Pages

Saturday, March 26, 2011

Ujian Tanpa Sedari...


Selalu lihat pic macam ni agaknya apa situasi??

1 . Berdoa??
2 . Meminta sedekah??

Entri aku pada kali ni pasal situasi nombor 2 'meminta sedekah'..

Baru-baru ni aku pergi ke ibu kota..mencari barang pelanggan dan secara tak langsung membuka mata melihat persekitaran dunia realiti...sudah hampir 3 bulan aku terperap dalam rumah...

Pelbagai ragam manusia..Kerenah manusia adakalanya membuat aku terhibur...sepasang telinga aku mencuri perbualan manusia..dialog antara ibu dengan anak, antara adik beradik, sepasang kekasih, pekerja, kawan2...Macam2..perjalananku ke sana ditemani manusia yang sama macam aku..Masing2 pada hari itu mengejar destinasi masing2 yang tak akan pernah tahu bila berakhirnya...

Aku berjumpa dengan akak aku...

Sepasang anak mataku meliar...dan aku terlihat pada kelibat hamba Allah yang meminta sedekah....lelaki itu tidak berbaju..bertongkat..mukanya seperti cina..ditangannya memegang sebotol yang telah dipotong setengah..dilehernya ada rantai dan tanda salib...Aku meneruskan perjalanan tanpa memberi apa2 kepada lelaki tersebut apatah lagi sebuah senyuman..."Ahhh..dia kristian.."

Lalu akak aku berkata....

"Dik, tolong bagi duit ni kat orang tu, aku tak leh tengok la"

Pada mulanya aku enggan menolong..tapi aku tewas..masing2 keras kepala...

Dan bila aku mendekati orang itu, lalu memasukkan duit ke dalam botol tu, hatiku terasa seribu penyesalan... Apa yang aku telah buat ni.... Aku sombong dengan orang itu sebentar tadi kerana agamanya?? Bukankah kita telah diajar agar melakukan kebaikkan pada semua orang...ahhh!!!macam mana aku boleh lupa!!!

Aku meninggalkan lelaki tersebut dan aku pasti ada mata2 yang memerhatikan...

Meneruskan perjalanan...Ada lagi hamba Allah meminta sedekah...Aku takkan lepaskan peluang ini..Walaupun tak banyak mana, tapi ikhlas..itu yang penting...Orang itu senyum kepadaku...terasa hilang sedikit beban yang aku rasa...

Sepanjang perjalanan pulang....Pelbagai perkara yang berlegar2 di kotak fikiran... Hari ini, memberi aku seribu inspirasi...sejuta aspirasi...sebilion penyesalan...Harap2 tak akan berulang lagi...

Mari kita kongsi sedikit ilmu....walaupun dah tahu, tapi, sekadar tahu lepas tu lupa tak boleh juga kan...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak akan berkurang harta orang bersedekah".

Kebaikan di dunia:
* Membersihkan harta.
* Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.
* Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
* Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya.
* Allah akan memberkati harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.

Kebaikan di Akhirat:
* Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)
* Sedekah akan meringankan kiraan hisab nanti.
* Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
* Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti. (huh??)
* Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.


P / S : Tak rugi jika bersedekah...kalau tak ada duit, senyum pun boleh... ^_^

No comments:

Post a Comment