Pages

Sunday, October 27, 2013

Kursus Pra Perkahwinan : 'Nak Nikah Dah?'

Assalammualaikum.

Tajuk tak berapa nak gempak, tapi aku yakin ada sesetengah yang teruja pasal kursus ni.  Biar saya jelaskan.



Untuk melengkapkan diri ke alam rumahtangga, kini adalah diwajibkan mengambil kursus pra perkahwinan sebagai persediaan awal.  Banyak ilmu yang kita akan dapat jika mengikuti kursus tersebut.

Ceritanya bermula bila aku terlepas mendaftarkan diri menghadiri kursus tersebut yang di anjurkan oleh Unit CITU (kampus Jengka) atas sebab alasan tertentu pada sem 1.  Jelas bukan?, sem 1 dah gatal nak ambil kursus ni.  Tiba-tiba, bila aku dah berada di sem 4, kursus ni muncul kembali.

Kekeliruan melanda diriku apabila tarikh kursus tersebut sama dengan hari Konvensyen Bidadari di PICC.  Nama dah daftar, duit pun dah 'bank in'. Macam mano nih?



Bila dah begini, aku terpaksa memlilih salah satu.  Ya! adakalanya kita tak mampu memilikki kedua-duanya.  Buatlah pilihan yang terbaik.  Dan aku putuskan untuk menghadiri kursus Pra Perkahwinan atas sebab, aku tak perlu pergi Putrajaya.  Pendekkan cerita, lebih baik aku kejar benda yang dekat.  Kursus tu pun buat dalam kampus sahaja.  Tak perlu serabut nak pikir tentang tiket bas.

Rancang tak rancang, Dia dah rancangkan dah.  Ira pun turut serta nak mengikuti kursus ni.  Kami tak sepakat pun nak pergi sama.  Dapat tahu masa 'plan' nak pergi daftar nama kat Unit CITU, sama-sama kebetulan nak daftar.  Nampak tak di situ rancangan-Nya?.  ^_^


Tudung pink tu Cik Ira. Kebetulan lagi kami pakai pink purple. Teserlah ketembaman di situ. >.<

Banyak yang dipelajari.  Kat sini, semua kena 'open', rasa malu pun ada. hahah!  'Speaker' semuanya berlatar belakang hebat-hebat.  Ada yang pensyarah, ada yang bekas pelajar dari Mesir.  Tak semua tua, tak semua muda.  Rata-rata pelajar yang mengikuti kursus ni, nisbahnya 4:1.  Dah padan sangat dah lelaki kena kawin 4.  Jelas sangat dunia nak berakhir bila kita sendiri nampak anggaran kasar macam tu.



Take 5 memang macam ni, rehatkan sedikit minda selepas satu persatu cuba memahami kehidupan berumahtangga. Hahaha! rasa macam nak cabut lari ja! kadang teruja, kadang rasa terbeban.  Kewarasan masih ada, dan fikirkan lebih jauh lagi.


Jangan lupa buat nota ringkas.  Perancangan kewangan yang berjaya, adalah kunci kebahagiaan dalam sesebuah institusi keluarga.  Benar! Percayalah.

Selepas dua hari berkampung dalam audi, kini tiba masanya untuk menjawab peperiksaan.  Cehh..Senang kemain tekaww.. Soalan yang pertama, dia tulis Kalimah Syahadah dan kita kena jelaskan maksudnya.  Ini kalau tak tahu, parah..parah..Soalan seterusnya semua objektif.  Semua soalan ni merangkumi apa yang telah kita pelajari semasa mengikuti kursus ni.  Ala, semamangnya kita dah belajar masa tadika sampai tingkatan 5.  Fikh,  Ibadah, Akhlak, dan sebagainya.

Seminggu selepas itu.....



Dah bolehlah langkah seterusnya! yeppyyy.. >.<

Biarpun ramai yang pandang serong sebab mereka kata 'gatal' ambil awal, sekurang-kurangnya aku dah mulakan langkah yang baik.  Daripada 'couple' yang kita tak tahu itu jodoh kita kan?, lebih baik kita senyum kat mereka.  Biarlah, itu pendapat mereka.  Aku nekad, tak mahu 'couple2' lagi dah.  Lagipun Haram.

"Aku mohon, Aku berdoa..agar jangan ada 'lelaki' minta 'couple'. kalau nak, datang merisik terus la.baru 'gentlemen'.."   -wawa-



P/S:  "Menanti dengan penuh kesabaran. Rancangan Tahun 2017"  hikkk..>.<

2 comments:

  1. dah buat sijil kahwin, bestnyer. Saya belum lagi, bila entah. Hahaha. Btw, bila g kursus ni baru nampak matlamat yg sebenar dlm perkahwinan kan :)

    ReplyDelete
  2. Izzah noah: hehehe..gatal g ambil awal2.yup, jelas sgt2..leh rancang dari skg.. ^_^

    ReplyDelete