Assalammualaikum..
Lama sudah Wa tinggalkan dunia blog.
Sibuk dengan urusan pembelajaran.
Wa ingin berkongsi mengenai hal
‘perkahwinan’ atau dikenali ‘pernikahan’.
Seperti yang kita tahu, maksud ‘kahwin’ itu menyatukan pasangan dengan cara
yang benar dan menghalalkan sesebuah perhubungan.
Apa yang membuat Wa tertarik mengenai ‘perkahwinan’ adalah ‘walimatulurusnya’
atau ‘majlis perkahwinan’. Isu yang
hangat buat para bakal pengantin.
Sejauh manakah kefahaman kita mengenai ‘majlis’ tersebut?
Pada pandangan Wa, masyarakat melayu kita amat menitik beratkan mengenai adat
sehingga Islam dipandang sebagai kedua.
Apa sudah jadi? Mana pegangan kita? Bukankah Islam perlu didahulukan? Istighfar
sat. >.<
Sepanjang Wa duduk di kolej siswi (asrama perempuan), bila isu perkahwinan
bangkit di perbualan kami pada hujung minggu, rata-rata sejujurnya Wa cakap
perempuan lebih kepada materialistik.
Itu sudah sifat semula jadi seorang perempuan.
Macam biasa, Wa pasti akan membantah dengan setiap kata-kata mereka. Sebab itu tak ramai kawan. Hehe.
Perempuan, materilistiknya lebih kepada duit.
Tapi jangan ingat lelaki juga tidak materialistik. Lelaki pasti mahukan seorang perempuan yang
cantik. Ini sudah jelas lelaki juga ada
sifat materialistik. Materialistik tak
tertumpu kepada duit. Nama pun
‘material’ known as kebendaan.
Berbalik isu perkahwinan…..
Perasaan itu fitrah, nafsu itu juga fitrah.
Aipp! Maksud Wa nafsu perbelanjaan dalam majlis.
Wa yakin, semua perempuan mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah. Kalau boleh nak dijadikan ‘wedding of the
year’ kononnya.
Adat kita:
- pelamin dan deco nak ‘gah’
-baju 5 pasang
-wang hantaran tinggi-tinggi
-berdulang-dulang hantaran
-barang kemas serba satu
-perbezaan cenderahati
-sistem p.a + karaoke
-joget lambak
Perkara inilah yang menyukarkan perkara yang mudah. Malah pembaziran akan berlaku.
Islam itu indah sayang. Islam itu lengkap.
Menurut kefahaman Wa, pelamin tu sebenarnya adat orang hindu. Islamkah kita?
Apa gunanya baju 5 pasang tapi langsung tak mampu nak tutup aurat?
Berdulang-dulangnya hantaran buat apa nak tunjuk apa yang kita pakai.
(beg,kasut,perfume)
Barang kemas tak perlu diumumkan, baik beli bar atau jongkong, simpan dalam
bank kan selamat.
Islam tidak mengajar kita merbanding-bandaingkan dengan beri layanan yang
berbeza. Kecil hati mereka.
Tak salah kalau nak p.a sistem mungkin digunakan untuk buat pengumuman anak
hilang atau kereta kena ‘block’. Kalau
pun sebagai hiburan, cukuplah dengan instrumental atau nasyid ke.
Joget lambak? Perlukah kita menari-nari dikhalayak ramai?
Sebenarnya banyak yang kita bazirkan untuk perkara yang tidak penting. Fikirkanlah, perkahwinan ini bukan terhenti
sahaja di situ, Kehidupan selepas
perkahwinan yang perlu kita lihat.
Hutang rumah, hutang pendidikan, hutang kereta, bil-bil kemudahan, sekarang
kita nak tambahkan lagi dengan hutang majlis perkahwinan? Belum masuk lagi hal
makan pakai semua.
Alahai, bukalah mata. Buatlah sekadar
sederhana.
Kasihanilah bakal suami anda. Sepatutnya
kita membantu mereka. Kalau kita sayang
dia, kalau kita cinta dia, bantu mereka dan ringankan beban mereka. Barulah hidup bahagia.
Jangan takut akan perkahwinan kerana sebuah perkahwinan itu indah jika
berlandaskan Islam. Sudah jelas bukan?
Sebenarnya kita takut dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling. Usah diambil peduli kata orang. Masa kita susah, bukan mereka yang akan
tolong kita. Mereka hanya mampu bercakap
sahaja.
Dan ingatlah, perkahwinan itu juga membuka pintu rezeki. Itu janjiNya.
Yakinlah. ^_^
ppsssttt, hantaran Wa? Dirahsiakan. Hee
Jadi patung lagi sambil memerhatikan ragam manusia.
# umur Wa dah 21, Jejaka Misteri tak kunjung tiba. Doa banyak-banyak.