Pages

Sunday, June 21, 2015

Persediaan Hari Konvokesyen Part 1 ^_^



Assalammualaikum readers.
Kali ni Wa nak kongsi satu cerita yang mengandungi sejuta cerita.  Alhamdulillah, Syukur perjuangan dan pengorbanan selama ini membuahkan hasil. Tibalah hari yang dinantikan oleh semua para pelajar ialah hari konvokesyen!

Kisah Wa, bagaimana Wa menguruskan hari konvokesyen Wa seorang diri.

Pertama, kau kena ‘alert’ dengan website UiTM dimana kena lakukan pengesahan konvokesyen. Lihat betul2 semua panduan.  Ok tipu! Jenis Wa mana mungkin nak baca satu persatu.  Yang penting, pastikan tiada saman dalam kampus, atau subjek yang tergantung.  Senang kata, bila kita cek status pengesahan kita, semuanya ok, bermaksud kau bebas dari masalah. Apa susah. :P

Kedua, rancang cuti kau. Lihat jadual konvo dan lihat sidang berapa.  Terus ambil borang cuti (bagi yang dah kerja macam Wa). 

Ketiga, bagi mereka yang menetap jauh dari Universiti, bolehlah kau cari homestay/hotel.  Wa dah booking(tanpa bayar) setahun sebelum konvo.  Punyalah excited kau! Last2 makcik tu seribu berdalih.  Katanya anak dia masuk HKL la, Wa sanggup ambil kunci kat dia kalau kat HKL..Lalu dia terus berdalih.  Cakap jelah yang dah ada orang bayar lebih dari apa yang Wa nak bayar.  Tolong berhati-hati ya!

Last minit preparation yang Wa paling benci, kena cari homestay.  Finally, Wa dapat sebuah Banglow, 3 hari 2 malam RM600.  Murahkan? Tapi rumah tu ke kampus lebih kurang 25 minit..jauhhh nak!  Asalkan ada tempat berteduh dan selesa untuk nenek.  Bukan senang Wa nak cari rumah yang ada 4 bilik 3 bilik air. Kena fikir nenek, jamban mesti kena jamban duduk.

Sumber ihsan : tuan rumah. puas hati sangat. Siapa berminat, bolehlah drop email kat ruang komen bawah ni ya! ^_^




Keempat, baju.  Wa punya excited nak konvo, Wa beli kain pasang untuk ibu dan baju batik untuk ayahanda.  Semuanya hasil dari titik peluh Wa. Alhamdulillah hajat tercapai walaupun ada masalah sikit dengan baju ibu.

Kelima, pastikan Kamera dan all gadgets berfungsi dengan baik.  Time nilah memory card patah.  Mujur kat Jengka ada jual.  Hajat Wa nak letak Gopro kat dada tak kesampaian.  Nextime la.

Keenam, daftar/ambil jubah kat kampus. Datang kampus mesti kena berpakaian sopan.  Pakai macam mana kau selalu pergi time kuliah dulu-dulu.  Jangan lupa!!! Sediakan duit untuk gambar diatas pentas.  Itu moment paling berharga. Tak mahal, RM15 je.

Ketujuh, Wa tak pergi taklimat pun! Hahahaha! Budak nakal macam Wa malaslah nak pergi.  Asalkan kita tak buat masalah, pun sudah.

Kelapan, bolehlah set photoshoot dengan kawan2 yang sekepala.

Lastly, Enjoy your konvo day!





Dengan Cik Mira Muid



Depan dan belakang Wa ni lah yang pernah jadi Asisstant Wa (Biro Multimedia). Thanks Korang.



Time ni Wa Paksa budak2 kelas pakai complete jubah+mortar board tangkap gambar sama2..Bila lagi kan?

Candid Time!!




Bergambar pula dengan RaKaWaRa. Ra (Mira) Ka (Ika) Wa (sayalah!) Ra (Ira)
Alhamdulillah, semua ada satu bintang kecuali Ika, dia dapat 2 Bintang! Tahniah semua. :D



Wa : "Geng, Semua tiru gaya aku cepat."
 dan mereka akur. thanks. ^_^


Settle Part 1

p/s : part 2 tahun depan kot. hehe.



Thursday, November 13, 2014

Welcome November!



Assalammualaikum..

Dah lama Wa tak update blog.

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat dengan apa yang Dia telah limpahkan kepada Wa di bulan penuh bermakna bagi Wa.



Pecah2..

Pertama sekali, telah dijangkakan terlebih dahulu, hari konvokesyen Wa jatuh pada bulan kelahiran Wa.  Daftar UiTM dulu pada hari ulang tahun kelahiran Wa iaitu 16 November 2011.



Alhamdulillah Wa Berjaya menamatkan pelajaran di peringkat diploma.  Ini juga atas bantuan keluarga, jiran, sahabat, dan juga pensyarah.  Wa juga bawa semangat arwah Ayah.  So dad, Adik dah Berjaya kalahkan ayah.  Ibu pernah cabar Wa, “kalau pelajaran tak lebih daripada ayah, malu kat diri sendiri.” So ayah ada STPM dan dapat tawaran sambung belajar, tapi ayah tak pergi.  Kira Diploma atas sikit dari STPM rasanya. Heee..

Yang kedua, Alhamdulillah pejam celik tak sangka berakhirnya tempoh 6 bulan percubaan kerja di sebuah syarikat minyak dan gas.  Dan diserapkan terus sebagai pekerja tetap.  Alhamdulillah, maknanya boleh kahwin awal la ni? Oppss.. Gatai ko mak jemah.
Bulan 12 ni bekerja dengan gaji baru.  Bagi Wa, tinggi gaji ni bagi standard diploma.  Kalau orang cakap ini rezeki anak, habis kalau Wa tak kahwin? Kira rezeki anak tekak lah ni? Heee.


Time ni makan2 sempena birthday wa.  Konon la sambut awal.  Sebab tahu masing2 akan sibuk.

Soal jodoh, Wa letak 100% kat Dia.  Wa hanya mampu berusaha.

Buat masa ini, ada jugalah peneman makan minum (waktu stress je).  Memang kami ada perancangan, tapi siapa kami nak tentukan jodoh.  Macam biasa, ibu on je.  Tapi Bonda dia pula mahu kewangan dia kukuh dulu. cehh..Wa punya la bagi syarat simple.  Tak apa, Wa sanggup tunggu. Ecehh..ini sudah terbalik.  Dah boleh feeling2 lagu Nomad kot..
"aku kan tetap....menunggumuu..."