Pages

Saturday, February 26, 2011

Be Yourself....


Tajuk kita pada hari ini adalah........jeng3......"JADI DIRI SENDIRI"..

selalu jugalah aku lihat sesetengah foto memang cun.....tapi tipu...hahhaha..tipu??Ya!!mereka main tipu..sebab pakai bulu mata palsu...ceit...apa da..itu lantak korang lah..

Tapi yang aku kesal sangat2...ada yang cukur bulu...(apa yang cuba kau mencarut ni wawa) Aku belum habis cakap lagi...'bulu kening'..tolonglah jangan cukur...orang kata hilang 'keaslian' wajah bagi mereka yang mempunyai kening yang sedia ada cantik..

Ini apa yang aku baca lah..

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)



Nak maklumat lagi sila klick sini..


Lagi satu, mana-mana lah aku pergi...selalunya aku buat perkara bodoh...macam budak skema gila sampai orang rasa boleh suka-suka hatilah pijak aku...Mereka ni ada kalanya tunjuk hebat..jadilah diri sendiri..tak perlu ubah perangai teruk semata-mata nak tunjuk yang kau ni 'hebat' sangat..hahaha...

Kalau korang berdepan dengan orang macam ni, sila senyum balik pada orang tersebut...Hati korang akan terasa relax...cool...hahah...buat apa pening-pening nak benci sikap lagak mereka...Sila abaikan sahaja...itu tidak penting...

Terpulanglah pada diri sendiri...yang jahat kita perbaiki..yang baik kita kekalkan.....

Orang baik, kita baik...Kan aman hidup kita...



p / s : Senyum...tak perlu kata apa apa..... ^_^

No comments:

Post a Comment