Pages

Wednesday, March 21, 2012

Laksam Pahang

Setiap hari rabu, akan adanya pasar malam di dalam kampus jengka! Akhirnya!! yess!! bukan main gembira dapat tahu aku berada di kampus mana..stalker! >.<

Selalunya selepas kelas typing, aku akan ke pasar bersama ira dan mira..si rendah dan si bam bam..jangan marah! peace yaw!

Tapi hari ini, mereka tiada sebab mereka balik rumah. Sekarangkan minggu final exam. So, lepas sahaja aku ulang kaji di perpustakaan, terus sahaja ke pasar yang ditemani oleh abang aku. Dan ini merupakan pasar rabu yang terakhir buat abang aku..lepas ni dia dah tiada di kampus khazanah alam ni..wuwuwuwu..^_^

Pusing punya pusing walaupun pasar tu aku rasa kecil sahaja jumlahnya..tak syok la dating dengan abang sekejap je..puiihh!! hehehe..maka kami pusing-pusing lagi..

dan aku beli....tadaaa!!~~~


LAKSAM!

Rasa yang agak pelik sebab manis dan berlemak..berbeza dengan di Negeri Sembilan yang rasa yang sederhana tapi sedap..Mungkin aku tak serasi lagi dengan selera pantai timur..Mungkin mengambil masa yang agak lama. Tak apalah, Aku tetap cuba sesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Kita masih di Malaysia lagi..hehehe..


 
LICIN!!


Dan tak lupa juga pada cik myn yang memberi aku pinggan yang awesome! gitu..Rekaan khas oleh IKEA..tak pasal-pasal aku buat iklan free..peace yaww!!


P / S : "cuti sem nanti aku nak belajar buat laksam!! hehehe...main masak-masak la jawabnya..just wait and see"

1 comment: