Pages

Sunday, July 14, 2013

Sahabat ^_^

Assalammualaikum..

Bila kita rasa sunyi, sedih, dan gembira.  Pada siapa kita akan kongsikan? Siapa lagi kalau bukan rakan-rakan.. (tangan di bahu, mata ke atas dan sambil juling) heee.. >.<

Tipulah kalau tak ada gaduh-gaduh, bermasam muka, dan sebagainya.  Itulah rencah kebahagian memilikki kawan atau sahabat. ehh?  Kawan ni, jujur aku cakap, banyak membantu dalam menguruskan rutin harian yang kita sendiri tak tahu hari itu kita sibuk teramat sangat.

Contoh, kau adahal nak pergi bandar lepas habis kelas, buku pula banyak dan beg 80% je boleh tampung berat dalam masa 20 minit sahaja. "aku nak pergi bandarlah, boleh tumpangkan buku-buku ni tak?"  hah! itulah gunanya kawan, saling tolong menolong. Lepas tu kau belanjalah coki-coki sekadar balas jasa baik beliau.

Kawan ni, bila angin tengah baik, jangan risau lah! Dia akan jaga baik punya macam keluarga sendiri.  Kalau bukan kawan, semua dianggap ancaman atau pesaing. haha! contoh 'cop' kan tempat makan. Ayat yang selalu di gunakan, "maaf awak, tempat ni dah ada orang".  Padahal dia sendiri letakkan beg dia kat kurusi sebelah untuk 'cop' kan membe punya tempat.  Orang bertanya tu pun satu hal, dah sah-sahlah tak ada orang duduk lagi.  Nampak tak kerjasama di situ. >.<

Tapi bila angin tengah panasss..  Jangan katakan tegur, senyum pun tidak.  Kelat je muka tu.  Aku selalu kena.  "Apahal pulak dah masam muka bagai ni".  Itu normal! biasanya salah faham je tu.  Baik tegur cepat-cepat sebelum 3 hari keadaan kekal begini.

Nasihat aku, kalau ada apa-apa masalah atau tak puas hati, mari kita 'settle' cara baik.  Bincang elok-elok.  Dan dapatkan penyelesaian.  Dan yang paling penting, JUJUR!  Tolong jangan menipu dengan aku.  Serius kelak akan malu.  Entahlah, kalau membe tipu aku, aku diam dan senyum sebab aku tahu dia tipu.  emm.. Reverse Phsychology. Jenis gua malas nak besar-besarkan mende yang remeh temeh.



auucakk!
dari kiri: mira, ira, aku, ika.

Tak sedar, rupanya aku dah pergi rumah masing-masing. Kenal dengan 'parents' masing-masing.  Memang dah biasalah kalau tak dapat 'contact' anak mereka, mereka akan 'contact' aku.  Haish.  Mampus aku!


Sekarang dah sem 4.  Tinggal lagi satu sem sahaja.  Lepas ni dah buat haluan masing-masing.  Kita sendiri pun tak tahu rezeki kita macam mana.  Mungkin ada yang dapat sambung lagi, mungkin ada yang nak kerja dulu.  Apa-apa pun selamat berjaya ya!  Tak sangka ini rakan-rakan 'time' Diploma.  ^_^


p/s: "Teman sejati, masih menunggu." >.<

Sunday, May 5, 2013

Peplum, Plum, Dan Prun


Assalammualaikum


Tahukah anda? Buah Plum dan buah Prun adalah sama! Dan ianya tidak ada kaitan langsung dengan Baju Peplum.  Buah Plum adalah buah yang mengandungi khasiat yang tersendiri dan manakala buah Prun pula merupakan buah yang telah dikeringkan.  Senang cerita, buah Prun ni sebelum dikeringkan, dikenali sebagai Plum..hahah! cukup-cukuplah kita peningkan kepala.. >.<

ini buah plum ye adik-adik

Maaflah ya, saya tiada buah prun maka anda semua dirajin-rajinkan tanya dengan Mr. Google, dia pasti tahu.. >.<

Khasiatnya??


  • Kaya dengan antioksidan
  • Penghasilan dan penyerapan besi
  • Mengekalkan ketajaman penglihatan
  • Agen anti barah
  • Risiko sakit jantung adalah kurang
  • Vitamin C
  • Vitamin B kompleks (niasin,b 6, asid pantothenic)
  • Kaya dengan mineral (kalium, florida, besi)
Dan banyak lagi. untuk lebih lanjut sila klik sini .

Selain buah yang 'fresh' atau buah yang telah dikeringkan, ada lagi satu produk yang dihasilkan daripada buah prune atau plum.  Pernah dengar iklan main-main mata?  hamboi kemain lagi mata dan muka dia bersinar-sinar lepas makan inner shine.  Terus cik Myn membeli satu kotak. 


Dan ini adalah botol yang terakhir.

Den pun tolan la bebanyak dengan harapan muko den bersinar-sinar..hahah! #okgurau!

Dan hasilnya! Jeng..jeng...jeng..




"Alhamdulillah, saya kini semakin yakin dan bersemangat untuk menghadiri kelas mahupun bertemu dengan rakan lama, terima kasih pati prun". wakakakkaka...gelak guling-guling kejap.

Memang lepas amalkan, perubahan ketara.  Paling jelas kulit yang dulu kering kini lembab.  Rasa pati prun?  sedap dan boleh ditelan..haha!


p/s: "ada lagi satu produk prun kering tu tapi aku ragu sebab tiada cop halal."