Pages

Sunday, May 5, 2013

Peplum, Plum, Dan Prun


Assalammualaikum


Tahukah anda? Buah Plum dan buah Prun adalah sama! Dan ianya tidak ada kaitan langsung dengan Baju Peplum.  Buah Plum adalah buah yang mengandungi khasiat yang tersendiri dan manakala buah Prun pula merupakan buah yang telah dikeringkan.  Senang cerita, buah Prun ni sebelum dikeringkan, dikenali sebagai Plum..hahah! cukup-cukuplah kita peningkan kepala.. >.<

ini buah plum ye adik-adik

Maaflah ya, saya tiada buah prun maka anda semua dirajin-rajinkan tanya dengan Mr. Google, dia pasti tahu.. >.<

Khasiatnya??


  • Kaya dengan antioksidan
  • Penghasilan dan penyerapan besi
  • Mengekalkan ketajaman penglihatan
  • Agen anti barah
  • Risiko sakit jantung adalah kurang
  • Vitamin C
  • Vitamin B kompleks (niasin,b 6, asid pantothenic)
  • Kaya dengan mineral (kalium, florida, besi)
Dan banyak lagi. untuk lebih lanjut sila klik sini .

Selain buah yang 'fresh' atau buah yang telah dikeringkan, ada lagi satu produk yang dihasilkan daripada buah prune atau plum.  Pernah dengar iklan main-main mata?  hamboi kemain lagi mata dan muka dia bersinar-sinar lepas makan inner shine.  Terus cik Myn membeli satu kotak. 


Dan ini adalah botol yang terakhir.

Den pun tolan la bebanyak dengan harapan muko den bersinar-sinar..hahah! #okgurau!

Dan hasilnya! Jeng..jeng...jeng..




"Alhamdulillah, saya kini semakin yakin dan bersemangat untuk menghadiri kelas mahupun bertemu dengan rakan lama, terima kasih pati prun". wakakakkaka...gelak guling-guling kejap.

Memang lepas amalkan, perubahan ketara.  Paling jelas kulit yang dulu kering kini lembab.  Rasa pati prun?  sedap dan boleh ditelan..haha!


p/s: "ada lagi satu produk prun kering tu tapi aku ragu sebab tiada cop halal."



Saturday, April 6, 2013

Penantian Jejaka Misteri

Assalammualaikum sayang3?  Ya! kamulah sebab baca blog saya yang tak berapa nak best.. >.<

Mungkin kali ini cik wa na berkongsi sedikit mengenai Jejaka Misteri.  Mungkin ada yang tertanya-tanya, "ehh?mana buah hati awak yang dahulu?"  Itu biarlah yang berlalu.  Memberi peluang untuk dirinya untuk terus berjaya dalam hidupnya. Ya! dia kan dah sambung belajar, usah diganggu ye. ^_^

Jejaka misteri? Sejak dari sekolah menengah lagi aku taksub sangat dengan penantian jejaka misteri.  Siapakah geranganya? memang taklah kan? dah nama pun misteri.  Siapa tahukan jodoh kita di masa akan datang.

Dah banyak kali aku ambil risiko, pelbagai ujian yang aku dah lakukan, melihat spesis mana yang tahan akan perangai aku. ha! sangat kejam juga aku ni.  Patutlah seorang pun tak lekat.

kalau kat sekolah menengah dulu, kalau-kalau bosan tahan gaban, memang aku akan conteng kat buku teks penuh dengan perkataan 'Jejaka Misteri' sampai kawan-kawan yang rapat dengan aku pun perasan.  "tak habis-habis dengan jejaka misteri kau tu wa".  Aku hanya mampu tersengih.

Walau pun pernantian ini sangat menyiksakan, tapi aku tahu, pasti suatu hari nanti tiba hari itu.  Bertemu dengan si dia suatu perasaan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata mungkin.  Hanya mampu tersenyum sehingga menampakkan kesemua gigiku! ahhaha!

Dengan umur aku yang semakin tua, 20 tahun dah rupanya?  berdoalah aku agar dipercepatkan jodohku, dan jodohkanlah aku dengan orang baik-baik.

Siapa nak hidup sendiriankan? aku juga manusia biasa, yang perlu saling melengkapi.  Penat jahh hoii hidup berdikari.  

Orang kata, sebenarnya kita dah lama bertemu dengan jodoh kita cuma masing-masing saling tak kenal.  Mungkin kot?  Kalau benarlah, Ya Allah! tak sabar rasanya nak terima hadiah daripadaNya.




Kini aku di sini cuma sendiri, tiada yang mencari.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim insyallah lagi 5 tahun akan menamatkan zaman bujangku dengan siapa pun aku sendiri tak tahu.  hehehe.. >.<

Buat masa sekarang, biarlah fokus dengan pelajaran.  Kalau ada rezeki, nak sambung lagi.  Buat si dia yang aku tak tahu siapa, "bagi saya sedikit masa lagi untuk memperbetulkan diri ini, dan biarkan saya bahagiakan kedua orang tuaku dahulu, barulah saya akan terima awak itu pun awak kalau sudi menanti"  psst, saya pun dah lama tunggu awak.. #phuii.. >.<


p/s: bukan gatal, cuma ini untuk masa depan juga! hahaha! :P