Pages

Tuesday, October 8, 2013

Permulaan Cuti Sem 4

Assalammualaikum..

Cuti sem ke 4 pun telah bermula.  InsyaAllah, ini cuti yang terakhir aku sebagai pelajar diploma.  Moga-moga dipermudahkan segala urusan.

Apa yang aku ingin lakukan cuti ni? terlalu banyak.  Atur elok-elok dan jangan lupa, banyak-banyak berdoa agar urusan berjalan dengan lancar.  Tapi Dia sebaik-baik perancang.

Persiapan aku? cuti ni gatal pergi ambil Muet, walaupun aku tak tahu sama ada layak atau tidak nak sambung ke peringkat ijazah.  Tak mengapalah, sekurang-kurangnya aku mencuba.  Tempat peperiksaan Muet, secara kebetulan merupakan sekolah arwah ayah. yeay! Boleh bayangkan kejap macam mana ayah sekolah dulu-dulu.  Terubat sikit rindu.

Soal hati? Biarlah seketika.  Aku sendiri yang suka cari penyakit.  Haha! padan muka aku.  Tak mengapalah, yang lalu biarlah berlalu.  Tapi, setiap barisan kata-kata itu, aku tak bermaksud pun.  Biarlah dia sedar sendiri.  Tapi jika dia mahu kembali lagi, seluas padang bola aku tadahkan. "saya minta maaf".




Memanglah usia ni orang kata kita masih mentah.  Tapi, kematian itu tetap pasti dan tak kira sama ada tua atau muda.  Ini bermakna, dari sekaranglah kita harus atur langkah dengan berhati-hati agar tidak jatuh.  Kalau jatuh, bangunlah semula.  Memang payah.  Tapi dengan usaha, pasti berjaya.

Banyak perkara lagi nak kena belajar.  Pembelajaran yang tak henti-henti sampailah kita meninggal dunia.


p / s : "nak bercuti kemana selepas ini ya?"

No comments:

Post a Comment