Selamat tahun baru. Tapi Wa lagi suka
ikut kalendar bulan Islam, itukan lebih baik.
Cuma angka tahun 2013 telah bertukar menjadi 2014.
Apa yang Wa mahu kongsikan di sini, 2013 telah berlaku pelbagai memori
indah. Suka dan duka itu sudah
pasti. Apa yang Wa mahu jelaskan di
sini, setiap perkara yang telah berlaku, kita harus jadikan ia sebagai suatu
pengajaran untuk maju kehadapan.
HIGHLIGHTS OF 2013!!
1.
Bercuti
bersama-sama keluarga pada tahun baru cina.
Dah lama tak pergi bercuti sama-sama.
Perak dan Cameron highlands menjadi utama. Sungguh kesian itu merupakan ‘first time’ Wa
pergi Cameron highlands. Sodehh..sodehh..sob..sob..
2.
Sambut
birthday rakan-rakan. 3 birthday Wa yang
jadi ketua dalang. Dah beli kek, Wa
tambah lagi manik-manik kat atas kek agar jadi lebih menarik. Copppp! Main tepung-tepung tu tak ada ya!
Kepantangan Wa tepung dibuat main, itukan makanan.
3.
Jadi
Ketua Multimedia untuk 2 majlis yang berbeza.
Hari-hari menangis, yela lappy tak banyak applikasi nak sunting itu
sunting ini. Pengalaman yang paling
berharga yang mungkin akan bawa bakat yang tak seberapa ini di alam pekerjaan
nanti.
4.
Menghadiri konvokesyen UKM. Atas usaha maklong(kakak arwah ayah), kami berdua dapat masuk dewan. Selalunya hanya 2 orang sahaja. Kad jemputan maklong letak atas nama Wa. Dan maklong beli 2 jambak bunga. Terima kasih maklong. yeppy! Kami tak tahu pun duduk di bahagian VIP. Memang terbaik layanan VIP tekaww. Puan ibu dan Encik ayahanda duduk di tempat belakang. Memang sangat kelakar bila Wa dan Cik Myn menyaksikan sendiri depan mata Cik Bella terima 'scrol'. Master.
5.
Berjumpa encik Janggut buat kali pertama di rumah Wa. Gementar, dia sahaja yang paling berani
datang rumah jumpa puan ibu dan encik ayahanda serta nenekanda. Sebelum ni ada lah seorang lagi tu pernah
datang, tapi puan ibu tak suka.
Masa ni dah mula fikir masa depan. Bukan tak pernah fikir, cuma kali ini
berlainan. Fasa terbaru dalam
hidupku. Walaupun tak lama mana lepas
tu! Ahahha!. Shhh, yang dah tahu, diam2 sudah. :P
Siapa tahu, kami berjumpa lagi. Kebetulan dia ada di k.l, Wa pun memang ‘plan’ nak duduk dekat k.l dengan akak. Maka bertemulah kami di sini. Pusing-pusing Times Square je.
6.
Sekali
lagi, bercuti dengan keluarga. Tapi kali
ni lain sikit sebab akak ‘booking’ guna mastercard Wa dan juga nama Wa. Niat dihati nak tinggal sehari sahaja kat
Glory Beach Resort tu, tapi keluarga tambahkan jadi 3 hari 2 malam. Apartment 3 bilik 2 bilik air, Alhamdulillah
muat untuk 6 orang. Pemandangan laut,
dan rasanya apartment tu paling exclusive kat situ, agaknyalah! >.<
2013 berlalu, banyak mengajar Wa. Jauh perjalanan, luas permandangan. Banyak perkara yang dirancang tapi tak menjadi. Yang berlalu tu biarlah berlalu, usah dikenang barang yang lepas. Maju kehadapan dan tersenyumlah sendiri akan kisah lalu itu. Sungguh terlalu unik.
p/s : "kalau nak enjoy, ada caranya."
No comments:
Post a Comment