Pages

Saturday, June 2, 2012

Volunteer KSP

 Cik myn mengajak aku untuk jadi volunteer i luv islam.. Tanpa berfikir panjang, aku terus bersetuju.. Walaupun cuti ku semakin pendek tapi setakat 2 or 3 hari tak ada masalah... Ini merupakan peluang keemasan ku kerana aku suka benda yang baharu bagiku.. Aku menerima apa-apa sahaja tugasan tanpa membantah..

Pada mulanya aku dan cik myn diberi kekosongan dibahagian protokol dan nursery.. Setelah kami berbincang, aku tidak mahu dibahagian nursery sebab, aku tak berapa sangat dengan budak-budak..Bukan benci, cuma aku tak reti nak melayan karenah budak-budak..Mungkin hatiku belum terbuka untuk kearah itu.. Ya! Nama pun aku anak bongsu! >.<

Tapi, dapat information baru. aku dan cik myn dibahagian protokol!! damn! siyes memang payah la aku nak wat kerja kalau ada orang kenal aku...Lebih-lebih lagi ada cik myn.. Confirm ada je yang tak kena..

Tak lama kemudian, aku dan cik myn bergaduh..haha! biasalah, adik-beradik.. Ada sahaja yang tak puas hati.. Lama juga la.. sampai puan ibu pun masuk campur.. Ya! memang aku keras hati.. tapi menyesal pulak gaduh, cik myn je yang bawa lari kereta..aku terperuk dalam rumah.. Lagi la hati ni panas berganda-ganda.. Tapi kalau aku marah ke ape ke, mesti air mata berjurai-jurai...sensitif betol lahh!!!

Sekali ada meeting la pula kat k.l sentral.. Apa yang aku fikir dulu first2, nak topup TnG pakai i.c kat kiosk sana... saja nak bawa balik kasi poyo2 sikit kat membe2..hahhahaha!! "wehh..i.c aku ada duit..kao ado?" #dengki!
Tak ada laa...topup pun sebab senang nak naik LRT dari titiwangsa ke plaza rakyat..

Tengok! aku da merepek!

Aku tak pergi pun meeting tu sebab sakit perut meyhh..Memang guling-guling atas katil..nangis-nangis..mula la telan 2 biji pil, mandul aku cenggini makan pil tu...-__-" tak lut juga.. merangkak ambil air yasin, selawat 3 kali..telan...5 minit kemudian aku tidur...kroohhh~~~

Alahai!! merepek lagi..

-Skip-

Aku dan cik myn pun dah berbaik.. cik myn ni gatal2 pula pergi butik tuhh... Tak sengaja aku beli jubah.. Ya!! setelah sekian lama aku mahu memilikki jubah.. Akhirnya~~~ ^_^

Sampai di putrajaya, wow! ramainya orang..Kenderaan bergerak perlahan..kiri kana ada booth.. Sampai sahaja di simpang nak masuk ke PICC.. mata ku tertumpu pada seorang penunggang motorsikal..Begnya berwarna hitam merah.. Gayanya seperti seorang student..ehhh, dia masuk simpang yang sama...hahahaha!! Sampai sahaja parking kereta, ada motor yang menghampiri kami.. Aku buat tak tahu sahaja, malu kat diri sendiri sebab stalker dia tadi..hahaha.. First aku pandang, aku dah tergelak kuat.. sebab dengan helmet gitu teringat kat senior..hahahahahaha!!! sebijik-sebijik.. >.< kalau nak tahu sebab apa, tuan punya badan sahaja yang boleh dapat jawapan..

Sampai sahaja bilik belakang kaunter PICC, diberi sedikit taklimat.. Kali ini mataku tertumpu pada seorang perempuan yang berjubah, dan tangannya memegang Tab.. Dia ke hulu, ke hilir.. Barang kali dia orang penting.. Kusut2!~~ hahaha.. jangan marah ye kak!

Setelah menjelaskan tugasan masing-masing.. terus di bawa ke Dewan untuk rehearsal.. Mula-mula tengok best.. Lama-lama aku mengantuk!! tambahan lagi selsema dah macam pili bomba! ok dah belajar da sikit-sikit nak conduct event, yela, sem akan datang aku akan ada tugasan projek mengendalikan events..agaknya.. >.<

Esok tu bermula lah tugasan masing-masing, tapi tugasan aku esok! yeay! boleh dengar ceramah kejap-kejap.. Patutnya hari ini aku kena call Speaker aku. dah nama pun p.a.. kena la informkan pe yang patut.. Tapi aku tangguh...tangguh..dan tangguh.. sampai la malam.. nak call, tak sampai hati sebab dah malam, bagi masej jelah...memang aku tahu tak proper bagi masej..kojaq2! on da way nak balik seremban, kak yasha dan abg farid telah tolong aku..hahaha! sepatutnya tu kerja aku... terima kasih.. ^_^ jangan la perli aku cakap boleh claim..ada kredit la..cuma kalau nak call, siyes bunyi enjin bising..nak cakap dengan aku kena kuat-kuat..hahaha! sorry la terpaksa 'end' call korang.. minta maaf!!! Y_Y

Sampai sahaja dirumah.. aku dan cik myn pecah rumah sendiri!! ciss! tahap security yang rendah..senang-senang je nak rompak gamaknya! -__-"

Esok tu kembali ke PICC.. Selera sarapan ku mati serta merta.. gemuruh punya pasal...nasi lemak tu nak tak nak sahaja aku jamah..siyes tak suka membazir, tapi tekak ni rasa mual..nak muntah.. Aku call speaker aku..yeay! dia sangat peramah..biro keselamatan pula call suh aku tunggu sekali kat tempat parking vvip..

Bermulalah al-kisah 2 information yang terpaksa aku akur..
Aku pergi kat lobby, rupanya aku salah tempat.. Dekat level G rupanya..Then, aku call speaker, cakap kami sediakan parking vvip di level G.. Dia pun kata ok.. Sambil menunggu, aku berbual dengan abang2 dan akak yang jaga bahagian situ.. Sekali dapat info, Puan da sampai.. Aku call Puan tapi Puan kata berada di seri kembangan..aikk2??

Cik myn call, dia kata Puan dah sampai.. Rupanya Puan parking dekat lobby yang aku pergi tadi tu!! lalala!~~ wahai hati, kan dah cakap awal-awal, pilihan bisikan hati yang pertama sentiasa tepat.. Sedih aku tak sambut dia..

On da way nak pergi masuk dewan, sekali ade akak ni pass budak kat aku.. Aku teka, "anak coach shaa dan coach ridz?" budak tu angguk.. "ok! jum ikut akak".. Aku masuk dewan dalam keadaan serba salah dekat ketua protokol, tp dia rilex je.. ciap bagi kata-kata semangat... Rasa nak menyorok dalam tempayan.. Sampai sahaja seat p.a dan speaker, perkenalkan diri tanpa salam.. aku boleh lupa nak salam sebab menggelabah punya pasal.. tapi puan kata "its ok" fuhh...maaf Puan! Y_Y

Biro modul dan slide, abg farid dan kak yasha tak henti2 contact aku..hahaha!! jenuh aku nak melayan..Tugasan aku lepas ni membawa ke ruang vip..tapi puan macam nak tunggu slot lepas ni..lepas tu kan, tiba-tiba sahaja orang bagi aku bisnescard...dengan mana aku nak jaga Puan, dengan mana plak aku nak hantar bisnescard tu kat box...lepas tu dapat information lagi.. last2 aku dah pening! hahahaha!! time tu memang kelakar gila..rasa nak lari pastu menyorok dalam kotak..tapi bila cakap hanya 2 pinggan tu yg membuatkn aku tak sampai hati nak bagitahu Puan...Puan kata "its ok, kami boleh share" ..Ya Allah!! hanya tuhan sahaj yang tahuu perasaan aku time tu..

Aku ikut kehulu hilir..Boleh pula Puan tu kata kat cik myn "dia asyik ikut sy shj" smbil gelak...aku da tercengang dah..hahah..Puan kata nak pergi nursery dan macam tak bagi aku ikut...nak ikut!! nak ikut!! hahah...yeay! green light untuk aku merewang kesana sini! Bila Puan da kembali, aku ikut juga..wekk! :P

Puan cakap, "ok, saya faham tugas kamu, ikutlah" yeay2!! hahaha...lagipun lepas ni dia tak ada apa-apa dah..Tapi, kelam kabut, tulahh! buat kerja tak reti nak baca doa!....Anak coach shaa dengan anak coach maria rapat meyhh.. suka aku tengok mereka..Aku bawa anak-anak mereka ke level atas...Mereka sangat peramah..Tutur kata mereka sangat bijak..tak seperti kanak-kanak yang lain...

Aku duduk di tangga kanan 'stage' mencuri dengar slot penyusuan bayi.. Ya Allah! Aku dah lah tak berapa dengan budak-budak.. Apatah lagi nak jadi seorang 'ibu'.. Belum bersedia lagi..haahahaha!! ooo...camtu rupanya nak susu kan baby..hahahaha! ok2..ilmu tu.. >.<

Acuh tak acuh sahaja.. Aku perhatikan family itu..barangkali mereka baru 3 atau 4 tahun berkahwin...anak sulung mereka perempuan..yang kedua lelaki..pasangan yang muda.. kacak dan cantik..dari segi penampilan, ekonomi kewangannya agak kukuh..hahaha!! memandai aku je...

Lama-lama, aku kehilangan Puan..haiyo..

-skip-

Tengah sibuk-sibuk petik bunga selepas bergambar....lepas petik bunga, bergambar lagi... Sekali ada seorang ni bagi bunga kat cik myn..boleh pula cik myn tolak mentah-mentah... agaknya dia nak cover punya pasal, bunga tu d'beri kepada ku... Dan untuk kali pertamanya, aku dapat bunga hidup dari seorang lelaki yang tak ku kenali...rasa nak nangis guling-guling..wuwuwu..hahah..

Rasa sedih je events ni habis...  Banyak yang telah ku pelajari.. Aku kagum dan terpersona dengan akhlak akak2 dan abg2.. sangat2 suka! Ya Allah! seronoknya jadi seperti mereka.. Semoga aku terus berubah menjadi seperti mereka.. Kuatkanlah hati ini.. Y_Y

Saya minta maaf andai terkasar bahasa, terbuat sesuatu yang tidak menyenangkan kamu semua.. terima kasih semua...Maaf tak semua yang dapat saya ceritakan..sebab ramai sangat....penuh entri ni nanti..tp percayalah, kamu semua adalah inspirasiku.. ^_^






Adam, terima kasih kerana memahami wa... terima baik buruk wa.. dan sentiasa menyokong wa...Berikan wa masa untuk perbaiki diri ini..ada hikmah fon adam d'baiki dalam tempoh yang agak lama..kita buat haluan masing-masing..dan itulah sebenar-benar caranya..berdoalah selalu..and thanks post bunga kekwa  ^_^

p/s : "belajar dan buat sesuatu perkara dengan ikhlas..."

No comments:

Post a Comment