Pages

Tuesday, March 12, 2013

Jauh Di Sana

Sudutku termenung jauh memikirkan kebendaan di dunia yang sementara ini.  Pelbagai karenah, pelbagai jenis manusia..  Drama hidup yang tidakku tahu semampu mana episod yang aku akan lalui.  Ini ujian-Nya.

Jika dipendam, makanlah diri ini.  Jika diluah, pasti ada yang tersakiti.  Tak semua, tidak!

Jauh di sana, hati ini cuba sabar, cuba tabah..  Sesekali, memakan diri juga.  Kadang-kadang terfikir juga, buat apa jaga hati orang kalau orang tak jaga hati kita pun.

Puan ibu banyak berpesan, "biar orang buat kita, jangan orang buat kita".  Aku pegang kata-kata puan ibu itu.  Terima kasih puan ibu kerana mendidik anakmu.  Terima Kasih!  ^_^

Lalu aku putuskan, biarlah mereka nak buat aku macam manapun..  Aku akan senyum, senyum, dan terus senyum.




Jauh di sana si dia mungkin menanti kehadiranku.  Begitu juga aku menanti kehadiran si dia yang aku sendiri tak tahu siapakan gerangannya.  Biar doa itu terus di amalkan.  Kata-kata orang yang dah kahwin, "lepas solat, selitkan doa untuk jodoh, ini untuk masa hadapan juga".

Peganglah janjiNya, yang baik untuk yang baik.  Bermakna, aku perlu berubah menjadi lebih baik.

Keburukkan orang jangan dipandang.  Cukuplah sekadar dinilai untuk diri sendiri.  Mungkin Dia juga sedang menguji aku.

Aku terima jika dia pernah melakukan kesalahan tetapi, dia dah berubah.  Itu antara dia dengan Allah s.w.t.  Tapi tak bermakna aku sokong apa yang telah dia lakukan.  Cop-cop! tidak ada kaitan dengan siapa-siapa, ini hanyalah pendirian aku.  Tolong jangan racun! :P

Jauh di sana lagi..  Kejayaan itu masih jauh di sana.  Akan usaha, doa, lalu bertawkalah aku.  Serahkan segala-galanya kepadaNya.  Jika bukan rezeki aku di universiti, mungkin rezeki aku di tempat lain.  Insyallah, rezeki ada di mana-mana sahaja.

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..  Walaupun aku jauh di sini dari keluarga, mereka masih menyayangiku.  Mereka sentiasa ada bila aku dalam kesusahan.  ^_^



p / s : "selesa begini selama 5 tahun,  bertemulah kami bila tiba masanya nanti..dengan izinNya." ^_^

No comments:

Post a Comment