saturday, March 26, 2011

Ujian Tanpa Sedari...


Selalu lihat pic macam ni agaknya apa situasi??

1 . Berdoa??
2 . Meminta sedekah??

Entri aku pada kali ni pasal situasi nombor 2 'meminta sedekah'..

Baru-baru ni aku pergi ke ibu kota..mencari barang pelanggan dan secara tak langsung membuka mata melihat persekitaran dunia realiti...sudah hampir 3 bulan aku terperap dalam rumah...

Pelbagai ragam manusia..Kerenah manusia adakalanya membuat aku terhibur...sepasang telinga aku mencuri perbualan manusia..dialog antara ibu dengan anak, antara adik beradik, sepasang kekasih, pekerja, kawan2...Macam2..perjalananku ke sana ditemani manusia yang sama macam aku..Masing2 pada hari itu mengejar destinasi masing2 yang tak akan pernah tahu bila berakhirnya...

Aku berjumpa dengan akak aku...

Sepasang anak mataku meliar...dan aku terlihat pada kelibat hamba Allah yang meminta sedekah....lelaki itu tidak berbaju..bertongkat..mukanya seperti cina..ditangannya memegang sebotol yang telah dipotong setengah..dilehernya ada rantai dan tanda salib...Aku meneruskan perjalanan tanpa memberi apa2 kepada lelaki tersebut apatah lagi sebuah senyuman..."Ahhh..dia kristian.."

Lalu akak aku berkata....

"Dik, tolong bagi duit ni kat orang tu, aku tak leh tengok la"

Pada mulanya aku enggan menolong..tapi aku tewas..masing2 keras kepala...

Dan bila aku mendekati orang itu, lalu memasukkan duit ke dalam botol tu, hatiku terasa seribu penyesalan... Apa yang aku telah buat ni.... Aku sombong dengan orang itu sebentar tadi kerana agamanya?? Bukankah kita telah diajar agar melakukan kebaikkan pada semua orang...ahhh!!!macam mana aku boleh lupa!!!

Aku meninggalkan lelaki tersebut dan aku pasti ada mata2 yang memerhatikan...

Meneruskan perjalanan...Ada lagi hamba Allah meminta sedekah...Aku takkan lepaskan peluang ini..Walaupun tak banyak mana, tapi ikhlas..itu yang penting...Orang itu senyum kepadaku...terasa hilang sedikit beban yang aku rasa...

Sepanjang perjalanan pulang....Pelbagai perkara yang berlegar2 di kotak fikiran... Hari ini, memberi aku seribu inspirasi...sejuta aspirasi...sebilion penyesalan...Harap2 tak akan berulang lagi...

Mari kita kongsi sedikit ilmu....walaupun dah tahu, tapi, sekadar tahu lepas tu lupa tak boleh juga kan...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak akan berkurang harta orang bersedekah".

Kebaikan di dunia:
* Membersihkan harta.
* Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.
* Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
* Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya.
* Allah akan memberkati harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.

Kebaikan di Akhirat:
* Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)
* Sedekah akan meringankan kiraan hisab nanti.
* Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
* Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti. (huh??)
* Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.


P / S : Tak rugi jika bersedekah...kalau tak ada duit, senyum pun boleh... ^_^